18 September 2015

Putus Cinta. Kenapa menyerah kalah? (Get Up and be a strong people!)

Assalamualaikum wahai para pembaca.

Kali ni aku nak kongsi sedikit cara nak naikkan semangat korang yang dah luntur tu selepas putus cinta. Tapi…. Kenapa aku membuka topik ini?

Adakah aku pernah bercinta dan mengalami situasi putus cinta?
Secara jujurnya aku tak pernah mengalami perasaan putus cinta. Nak tau rahsianya?

Rahsianya adalah kerana aku seorang manusia yang tak pernah lagi bercinta, bercouple or whatever yang seumpama dengannya. Mungkin ada yang tag aku ni budak2 suci, duduk bawah ketiak mak, bla bla bla. Aku ada kawan perempuan, tapi hanya sekadar kawan. Tak pernah lagi aku try tackle kawan sendiri walaupun ada segelintir yang aku suka. Dan kebanyakkan perspective pulak kata kawan perempuan aku tu skandal aku atau kekasih gelap or sukati mak bapak tiri dia nak cakap pebende pun. Its matter of perspective. Sebenarnya aku ada hasrat yang tersimpan jikalau aku ingin bercinta. Tapi benda tu aku akan kupas lagi pada artikel seterusnya tentang cinta bagi diri aku, yang masih takut dengan bahana cinta.

Sebenarnya aku ni seorang yang muda lagi. Yup, saya ni muda lagi :D (ribenna). Baru je nak belajar mendewasakan diri dan mematangkan fikiran. *Aku tak tau aku ni muda atau perasan muda :P

Baiklah sebelum aku melalut sampai ke puncak Himalaya. Kita get back to the topik.

Memang putus cinta tu rasa dia sakit macam ada racun merebak di dalam badan dan koyakkan tisu dan organ2 dalaman. Lepas tu dunia yang luas ni korang rasa sempit seakan terkurung dalam sebuah kotak. Walhal langit masih tinggi dan biru. Rasa perit dan gelisah bertambah bila putus cinta dengan first lover kita. Benda tu lah yang susah kita nak lupa. Lagi2 bagi seseorang yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengannya.

Jadi macam mana caranya untuk bangkit kembali menentang perasaan kalut yang boleh buat diri kita hilang fungsi bila memikirkannya?

_________________________________________________________________________________

Dalam usia yang muda, begitu berat rasa duka yang saya tanggung.

Janganlah bersedih, yang terjadi biarlah berlalu. Kamu seorang yang berilmu, berbudi pekerti dan mempunyai fikiran terbuka. Jadi janganlah jadi lemah seperti kami yang buta hati ini. Tidak baik kehidupan yang mulia ini terhalang demi seorang insan bernama kekasih. Kamu ini seorang yang bijak. Dimanakah perjuangan untuk maruah kamu. Jangan biarkan hidup kamu rosak binasa kerana cinta yang tidak kesampaian. Sedarlah. Amati dunia yang luas dan menghayatinya. Masih banyak lagi ketenangan dan kebahagiaan didalamnya.

Sedarlah, cinta bukan mengajar kita menjadi lemah. Sebaliknya ia membina kekuatan, membangkitkan semangat. Tunjuk kepada kekasih (a.k.a “ex”) kamu yang kamu tidak akan mati kerana dia. Berjuang untuk hidup sehingga kamu berada di puncak yang tinggi. Dan pada waktu itu manusia perlu mendongak untuk memandang kamu.

Ingatlah tersembunyi disebalik kegagalan iaitu sebuah inspirasi jikalau kamu tenang dan berfikir sejenak. Setiap kejadian yang Allah jadikan terdapat sebab dan maksud yang mengajar. Tidak pernah dijadikan suatu perkara itu sia2.
_________________________________________________________________________________

Petikan tu bukanlah aku yang cipta. Sebenarnya ia adalah pengajaran dari kisah “Tenggelamnya kapal Van der Wijck”. Tapi aku ubah suai sedikit untuk memberi keserasian dalam artikel ini.

Korang boleh tengok sendiri dan fahami betul2 jalan cerita tu. Mungkin korang akan nampak something yang boleh dipakai. Ingatlah takkan terjadi sesuatu jika kamu tidak tekad berazam. Kita susah nak lupa orang yang kita pernah suka suatu ketika dahulu. Mungkin sebab tanah yang anda pijak banyak meninggalkan memori tentang “aku dan dia”. Maka berhijrah lah ketempat lain agar minda anda terbuka dan sedar bahawa dunia ini luas dan tidak sampai 1/3 lagi dipijak oleh anda.

Penutup Bicara….
Mungkin terdapat cara lain untuk meredakan perasaan ini. Sedangkan Islam pun mengajar kita cara bercinta. Letaklah cinta Allah dipuncak barulah disusuri cinta manusia. Hati itu milik Allah. Jikalau kamu ingin kan si dia, berdoalah pada pemilik hati yang sebenarnya, Iaitu Tuhan yang kamu sembah.

Bercinta selepas nikah itu lagi baik.

Maafkan aku kalau terdapat kesilapan dalam penulisan diatas. Aku bukanlah seorang yang warak tetapi aku inginkan yang terbaik. Memang benar aku tidak pernah merasai perasaan putus cinta. Apatah lagi perasaan mempunyai kekasih.


Peace yaww~