30 July 2014

La la la kerja, hari-hari kerja

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
KEPADA INSAN2 YANG SEDANG MEMBACA BLOG GUA !

Hahaha... *tak payah nak 'capslock' sangat la kan?   (^,-)

Post sebelum ni aku cerita pasal tamat pengajian foundation kat kolej aku dan mula bekerja. (klik disini). Jadi hari ni merupakan sambungan pasal kerja yang aku buat selama cuti nak menunggu sambung degree ni.

Awal bulan 5 aku pun mula berkerja di satu syarikat. Aku dapat kerja tu sebab mintak tolong dari kawan aku. Kerja kat situ pun 3 bulan je. Walaupun aku cuti 4 bulan, sebulan lagi yang tinggal adalah untuk aku prepare persiapan nak masuk kolej balik, rehat2, lepak ngan kawan2..... lebih kurang camtu lah. 

Baik lah, meh aku reveal aku kerja kat mana dan kerja sebagai apa....

cepat la bagitau....

(*drum rolling) ----ba dum tsss

Aku kerja di sebuah kedai....er kedai....kedai, .........keeedai~ berat pulak gua nak menaip nama kedai tu. Baik lah, aku kerja di sebuah kedai kain. Yer, 'kedai kain'. Kelakor pulak bunyi nye orang cam gua kerja kat situ. Dulu masa mula kerja aku pun fikir macam tu jugak. Biar betik! aku kerja kat sana. Kenapa betik? apsal tak jambu, durian tak pun langsat. Padahal aku ni nak kerja kat syarikat IT je sebab tu profession aku. Tapi nak cepat punya pasal aku pun bedal je la. Kat mana kedai tu aku tak boleh bagi tau la.... hehehe~

First day

Aku ni dah la buta pasal kain2, memang blur la aku kat sana. Tapi aku memang beruntung sebab ada seorang makcik (semua makcik2 kerja kat sana aku panggil mak je) ajar aku cara kerja kat sana. First sekali dia ajar aku pegang gunting ngan pembaris. Cam lawak siput sedut pun ada tapi itulah hakikat. Walaupun dah berkali2 pegang bende tu tapi kerja kat sini memerlukan teknik. Cara pegang pembaris mesti betul supaya bila nak ukur kain ela tu laju dan lancar.. tak de la lambat. Bayangkan kalau kene ukur kain 50-80 meter, tak ke letih kalau tak tau cara nak ukur. Lepas tu cara gunting kain pun ada jugak tekniknya. Gunting kain tu sekali tarik je... tak perlu nak gunting sikit2 sampai lenguh tangan tu. Gunting kene lurus. Dia pun bagi aku training sensorang kat sudut kedai tu potong kain yang tak di gunakan lagi. Skretttt...!! bunyi gunting membelah kain ela. Training punya training....sampailah kepada melayan customer pertama. 

Memang time tu gabra menggigil semua bercampur. Takut kain rosak, potong senget itu ini. Tapi gua tabahkan hati jugak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan sekali lafaz basmalah aku pun tarik kain tu. Percubaan pertama aku perghh.....


macam ni hah!

Lurus, rapi, kemas dan sewaktu dengannya. Siap kene puji lagi. WAHAHA. *kembang seluar aku :P
Biasa la budak baru katekan~~

Next Day

Hari-hari seterusnya aku belajar pulak pasal kain2 pasang nie. Ada bidang 45" ada jugak bidang 60". Apa tu bidang? Adakah sama macam bidang HR, IT specialist, bidang kejururawatan? hehehe. Tak la. Bidang yang dimaksudkan ialah lebar kain atau bukaan kain tu. Ada yang 45 inci, 60 dan sebagainya. (Istilah lain, Bidang, lerang, buka, lebar etc). Nak hafal nama2 kain lagi payah untuk newbie macam aku ni. Dah la setiap kain tu macam2 corak bunga stripes dan apa bende ntah bercampur2. Tapi dah lama kerja boleh hafal. Selain daripada serve customer, kerja aku jugak kat bahagian stor. Bila stock habis lori akan sampai hantar stock baru. Masa tu memang sakit aku mengangkat kain ela, kain langsir berkayu2, baju readymade and so on berkilo2 kat atas bahu aku. Just like a what the hack is this. Badan aku sekeping je, nak angkat barang 30-50 kg, masuk akal ke? Ye masuk akal... mungkin Allah pinjamkan aku kekuatan nak angkat stock tu naik tangga dan letak kat stor ( stor kat tingkat atas). Fuhhhh dasyat.. * dasyat lah sangat~~~ =.="

