28 December 2012

For The First Time

ASSALAMUALAIKUM~~

19/12/2012 - Pada tarikh nie result peperiksaan budak2 PMR keluar. So aku harap korang dapat keputusan yang cemerlang atas usaha korang selama nie. Untuk yang dapat bad result, jangan sedih sangat sebab korang ader peluang lagi mase SPM nanti. Hahaha, tapi bukan pasal tu aku nak ceritakan hari nie. Sebenarnye aku nak ceritakan pasal aktiviti aku mase habis SPM je, hehehe~.

Hari aku keluar nie hari rabu and aku keluar pun pergi Times Square je. Aku keluar sebab nak jumpa kawan lame aku. Mase tu aku keluar rumah awal sikit dalam pukol 9 a.m camtu, so aku pun amik keputusan untuk melengah2 kan mase pergi ke Times Square (TS) tu. Kalau pergi awal2 bukan nye bukak lagi pun kedai kat situ.

Aku amik LRT dari (name tempat dirahsiakan) sampai lah ke KLCC. Aku pergi sensorang sebab kawan aku terus tunggu aku kat TS mase tengah hari nanti. So, dah sampai KLCC aku pun jalan2 kat dalam tu, and then bile dah nak tengah hari aku pun gerak pergi TS.

Mase nak pergi TS tu aku fikir nak lalu jejantas yang ader aircond tu. Bende tu ader kat Aquaria KLCC so aku pun cari lah jalan pergi aquaria tu. Cari punye cari last2 sesat ntah kemane ntah (sesat sebab lame tak lalu kat situ). Aku pun buat keputusan untuk keluar dan cari jejantas tu ikut luar kawasan KLCC. Bile dah jumpe aku pun follow je jejantas tu sampai lah ke bukit bintang (Pavillion). Aku pun teruskan perjalanan menuju ke TS. Sebenarnya aku jarang pergi KL sepanjang aku sekolah. So, aku tak berapa nak reti sangat jalan kat KL ni tu yang sampai sesat. Lama gak aku sesat kat KL tu.

Sampai jer kat sane aku fikir nak text kawan aku, tengok2 bateri phone pulak habis. Aku pun tunggu lar die kat pintu depan tu. Nak dekat sejam tunggu tak muncul2 gak aku pun try lar on balik phone tu. Phone tu pun turn on and bile aku nak text je terus tertutup balik (bengang). Aku pun jalan2 la sekejap kat dalam TS tu pastu cari2 kowt ader jumpe kawan aku tu (tapi tak jumpe gak). Aku pun tunggu balik kat pintu utama TS tu. Nak dekat setengah jam aku tunggu tak muncul gak and aku pun tak tau camne nak contact die sebab kalau gune public phone nombor die plak tak ingat.

Hahaha, aku mase tu hanye mampu berdoa jer (mase tu aku takut aku tak dapat jumpe kawan aku and takut kawan aku anggap aku nie penipu dan die fikir aku nie saje nak main2 kan die sebab suruh datang TS, maklumlah yang aku nak jumpe tu seorang pompuan...hehehe~). Macam2 halangan aku tempuh semata2 nak jumpa dengan dia dan banyak benda berlaku kat aku masa tu.

Last sekali aku amik keputusan pergi ke Low Yat. Aku pergi sane sebab terpaksa nak pinjam charger sekejap nak on balik phone aku untuk call kawan aku. Aku pun singgah kat satu kedai nie, mase tu ade la budak cina dalam umur 18 camtulah yang jage. So aku pun try la pinjam charger kat die, mula2 die tak bagi, aku pun ayat2 la budak tu sampai lah die kasi. Akhirnye aku pun dapat call kawan aku dan suruh tunggu dekat depan pintu utama TS.

Masa tu aku pun nampak die, pastu aku terjah lah die dari belakang. Hoihoi, itulah aku panggil die time tu. Sekali dia toleh ke blakang dan pandang aku.... damn!, blushing gilerrr woooo. Apsal plak aku segan ngan die plak nih !? =.=" Aku dah kaku macam robot, jalan cam robot, cakap pun sampai dah tak keluar suara. Darah naik ke kepala selaju 160 KM sejam dan menyebabkan stimulasi suhu badan naik secara mendadak and.....BOOM!!! meletup. Akward gilerr. Teruk seyh~~~







Pastu dah lama borak2, jalan2 baru aku bleh sesuaikan diri.

Dan yang tak boleh bla last2 minit time nak balik dia buli aku depan orang! Sioottt weyhh

Hahaha, tapi tak per aku happy giler dapat kluar ngan die.

thank you for being my friend.

*moral of the story = check bateri telefon sebelom keluar pergi mane2 (kalo tak, kan dah susah nak contact orang)

No comments:

Post a Comment