23 December 2013

3 bulan tanpa Social Network(result)

Yeesszzz...dah 3 bulan pun

As'salam....3 bulan lepas aku ader buat experiment ntah pape tapi best. Hahaha. Kalau nak baca boleh klik disini. Nak tau ape jadi kat aku lepas 3 bulan? Sebenarnya tak jadi ape2 punnn... macam biase, aku ni just stay cool~~~*Cehhh.

Pertama sekali biar aku cerita macam mana aku boleh stop pakai social network(SN) nie. 

Aku tau SN nie tempat komunikasi tanpa wayar  dan borderless. Tapi bagi remaja (macam aku dan yang lain2) memang tak boleh dipisahkan dengan SN ni. lagipun teknologi dah canggih dan SN nie boleh di akses kat mana2 peranti mudah alih. Bende nie dah macam 'keperluan' untuk hidup, ibarat tangki oksigen yang menyokong untuk hidup. 

Aku ada tanya jugak pendapat orang lain, diorang ada kata yang SN nie kalau tak bukak walaupun sehari mesti ada rasa janggal dekat dalam hidup, pastu ada yang membebel hati tak tenang walaupun sehari tak log in dan ada yang kata bagai nak gila kalau hidup tanpa SN ni. Di ibaratkan log in SN tu dah menjadi suatu keperluan asasi seperti manusia hari2 kene makan nasi. 

Tapi tu semua sebab minda kita dah dipengaruhi dengan SN nie. Ye lah kan, dah kita yang melatih otak suroh log in hari2. Mana tak nyerr.  (Dulu aku pun camtu, hari2 nak log in, tapi semenjak experiment nie, makin malas aku nak log in. apatah lagi nak melihat logo2 SN nie)

3 bulan nak buat ape nie~~~? Macam bosan jer
So, aku pun fikirkan stratergi macam mana tak nak guna SN nie selama  3 bulan. Mula2 aku kena 'hack' dulu otak aku (maksud aku pemikiran) supaya bende tu nampak tak seberapa penting untuk aku. (Aku hack tak pakai style 'phishing' mahupun 'SQL injection' yer...hahaha). Mula2 aku list kan seberapa banyak kebaikan dan keburukan SN nie. Setelah di list kan, aku dapat banyak keburukan daripada kebaikan, ibarat 59% keburukan dan 41% kebaikan.


Aku dengan pasrah deactivated pelbagai akaun SN nie untuk elakkan daripada log in (sebenarnya nak delete tapi tak sampai hati ). And then aku terpaksa delete pelbagai app dalam handset aku.

Jadi, apa yang tinggal dekat aku hanyalah e-mail, call dan sms only. Yang lain2 tu aku tak bukak. So bila habit buang masa membuka SN tu aku campak dekat laut didalam lubuk 1km, aku pun mencari hobi baru dan improve skill aku. Dan yang penting hati tu tenang dan dekat dengan yang Maha Esa (kita mesti berubah kearah lebih cemerlang...hahaha).

So, dah 3 bulan tamat lah experiment ini. Tapi satu jer yang tak tamat lagi, iaitu habit aku yang dah tak nak bukak SN lagi...hahaha. Tak tau lah bile nak start pakai SN lagi, mungkin tahun depan punye tahun depan punye tahun depan.......(sambung sampai penat)

Last words: Abaikan je lah.

11 December 2013

Good Bye Semester 2




~~~~Assalamualaikum~~~~





OOOooooowwhhhhYYeeaaAAHHHH~~!!
Tamat sudah pengajian aku bagi semester 2 kat kolej nie lepas je abis semester exam.
Fuh~! Setelah Dua minggu perah otak macam perah santan, habis semua isi aku kluar kan dan tulis kat paper ujian tu. Dimana ada kemahuan disitu ada kehendak, dimana ada kehendak di situ ada pelanggan. Producer & Consumer <--- ayat ekonomi. * maklumlah, terbawak2 lagi walaupun aku dah abis exam. (=.=) oh ekonomi~knape la kadang2 kau complex sangat.....


Tapi alhamdulillah semua soalan aku jawab dengan tenang walaupun terpaksa duduk depan sekali dengan pemandangan yang serabut tengok beg2 orang berterabur sana sini. 

So, bila dah abis sem, apalagi WE TURN ON GAMING MOOD !!!!!!

Muka menang main game

Muka kalah main game   

Muka pasrah kalah main game