13 January 2015

Degree Sem 2 & For The Third Time

Assalamualaikum and apa khabar readers and visitors. 12/1/15 adalah first day aku untuk semester ke-2. Ini merupakan post pertama aku menggunakan handset. So kat sini tak boleh edit macam2 dan simple je pakai app android.

Semester kedua ni bermula pada awal tahun baru 2015. Hahaha. Jadi apa azam tahun baru untuk 2015? Sebenarnya aku hampir jatuh untuk semester pertama degree sem 1 tahun lepas. Disebabkan aku newbie untuk coding programming, aku rasa macam tak boleh bawak course ni. Tapi tu semua bukan alasan untuk aku berhenti ambik kos ni. Sepanjang aku belajar kat kolej ni, degree sem satu lah yang paling teruk pernah aku rasa. Kurang knowledge, urus masa tak betul jadi punca masalah aku.
Tahun ni aku berazam agar dapat menguruskan masa dengan bijak dan membuka minda luas2 untuk menimba ilmu.

Tapi setakat ni, takde paper yang gagal. ~^.^~ YOKATTA NE.

[WARNING! Cerita di bawah memang tak best langsung, harap faham]

Jadi, apakah yang for the third time? 5/1/15 tu adalah kali ketiga untuk aku keluar dengan budak pompuan yang pernah buat hidup aku bergelora. (ayat tak boleh bla) Yup, ari tu dah plan nak kluar awal tahun baru tapi ada "sebab2" tertentu aku terpaksa delay.

Mula2 aku jumpa dia kat carpark somewhere and kali ni dia drive kereta sebab dah ada lesen. Ingatkan nak naik public transport je sebab aku suka naik train (sebab jarang dapat naik train, asyik drive kereta) tapi harini dia drive dan turn dia ajak aku kluar. Firstly tengok wayang cerita night at the museum3.  Cerita ni bagi aku biase2 je tapi tak tau lah pendapat korang camne.

Second place aku ngan dia pergi lowyat sebab nak beli barang aku. Aku ni kalau gi KL tak sah kalau tak singgah lowyat. Hahaha. Budak gila teckno. Tapi takde la obses sangat.

Yang ketiga pulak drive pergi makan domino. Pastu lepak main arcade, tapi dia ada ajak aku main bowling. Aku ni seriously tak pernah main bowling. Kalau nak diikutkan aku tak nak main, nak pergi tempat lain. Lepas tu dia merajuk dan buat muka. Aku pun cam kesian la. Aku cakap ok, satu game je. Pastu baru dia nak senyum balik. [=.=]

Dah la tak reti aku nak jatuhkan pin bowling tu. Asyik sebutir2 je yang jatuh. Alih2 dia jugak yang menang. Ye lah aku ni first timer. And then lepas habis main dia nak ajak aku karaoke. Aku pun cam (0.0) oh god! Bende ni pun aku tak pernah try. Dah la suara aku cam katak. Yang ni memang aku terpaksa tolak. Seterusnya, pergi pulak JJ semata2 dah lama tak try main arcade kat sana. Dua kali aku pergi arcade =.= ish3x

Yeah, aku suka gila pergi arcade cuma duit kalau dah pergi sana boleh mengalir macam air terjun.
Dan.... Ni pulak kali kedua aku terpaksa mengalah. Ni kes sebab aku tak suka tangkap gambar. Lagi2 kalau kamera tu hala kat aku, serius pantang gila. Dia ni request nak tangkap gambar berdua ngan aku. Tak tau lah dia nak buat apa ngan gambar aku. Aku pun cam biasa la memang tak nak tangkap gambar sebab aku tak suka. Korang sendiri pun tengoklah kat aku punya blog ni, ade ke gambar aku? Takde kan~ hehehe. (Kalau ada pun aku dah tutup muka aku) And then apa lagi. Dia pun buatlah muka merajuk dia tu. Lepas tu bila aku cakap, dia tak nak pandang. Arghhhhh, serius aku tak boleh kalau dia buat camtu. Aku tak kesah pun dia merajuk camtu, tapi aku tak tahan tengok muka dia. Bagi aku comel gila kalau dia buat muka merajuk camtu. Lama gak la aku struggle ngan karenah dia ni. Haish, aku pun ok kan je lah.

Lepas tu yang tak boleh bla tangkap gambar kat photoboot dalam arcade tu. Nasib tak ramai orang. Lepas dah siap mula la dia edit ntah pape kat gambar aku. And then, printout bagi sorang satu gambar tu simpan buat kenangan.

Last yang tak berapa nak last, aku drive kereta dia sebab dah malam pergi satu tempat tengok permandangan. Dan tu lah last tempat jalan2 kami. Dah nak pukul berapa ntah aku pun balik kat tempat aku park kereta aku. Masing2 balik rumah bawak kereta sendiri.

Sebelum aku lupa, sorry sebab bawak kereta kau macam orang gila malam2...hahaha. Sorry sangat2.
[Seperti yang aku kata kan tadi, cerita diatas merupakan cerita ntah pape]

…aku dah warning awal2 cerita ni tak best