Cepat betul rasanya
bila dah masuk tahun ke-3 untuk degree ni. *Haha* bila tengah belajar dalam
kelas rasa lama, bila start cuti and masuk semester baru je rasa sekejap. Tapi
bila cuti aku tak produktif pown~ Apa aku buat kat rumah hari2 adalah hibernasi,
as usual. Lepas tu bangun dari tidur macam… *Eh! Dah start masuk kolej balik.
Time cuti je aku jadi
lifeless. Ntah ape2 je aku buat kat rumah tu. Selain dari baca buku pasal motivation,
benda lain aku buat adalah layan anime 200 episod beserta movie2 yang aku perap
selama ni dalam laptop sebanyak 20 lebih. Disebabkan akitiviti sebegini rupa lah
aku menjadi seperti Dracula diwaktu siang, menjadi Batman kelawar di
waktu malam, dan burung hantu di waktu subuh.
Berbalik kepada sem 7
ini, secara keseluruhan ini adalah last year untuk aku berada di kolej ini. So
ini bermakna aku diberi tugasan which is Final Year Project (FYP) untuk disiapkan
dan juga menentukan sama ada aku layak untuk dapatkan honors didalam sijil
Degree nanti.
So untuk project ni
mestilah kena cari supervisor yang akan bimbing kita dalam menyiapkan
keseluruhan tugasan. Nak cari supervisor pun kelakar juga sebab aku ingatkan
boleh pilih bila2 masa. Ya, memang boleh pilih bila2 masa tapi student2 kelas
aku ni menyambar terlalu laju seperti rakun mencuri telur ayam *main bantai je bagi perumpamaan. Dalam masa
satu hari je (Lepas kertas kerja dan penerangan diberi) semua lecturer yang
“baik” telah di booking. So aku pun dapatlah lecturer yang tak pernah mengajar
aku dan tak pernah kenal. Nasib baik ada lagi member yang tak pilih supervisor
so dapat lah teman kan aku.
Kalau nak diikutkan
supervisor yang aku terpaksa pilih ni, ingatkan seorang yang garang,
tapi… sebenarnya “terlebih- lebih,
melebih, dan mungkin segaja dilebihkan baik nya tu” Seriously, dia memang baik
hati! Boleh kata kira rezeki aku jugak la Allah nak permudahkan urusan aku.
Everything is clear dan beliau juga seorang yang tegas. So not a big problem if
aku follow every planning yang ditetapkan. Everything change my perspective.
Dia memang layak diberi supervisor of the
year sebab bimbingan dia memang expert.
Tu semua cerita pasal
supervisor. [Done!]
Nak diceritakan pasal
project aku ni ada tiga kategori iaitu…
- Website
- Android application / game / software
- Research
Website ni memang aku
dah biasa buat so aku malas nak pilih apa yang aku pernah buat. Keputusan
terletak di nombor 2 dan 3. Kalau nak pilih nombor 3, aku tak gempak nak buat
research sendiri sebab aku lebih praktikal untuk membuat sesuatu. Research
perlukan daya pemikiran yang kritis sebab everything made is based on a
FACT! Kau kena berani selami bidang yang kau research dan kau mesti mampu mempertahankan
research kau tu bila orang yang menilai kau tu tanya soalan yang pelik2 atau
mempertikaikan tesis tu. Wuh~! Nampak easy tapi ganas.
So, sudah tentu aku
lebih cenderung kepada no. 2.
Nak diringkaskan aku
telah memilih android app sebagai project FYP ini. App apa tu aku tak boleh
bagi tau la, aku bukannya gempak pun bab2 programming nih. Tapi memang seronok
bila kita faham proses atau langkah2 untuk membuat applikasi android dari
design sampai lah ke proses logic (coding). Jadi sebagai seorang yang mempunyai
sifat ingin tahu yang mendalam, memang aku agak suka bila mengkaji sesuatu
system atau mekanisme sehingga ke teras.
Anyway itu sahaja aku
dapat cerita.
Sambungannya di
semester akan datang.
Nota biasa: Aku rasa gaya penulisan aku dah berbeza setelah beberapa bulan tak menulis. Macam hancur je.
Nota biasa: Aku rasa gaya penulisan aku dah berbeza setelah beberapa bulan tak menulis. Macam hancur je.
No comments:
Post a Comment