16 September 2013

Hidup Tanpa Social Network?

Apakah?

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara~~

Topik hangat yang sedang bercelaru dalam otak aku sekarang.....Bolehkah hidup tanpa social network (SN)?

Terutamanya "facebook"

Or Whatsapp, Line, WeChat, Twitter, dan seumpama dengan nya.

Maksud aku disini SN yang boleh menghubungkan seseorang. Yang boleh berchatting.

Semenjak dua menjak ni, aku rase cam bende2 nie jadi annoy je kat  aku. Aku pun tak tau punca die sebab ape. Kadang2 aku rase cam membazir mase je gune bende2 nie. Bende nie ade manfaat jugak macam dapat berkongsi info or ilmu2 kan,kan,kan?. Memang tak dinafikan lagi.

Cuma yang menjadi persoalan, ialah kebanyakkan manusia terutamanya remaja pakai bende2 tu se-mata2 nak sembang/ borak2 kosong je. Banyak situasi aku tengok manusia2 yang rumah area dekat2 pun nak pakai facebook bile nak berborak. Ape salahnye jumpe depan2, kan lagi bagus. Tak begitu? Means boleh rapatkan lagi tali persahabatan. *kalo rumah jauh2 tu lain cerita. (tapi fikir positif, mungkin rumah diorang tu hujan lebat kowt~~ :P ). Tak pun bile lepak kat luar semua sebok dengan 'cematfon' masing2, baik tak payah ajak lepak kalo camtu. Ader jugak jenis yang bile berada dalam alam maya cakap bukan main "gah", ader je bende yang die nak cakap, nak komen, and so on..... tapi bila jumpe depan2 bunyi cengkerik jer yang dengar. Tak der idea nak cakap. (keyboard warrior katekan~). Dan yang tak boleh bla bile ajak study group tapi sebok dengan handset sendiri.



Lupakan ape yang aku membebel kat atas.....tu tak der kene mengena ngan topik hari ni :P

hehehe~~
Aku saje je nak buat uji kaji hari nie....yang aku bagi tajuk The Exploding Habit 

(walaupun tajuk die ntah pape...*ader aku kesah !? )

antara bahan2 experiment...

=diri sendiri
=social network

cara2 membuat uji kaji

1. Delete (kalau sanggup) atau deactivated akaun social network
2. Tunggu selama 3 bulan tanpa log in walaupun sehari
3. Lihat hasilnya

Mungkin selama 3 bulan nie masa korang yang berharga dapat di isi dengan lebih baik, macam banyak buat aktiviti luar, bersosial dengan "real people", atau mungkin ader yang dah dekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Hahaha....Uji kaji ini aku test bermula sekarang (tarikh post ari nie)

And tunggu lah hasilnya nanti aku cerita kat post akan datang (setelah 3 bulan :P )

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tutup or delete social network yang aku ade.....

-Facebook
-twitter
-Whatsapp
-Wechat
- dan yang lain2 (aku pun tak ingat ape yang aku ader)


Bende yang aku tak tutup....

-Blog (sebab nie macam digital diari aku LOL!! ;P )



Nota Kuku Kaki:
Kalau pakai social network sebab nak berniaga tu teruskan....karang tak pasal2 lingkup plak bisnes tu~~

Jangan terpedaya dengan experiment ni.

Do at your own risk.

Ia sekadar suka-suki. Hehehe