16 October 2013

NEGERI SEMBILAN, here I come!

Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas aku pergi bercuti ke Negeri Sembilan dengan family aku. Aku pergi pun dua hari je dan sewa satu homestay kat sana. Kiranya aku menetap kat sane dua hari satu malam.


Bawak kereta jauh2 perghh.....best, tapi penat. Hahaha, sekarang baru aku tau rase penat die camne. Biasenye aku duduk kat belakang tidor sambil rase aircond yang sejuk~

Bawak kereta dari KL pergi sane pun ikut jalan lama (ikut jalan kelapa sawit). Jalan die dah la berliku2 sikit. Kalau aku naik sport car dah lame aku bantai drift kat situ. Tapi pandu cermat jiwa selamat la kan. Ngehehehe...

Sampai kat homestay ambik kunci pastu masuk dalam rumah. Rumah tu pun dua tingkat. Master bedroom die pun ader aircond, tapi bilik tidor yang lain tak der aircond. Aku pun ape lagi membantai la tidor kat bilik ader aircond tu sebab dah penat, al maklumlah tak pernah2 bawak kereta jauh2 tanpa pengalaman. (saya budak baru nak keluar dari kepompong dunia :P )


Habis satu hari letak kan barang, makan, rehat and makan balik pastu tidor~

Keesokan harinya aku pun pergi ke Port Dickson. Bangun2 dari tidor fikir nak try die punye shower, tapi terpaksa bawak kereta terus pergi pantai and mandi kat sane alang2 dah ader dekat dengan pantai.

Mula2 tu malas nak mandi air laut masin tu. Tapi dah masuk dalam tu malas pulak nak keluar. Family aku pun ajak la naik banana boat. Hahaha, setelah sekian lama dapat juga aku naik bende alah tu. Biasenya malas nak naik.


Gambar yang dah di 'kartun' kan :P

Lepas naik banana boat sambung balik mandi2 cam biasa. Tengah syok2 layan ombak, datanglah seorang abang nie. Dia ade jet ski pastu die offer la aku naik. Mula2 die letak harga RM** kat aku. Tapi aku tolak, lepas tu dia down kan sikit harga kepada RM** aku pun naik la. First time aku dapat naik jet ski. Excited Gile woooo~~ Aku memang dah lama teringin nak cuba bende alah nie. Aku dah la suke tunggang bende2 yang berenjin nih.


Tak dapat rempit kat jalan tar, atas air pun boleyh~
YEEEPIIEEE
(gambar cilok kat google image)

Hahaha...best gak la dapat ride bende tu. Melompat2 aku kat atas air tu langgar ombak.
Lepas habis semua2 tu aku pun balik kat homestay tu.

Macam biase rehat, makan and tidor and makan balik. Pastu mulalah packing barang sebab dah nak balik ke home sweet home.

Dan.....masa nie lah mood paling penat melanda. Memang rabak mata aku nak tahan ngantok mase drive. Tapi disebabkan aku suka 'menunggang' bende2 berenjin nie, aku pun drive je la sampai ke rumah.

Waktu maghrib menjelang, aku pun tiba dengan selamat~ *Syukur....

*Overall

Disebabkan aku dah biasa pergi negeri sembilan aku boleh letakkan 4.1 bintang. Banyak tempat2 peranginan kat Malaysia ni cuma kadang2 aku kena kaji lebih sedikit sebab mungkin tempat2 ni 'tersorok' sikit. Budaya dan makanan dia pun aku suka. Aku memang dilahirkan makan pedas2. Tak sah kalau tak ada cili. Lagi pedas lagi berselera. Cuma perut tu sakit skit lepas makan. Hahaha. Negeri ni diteraju dengan adat Minangkabau yang merangkumi sembilan daerah. Sebab tu dipanggil negeri sembilan. Bukan negeri nombor sembilan di carta Malaysia. Cuma bilangan daerah di negeri tu yang menentukan nama.


P/s : vacation best yang awesome...




11 October 2013

Google Malaysia kena HACK!

Assalamualaikum

Tadi aku nak log in blog

aku tekanlah bookmark google kat bawah tab tu

pastu keluar la bende nie


Aku fikir pc aku kene hack tadi

pastu aku try bukak google.com

boleh jer

and then aku try google.com.my

pastu keluarlah macam gambar kat atas tu....

google malaysia kene DNS poisoning

sebab tu bile tekan die tak pergi laman web google malaysia

tapi die masuk kat Madleets-controlled servers.


Haish~~hacker2 

Bikin suspense jer.... (=.=)