27 March 2014

February yang hilang

Cam pelik je tajuk tuh!?

Dekat dalam kalendar, bulan februari hilang ke? 

Mestilah tak kan...
So kat mane yang hilang?

_________________________________________________________________________________

Sebenarnye bulan februari tu hilang kat dalam blog nie. Aku lupa nak update blog masa bulan 2 hari tu. Kalau tengok kat blog archive 2014 dari Januari terus jump ke March. Blog nie aku buat sebab nak tengok perjalanan hidup aku, apa yang aku buat, achievement, sejarah lalu, kenangan and so on. 

Blog nie aku buat sebagai life record je. Bukan sengaja nak bercerita pasal diri aku kat korang or nak cari populariti or ape2 bende lain yang korang fikirkan. So, kalau korang jumpa blog nie sukati mu la nak bace or tidok. Kawe tak pakse powwn. Gaya penulisan aku pun bukan la hebat sangat.

Sekarang kita imbas balik ape yang terjadi kat aku masa bulan 2 yang lepas.

Kalau nak di ikutkan tak der ape yang menarik pun. Hari2 aku pergi kolej, balik kolej, makan minum, tidur. Kat kolej plak time rehat hari2 aku order nasi goreng telor mata tak pun nasi goreng ayam sekali dengan teh o ais gelas besor. Amik ko. Mau meletop perut tu. Yang nie memang menu tetap aku hari2. Kawan2 aku and akak yang masak tu  pun tau apa yang selalu aku order. Dah la murah. 

Aku nie badan kurus je tapi selera besor. <---Perut tong. Dan yang paling best aku makan banyak bukan nye gemok pun..sebab metabolism aku tinggi. Cuma yang takut penyakit je la. Kalau makan banyak nie penyakit pun banyak la kalau tak jaga.

Tapi bulan March minggu lepas aku ader ikut aktiviti kolej yang bernama "Jom pergi ke sekolah". Ramai gak la student yang follow termasuk aku. Bende tu buat mase result SPM keluar. Setiap students akan pergi ke lain2 sekolah yang terpilih bersama dengan partner dan lecturer masing2. Aku kene promote amik nama budak sekolah, grade, alamat bla bla bla. Target 30 and  above. Buat bende nie dapat duit wooo. Mula2 aku buat saje2 je sebab nak rase suasana masuk sekolah balik. *Rindu woo. Pasal duit tu advantages kedua la. Dan aku ngan partner aku dapat target 39 student. Hahaha......

So...tu lah cerita yang ntah pape kali ini

*Patutlah aku lupa nak update masa bulan februari lepas sebab  tak der bende nak cerita.

14 March 2014

Bufday wish dari Mr.Google

Taadaaaa~~~~

Owh~ baru ku tahu encik google pun akan wish bufday kat aku. Siap letak kat front page search engine bagai. Siap ade nama tuh~!! *Sorry name kasi tutup skit, heee~

Ok excited skit. Biase la budak baru tau pasal bende alah nie. 

Aku nie kan membership google+. Baru je setahun lebih pakai google+. So, aku memang suka pakai google sebab boleh link ke mana2. Nak dapat wish nie kene log in dulu google+ baru dia boleh detect tarikh lahir kita. 

Dan yang paling best Allah bagi aku nyawa untuk meneruskan hidup aku. YEAH!!! I'm still ALIVE~~~!!!!!

alhamdulillah

Itulah hadiah yang aku dapat lepas bangun dari tidor tadi.

Aku hampir 12 tahun tak sambut bufday. Keluarga aku sambut pun untuk budak2 kecik je, macam adik2 aku tu. Tapi aku dah besar memang tak sambut dah. Tapi tak kesah sangat sebab aku bersyukur masih ade keluarga yang lengkap lagi. Setiap tahun bila sampai je bufday aku mesti sama je dengan hari2 lain. Tak der ape yang berbeza dan menarik pun yang berlaku selama 12 tahun dari last bufday aku. Dapat present dari orang lain memang tak pernah la kan. Sebab aku tak ramai kawan. Kenapa aku tak ramai kawan? (less friend less drama) susah nak cari kawan yang betul2 kawan kat dunia akhir zaman nie. Setakat kenalan tu ramai lah.

Dan.....bukan ramai sangat yang ingat dan tahu pun tarikh lahir aku nie. Sebab aku suka berahsia. Kawan aku wish bufday pun sebab dapat tau dari FB dan sebagainya. Sekarang FB and seumpama denganya tu aku dah buang jauh2 hampir setahun so....paham2 je la tak der wish sebab diorang tak ingat. Orang yang dekat dan tau bufday aku pun tak ingat hari ni hari lahir aku. Aku pun malas la nak bagi tau. Buat tak tau sudah, janji empunya badan happy dengan hidup sendiri,

*apsal aku menyimpang plak nih!?

ok bye.



Control Macho skit....
Aaauuummmmm~~!!!