11 June 2015

For the forth time

Hari tu aku kluar ngan budak tu pergi IOI mall kat putrajaya. Pergi sana sebab dia nak main ice skating. Bagi aku ice skating ni first time aku cuba dalam seumur hidup. Banyak kali aku tersungkur kedepan masa main bende alah tu. Biasa nya kalau roller blade brake dia kat belakang tapi ice skating break dia kat depan. Sebab tu la aku asyik sangkut kat ais tu pastu jatuh. Hahaha..... banyak jugak orang jatuh time tu, so tak perlu malu pun.

Petang skit tengok wayang cerita Tomorrow land. Sebenarnya aku nak tengok cerita San Andreas cuma cerita tu start malam pulak. So terpaksa tengok tomorrow land (walaupun cerita dia bagi aku tak best... hehe~)

Dan yang ni lagi tak boleh bla sebab aku terlepas cakap untuk belanje dia satu gambar masa aku chat dengan dia sebelum2 ni. So terpaksa aku berselfie ngan dia jugak. (#akutaksukatangkapgambar)

Lepas tu aku pergi main arcade. Yup, aku memang suka gila pergi arcade.

Sebenarnya aku tak tau nak cakap macam mana.
Kadang2 aku curious dengan apa yang jadi.
Kalau nak di ikutkan aku sekadar ikut flow dengan keadaan sekeliling.

Sometime what we planned never goes to what we want....
By the way, I just want thanks to you for take me to try many things that I never do.

Habis Sem 2 and trip to Langkawi

Assalamualaikum

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku yang tak seberapa hebat melawat pulau bernama Langkawi.
Bende ni dah plan sebulan sebelum aku habis degree sem 2. Dan untuk cerita sem 2 aku mmg badass apabila aku hanya mampu mengubah sikit je attitude aku ni. Kalau nak di ikutkan aku sekadar survived je belajar kat sini. Kalau nak ber 'dekan2' memang tak de rupa pun. Di sebabkan aku dah abis final exam, aku cuti sem selama dua minggu. Dalam minggu pertama ni aku pergi bercuti dengan kawan aku ke langkawi... 3 hari je pun.

Tiket kawan aku dah book so aku tumpang tidor kat rumah kawan aku sebab boleh gerak sesame gi airport KLIA2. Dapat tidor 3 jam pun tak kesah sebab nak kene pergi lepas subuh. Masa gerak gi airpot tu yang tak boleh bela. Pakcik van yang kami naik tu drive macam "Maikel Shumaker" (sorry tak reti eja). Aku yang duduk belakang sekali melompat2 macam naik motocross bila dia langgar lubang atau bumper. Dan yang tak tahan time tu dia pakai jubah siap serban. Dah macam pak arab dalam youtube aku tengok cara dia bawak van. Bila dah sampai, semangat menggilo dapat naik flight (bukan first time naik flight cuma dah lama tak merasa je walaupun rasa cuak kes flight terhempas). Hati aku melompat keriangan seperti cacing kepanasan (walaupun salah peribahasa tapi lebih kurang cam gitu lah rupa aku), but well... u know me, just act cool~

gaya cool gaya saya
Bende best aku nampak dalam perjalanan ialah matahari terbit. Rasa semangat membara membakar jiwa aku dan merebak ke kepala serta kaki dan kuku (cam over je. =_=").

First day (Arrive)

Aku sampai kat langkawi ni dalam pukol 1030am. Time tu flight yang aku naik ni landing cam tettt***. Aku ingat tayar flight ni tercabut, punya la tak smooth time tu. (=.=) tak pe la, janji aku selamat tiba ke destinasi. Sampai je sana, mula la salam2 skit ngan family kawan aku nie.

Tengah hari tu kitorang check in bilik pastu keluar jap pergi kedai kat area situ naik kereta sewa. Dah petang skit dalam pukol 5, aku ngan kawan aku mandi swimming pool kat dalam resort tu. Nasib baik time tu tak ramai orang, boleh la aku buat kuak lentang, kuak katak puru, dan kuak gorila time berenang.

Masa dah puas mandi swimming pool tu, kitorang jenjalan kat pantai. (resort tu tepi pantai, eh jap... yang aku check-in tu resort or villa erk? aku lupa dah, tak per tak penting :P ) Tapi bende paling aku tak suka time tu masa jalan kat tepi pantai yang bahagian pasir dia basah. Aku bukan takut ngan ketam or pape yang ade kat bwah tanah tu... time tu banyak giler cacing warna putih, macam cacing kat dalam perut tu (parasite). Hanya orang mata tajam je yang boleh nampak bende tu. Aku sanggup ambik jalan jauh semata2 tak nak tengok cacing tu. Aku bukan takut cuma geli tahap penguin terbang je.(Aku ni jenis yang suka tengok citer hardcore macam zombie makan orang, pembunuh bersiri bedah organ orang, cerita pasal parasite, lebih kurang camtu la.... sebab tu aku over imagine time tu... hehehe~~)

=.="

Second day


Masa hari kedua baru aku pergi jalan kat pulau langkawi. First activity aku buat awal2 pagi ni ialah Island Hopping (RM 35 per person). Ada la abang van tu jemput kitorang kat resort tu pastu bawak gi tepi jeti tempat bot2 parking. Ramai gak orang kat sana. Lepas tu dia bagi kitorang sticker untuk tentukan group.


Masa tu tiga pulau kami pergi. Pulau dayang bunting (& tasik dayang bunting), Pulau singa besar (tempat helang) dan Pulau beras basah (mandi pantai).


Pulau Dayang Bunting

 Pulau Singa Besar, 
Pulau Beras Basah

Lepas selesai aktiviti, balik ke bilik makan roti canai black pepper (first time aku jumpai roti canai style camni).

Dalam pukol tiga petang, kami pun pergi ke Oriental village, ala....tempat yang ada skycab tu (kereta kabel). Pergi sana drive kereta sewa. Tapi dalam perjalanan aku ke sana aku asyik spoil je sebut skycab tu kereta kebal. KERETA KEBAL! KE-RE-TA KE-BAL !!! sepatutnye KERETA KABEL ~~ !!! (=.=")~ haish~ Panjang perjalanan kereta kabel tu untuk naik kat puncak bukit tu lebih kurang dua km rasanya. Best gilo dapat tengok view sebelah pantai dan sebelah hutan dan bukit. Aktiviti kat dalam Oriental village yang kami buat adalah, dome theater, skycab and wayang 6D..... Last skali naik rivoride. First time aku dapat tunggang bende berenjin yang perlukan kestabilan depan belakang. Pergghhh... excited tahap dewa.

Macam ni lah rupa bende alah tu
Oriental Village

Skycab

Last Day

Hari terakhir kami kat langkawi ni pergi ke Kuah untuk beli coklat. Faham2 je la langkawi ni pulau bebas cukai, so barang dia pun murah jugak. Cuma kena pandai2 survey untuk tengok harga setiap kedai. Tapi aku tak sempat survey sebab nak rush pergi airport T_T. So aku bedal je la coklat daim, toblerone etc. Dah petang kami pun pergi airport dan naik flight ke Lapangan terbang Subang. 

That's all for today.... hahahaha. Fin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Picture credit to google image and other uploaders.

*Sebenarnya aku ada tangkap banyak gambar cuma aku tak berapa nak suka upload gambar kat internet. Hahaha

*Special thanx to my family member for supported my room and food. ^_^