Next-next Day

Dah lama kerja kat sini boleh la sesuaikan diri. Lepak ngan staf2 lain. Aku kerja sampai lah hari last puasa.
Kerja time puasa memang tak larat masa first day. Lepas tu small matter je bagi aku. Time bulan puasa pun aku kene angkat stock yang datang satu lori.....bayangkan...tgh puasa....tekak kering....tak boleh makan....angkat barang berat.... perrghhh. Aku masa tu macam tak de hal lah. Memang masa tu aku rasa Allah tolong aku mudahkan urusan aku. Aku tak rasa penat yang amat sangat pun. Sekadar rasa lenguh je. Tak de pun rasa nak minum air.

Also Next Day

Kerja kat sana boleh tahan la. Ada komisyen OT duit raya blablabla. Gaji aku boleh dikatakan lebih daripada gaji basic walaupun dah tolak socso kwsp. Hahahaha. *Syukur. Tapi kerja kat sana bos dia senget skit. Cakap dia je yang betul, orang lain semua salah. Adoiii.....masalah, selalu aku dengar staf2 lain kutuk dia, buat lawak pasal dia.....hahaha, aku pun malas nak layan sgt. Janji gaji gua masuk. Yang lain2 tu semua ok je, walaupun staf2 lain kuat mengutuk, buat lawak pasal aku *hari2 kene bahan.... tapi bile kerja diorang sporting. Macam2 karenah.. Yang aku pulak loya buruk memang no1 kat sana lagi lah parah kedai tu aku buat...

hehehe
Last Day

Last puasa adalah hari terakhir aku kerja. Walaupun dulu ragu2 pilih kerja ni tapi lepas tu baru datang keseronokan yang tak di jangka. Bila last punch card semua berkumpul briefing dan mintak maaf kat lain2. Rasa sedih jugak sebab tu hari last aku kerja. Kalau diorang tu lepas raya masuk balik kerja. Tapi tak per, kalau ada jodoh semua nya akan disatukan.......


Kesimpulan

Jadi secara kesuluruhan cerita adalah.. aku kerja di kedai kain sebagai sales assistant, store keeper, cleaner (bersih2 kan kedai setiap pagi) dan macam2 lagi. Selagi ada kerja yang aku boleh buat kat situ aku buat. Hahahaha....

Sekian

Yang Benar

AOZORA

28 July 2014

Selamat Hari Raya [2014] #jerebu

Assalamualaikum
&
Selamat hari raya Aidilfitri


Saya tujukan kepada anda semua yang mengunjungi blog ini secara langsung ataupun tidak langsung

maaf zahir dan batin saya pohonkan

saya hanyalah manusia biasa yang melakukan kesilapan

setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT

dan yang buruk itu datang nya dari kesilapan saya sendiri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MAAF KERANA MENGGANGGU POST INI

LAPORAN TERBARU MENYATAKAN TENTANG PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN JEREBU DISEKITAR IBU KOTA DAN SELURUH MALAYSIA PADA HARI SEBELUM DAN SEMASA RAYA TELAH DISAHKAN

ADAKAH BERPUNCA DARI KEBAKARAN HUTAN?

ATAU  DISEBABKAN ASAP MOTOR 2T TERLALU BANYAK DIJALAN RAYA?

ATAUPUN ASAP DARIPADA MERCUN?

JIKA ANDA FIKIR BEGITU IA ADALAH JAWAPAN YANG KURANG TEPAT.

JEREBU PADA MUSIM PERAYAAN INI 
ADALAH DISEBABKAN.......


~JENGJENGJENG~










|
|
|




HAHAHA

GURAU JE TAU

MAAF ZAHIR DAN BATIN

^_^