18 May 2017

Degree Sem 7 (Hello Year 3)




Cepat betul rasanya bila dah masuk tahun ke-3 untuk degree ni. *Haha* bila tengah belajar dalam kelas rasa lama, bila start cuti and masuk semester baru je rasa sekejap. Tapi bila cuti aku tak produktif pown~ Apa aku buat kat rumah hari2 adalah hibernasi, as usual. Lepas tu bangun dari tidur macam… *Eh! Dah start masuk kolej balik.



Time cuti je aku jadi lifeless. Ntah ape2 je aku buat kat rumah tu. Selain dari baca buku pasal motivation, benda lain aku buat adalah layan anime 200 episod beserta movie2 yang aku perap selama ni dalam laptop sebanyak 20 lebih. Disebabkan akitiviti sebegini rupa lah aku menjadi seperti Dracula diwaktu siang, menjadi Batman kelawar di waktu malam, dan burung hantu di waktu subuh.

Berbalik kepada sem 7 ini, secara keseluruhan ini adalah last year untuk aku berada di kolej ini. So ini bermakna aku diberi tugasan which is Final Year Project (FYP) untuk disiapkan dan juga menentukan sama ada aku layak untuk dapatkan honors didalam sijil Degree nanti.

So untuk project ni mestilah kena cari supervisor yang akan bimbing kita dalam menyiapkan keseluruhan tugasan. Nak cari supervisor pun kelakar juga sebab aku ingatkan boleh pilih bila2 masa. Ya, memang boleh pilih bila2 masa tapi student2 kelas aku ni menyambar terlalu laju seperti rakun mencuri telur ayam  *main bantai je bagi perumpamaan. Dalam masa satu hari je (Lepas kertas kerja dan penerangan diberi) semua lecturer yang “baik” telah di booking. So aku pun dapatlah lecturer yang tak pernah mengajar aku dan tak pernah kenal. Nasib baik ada lagi member yang tak pilih supervisor so dapat lah teman kan aku.

Kalau nak diikutkan supervisor yang aku terpaksa pilih ni, ingatkan seorang yang garang, tapi… sebenarnya  “terlebih- lebih, melebih, dan mungkin segaja dilebihkan baik nya tu” Seriously, dia memang baik hati! Boleh kata kira rezeki aku jugak la Allah nak permudahkan urusan aku. Everything is clear dan beliau juga seorang yang tegas. So not a big problem if aku follow every planning yang ditetapkan. Everything change my perspective. Dia memang layak diberi supervisor of the year sebab bimbingan dia memang expert.

Tu semua cerita pasal supervisor. [Done!]

Nak diceritakan pasal project aku ni ada tiga kategori iaitu…
  1. Website
  2. Android application / game / software
  3. Research
Website ni memang aku dah biasa buat so aku malas nak pilih apa yang aku pernah buat. Keputusan terletak di nombor 2 dan 3. Kalau nak pilih nombor 3, aku tak gempak nak buat research sendiri sebab aku lebih praktikal untuk membuat sesuatu. Research perlukan daya pemikiran yang kritis sebab everything made is based on a FACT! Kau kena berani selami bidang yang kau research dan kau mesti mampu mempertahankan research kau tu bila orang yang menilai kau tu tanya soalan yang pelik2 atau mempertikaikan tesis tu. Wuh~! Nampak easy tapi ganas.

So, sudah tentu aku lebih cenderung kepada no. 2.

Nak diringkaskan aku telah memilih android app sebagai project FYP ini. App apa tu aku tak boleh bagi tau la, aku bukannya gempak pun bab2 programming nih. Tapi memang seronok bila kita faham proses atau langkah2 untuk membuat applikasi android dari design sampai lah ke proses logic (coding). Jadi sebagai seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam, memang aku agak suka bila mengkaji sesuatu system atau mekanisme sehingga ke teras.

Anyway itu sahaja aku dapat cerita.
Sambungannya di semester akan datang.

Nota biasa: Aku rasa gaya penulisan aku dah berbeza setelah beberapa bulan tak menulis. Macam hancur je.