05 April 2014

Lawatan Kolej ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia)

Assalamualaikum (tak jawab dose ^^)

HeHEhEHe

Cerita kali ini berkisahkan lawatan aku ke FRIM bersama dengan rombongan kolej pada 1 April 2014.


Ok, biar aku start cerita dari rumah dulu. Mula2 bangun tu dah semangat gaban (biasenye malas bangun pagi). Cewah, pastu aku pun drive kereta pergi kolej. Dan semasa dalam perjalanan ke kolej tu ader la konflik berlaku. Macam biase lah Malaysia nie kan terkenal dengan jalan raya jem (lagi2 area bandar). Mula2 bawak kereta lancar je, pastu dah nak sampai dekat kolej (jarak dua traffic light je) jem teruk giler macam siput baby.

Memang macam siput pun bergerak time tu. Orang jalan kaki lagi laju daripada kereta. Nak tunggu satu traffic light time tu dah setengah jam. Masa tu memang terlebih gaban panjang kereta beratur. Aku pun bukan boleh buat ape, duduk diam sambil karaoke sensorang lah dalam kereta tu. Tapi time tu bas dah nak gerak, so aku pun call kawan aku paksa Miss suroh tunggu gak. And then dia bagi aku tempoh 30minit. Kalau tak sampai jugak.....byebye. 

Amboi, intro ke kolej pun dah panjang bila nak cerita pergi ke FRIM plak nih? Kita skip.....

Sampai ke kolej terus park kereta dan lari pergi naik bas. *Fuhh lega sempat. 

Setelah tiba ke destinasi (ayat formal), kami pun berkumpul kat satu kawasan dan snap gambar permulaan. 


Gambar budak kelas aku
Lepas tu kami dibahagikan ke dua kumpulan. Kumpulan lain akan ikut laluan berbeza. Lepas bagi penerangan oleh penunjuk arah, kami pun mulakan aktiviti.

Muka amoi yang dihalang oleh tangan aku <--kejahatan melanda
Gambar segak aku bersama amoi tadi yang tak cukup tinggi
tapi lagi tua drp aku (mcm tak percaya tapi ia benar, kelakar pun ade)


First, kumpulan aku pergi melawat galeri kat dalam FRIM ni. Tapi kat dalam tu tak boleh tangkap gambar.....so tak der gambar nak tunjuk.

Pastu mula lah aktiviti dalam hutan....

Bermula dari hutan level satu, kat situ memang sengsara skit (banyak nyamuk). Nasib baik aku pakai lengan panjang. HAHAHA (kesian nyamuk). Kat situ dia bagi penerangan pasal pokok2 itu ini bla bla bla nie jenis bla bla berasal dari bla bla fungsi bla bla..... Bosan plak.

Pokok Kapur (daun yang tidak bersentuhan dengan pokok yang lain)
*unik

Pastu dah naik level 2 baru excited (aktiviti panjat bukit). Sebab dah tak der nyamuk. Sebab aku suka buat bende2 camni. Naik kat atas jarak 1 km or 800m like that la. *aku tak ingat. Pastu berhenti kat satu checkpoint berehat skejap minum air and tangkap gambar. Siapa yang tak biasa hiking memang semput la.

Cheese~~~ *steady semangat

Seterusnya ke level 3, (canopy walk) real bukit yang curam kene daki dalam 300m. Perrgghh memang berehat 2-3 kali baru sampai kat canopy walk.


Letih la tuww~~~
Dan setelah tiba di canopy walk, hahaha..... baru lah bermula cabaran sebenar. Siapa gayat memang jerit2 la kat atas tuww *Jambatan dia goyang2. kehkehkeh. Cantik jugak la permandangan kat situ. Jambatan gantung dia 150m panjang.

Sekadar papan tanda

Sekadar lantai hutan
Canopy walkway
Kawan aku bernama Ji...er? Ji-hyo kowt. :P
(aku tak tau eja dan tak ingat nama dia *sorry)
Sekadar permandangan
Tuan blog sedang menikmati pemandangan tanpa rasa gayat
*poyo

Setelah selesai, kami pun turun dan berkumpul semula untuk naik bas sesama dan pulang ke kolej.

Sekian.

*Gambar kredit to amoi tadi and his friend (arigatou gozaimasu)