04 May 2014

Tamat Foundation (sem 3) & Kerja

~~~Yeeppiee~~~
Akhirnya aku dah tamatkan Foundation aku stelah setahun (tapi tak terasa macam setahun belajar pun). Mungkin sebab tak banyak pressure kowt. Tekanan pun time assigment je la.  Last paper aku hari tu study skills and critical thinking. Paper ni memang aku sakit hati sebab paper midterm markah aku dapat seciput je.... memang paling rendah dalam kelas, kowt. Arrghh, macam mana ini boleh terjadi! Walhal memang aku tak study pun mase tu, memang patut la aku dapat markah paling rendah. Tapi paper yang lain no problem. So, assignment and final exam memang aku buat betul2 sebab nak catch up balik tak nak gagal. Dammnn. Tu lah paper midterm paling teruk. Tapi, alhamdulillah aku dapat menjawab semua soalan final dengan senang dan tenang. Fuhh! tak sangka. (*study gila2 :P)

Hello World! we meet again..


Owhkay~ sekarang aku dah abis. So, macam biase la bebudak semua nie mesti la nak cari kerja. Aku pun tengah cari kerja. Satu hari tu memang pening fikir nak kerja apa. Bila ada kerja kosong nak perempuan sahaja. Kalau mintak online nak experience. Bila nak kerja wayang, promoter, or clerk semua dah full. Leceh seyh~

Tapi sabar je la.... Aku ni malas nak kerja jauh2. So cari je la kat area rumah aku tu. Aku pun cari la ngan kawan aku. Last2 dapat plak kat satu tempat tu. Lepas tu alhamdulillah dia call and suruh aku hantar resume.
Aku pun bedal je resume tu, sebab aku copy balik folio assignment masa kat kolej dulu. Maklumlah mana pernah hantar resume bagai. Lepas tu pergi interview.....

Nasib la dia tanye bende2 simple. Kalau tak memang berterabur la jawapan yg aku bagi kat dia. Hahaha...
After that aku pun dapat. Esok aku dah boleh start kerja. Tempat tu pun dekat je dengan rumah aku. Naik motor 15 minit pun dah sampai. Kalau bawak macam Rossi mungkin 7-10 minit.

Arrribaa~~!!
Nasib area rumah aku tu jalan lurus tak de Speed trap :P
*pandu cermat jiwa selamat
Gaji, elaun, kwsp, and socso etc tu belakang kira... Nak kata banyak, tak banyak. Nak kata sikit pun tak sikit. Standard la tu. Rehat pun boleh tahan 2 kali kowt. Kerja pulak pukul 10 pagi sampai 8 malam. Boleh la~~

Aku ni budak baru lagi nak menempuh alam dewasa. Kalau bebudak lain tu memang dah banyak pengalaman la kowt. Sebab aku ada kekangan masa dan hal2 lain. Tu yang jarang nak kerja part time. Sebab cuti panjang nie je aku amik full time.

Punya la panjang aku bercerita tapi aku tak sebut pun kerja apa aku dapat.... Hahaha. Tak pe lah entry seterusnya aku cerita balik. Dan yang paling penting aku bukan cashier, technician, clerk etc....

Ia adalah.......

*Bersambung (Klik disini)