29 July 2013

Final Exam semester 1

*ehem~
Assalamualaikum.......

Hari nie aku menduduki final exam untuk sem 1. Tadi baru jer selesai jawab paper BI & BM. Kalo nak di ikutkan paper mid-term BI, aku rase susah skit (skit jer lah) tapi markah aku pun seciput jer.....hahaha tu lah sape suroh tak study. Yang paper Bm pulak like a piece of cake. Aku rase mcm soalan skolah rendah je~~

Tapi dah final exam, pergghhh~~!! BM dia macam gaban susah die. Mase nie pulak aku tak study untuk BM. Jawab soalan merapu jer. Lagi2 bahagian C pasal soalan definisi dan huraian. Aku dah la  tak hafal bende alah cam tu. Aku jawab pun sebab aku cari 'hint' kat soalan objektif (kalo ader jawapan kat situ mmg nasib la kan).

Untuk BI plak aku study, sebab tu aku dapat jawab. Tapi bahagian essay tu tak tau lah kan. Aku bab2 grammar nie dah la low skit. Tapi alhamdulillah semua soalan aku jawab. 


Aduh~~!! mcm mane la markah aku nanti. Aku dah la tak nak gagal, malas seyh nak repeat paper nie. Nak tunggu exam, pastu kene bayar lagi. Perrghhh.....

Lepas nie aku dah la ader beberapa paper nak kene jawab (tinggal lagi 4 paper). Pastu sempat lagi update blog. Hahahaha......

*Dan yang tak bley blah tadi alarm handset aku berbunyi time exam. Dah lar bunyi die kuat, pastu alarm aku tu aku letak lagu (tettttt). Huhuhu, segan  siottt~~~. Berbunyi dua kali plak tu. Time tu jam kat handset aku salah, aku set alarm pukol 5 pagi tapi jam aku lambat 3 jam. So, berbunyi lah time exam (handset aku time nie kat dalam beg)....mase tu ader lecturer matikan alarm aku (tapi die tekan snooze), pastu die dtg kat aku suroh off phone. And then, after off.....alarm tu berbunyi lagi. Handset aku tu walaupun off sekali pun tetapi alarm tetap berfungsi....hahahaha


22 July 2013

I'm In a Dilemma (Part 3)

Sambungan daripada (I'm in a dilemma Part 1) (I'm in a dilemma Part 2)....


Dulu,kini dan seterusnya.........

So, apakah yang terjadi kat aku nie!?

Hmmmpphh?? Aku nie jenis yang biase2 je. Malas nak jadi 'hardcore' kat dunia nie. (*tiba2 merepek :P )

Mungkin nie entry terakhir aku bercerita pasal sebuah dilema yang ntah pape. Aku pun malas nak fikir sangat pasal hal2 macam nie. Hidup aku nie sempoi je. Malas nak besar2 kan masalah yang remeh-temeh.

Lagipun aku dengan dia dah rasa macam ader jurang kat tengah2 sedalam 70 ribu batu, seluas 100 meter (memandai je buat ukuran...hahaha). Mungkin dua2 dah tak seperfahaman macam dulu lagi (*mungkin). Tu je lah yang boleh aku ceritakan. Aku dengan dia pun dah macam jarang bertegur . Dan mungkin busy dengan haluan masing2. And maybe because she had found something new.


Begitulah kehidupan......

Setiap perkara yang berlalu merupakan satu pengalaman. Sebuah bende yang lama akan dilupakan apabila kita mendapat sesuatu yang baru. Mereka akan mengenang kembali pada permulaan apabila hilang di pertengahan. Itulah kebiasannya manusia akan hadapi apabila merasai perasaan itu.

Kadang2 aku kehilangan kawan-kawan yang dah lama aku tak jumpa (hilang tali persahabatan). Rasa sedih mestilah ade tapi aku tak der la nak menangis disebabkan small matter. Buat apa nak sedih sangat disebabkan orang lupakan kat kita, diorang tu cuma singgah kat hidup kita sementara je.

Kesimpulan kisah ini ialah, aku dan dia memang dah tak bertegur. Mungkin perangai aku nie terlalu annoy bagi die (kowt). Dan aku tau aku layan dia tak betul. Kadang2 aku layan dia macam aku layan kawan lelaki yang lain (walaupun dia perempuan). Aku bukannye type budak2 jiwang. Dan aku pun tau yang hati perempuan ni lain skit ngan lelaki. Tapi tak per. Aku harap dia sihat sejahtera (termasuk kawan2 aku yang lain dan anda *pembaca)

Ape boleh buat, aku nie bukannye ader kuase pun nak ubah orang. Kalau ader kuasa pun aku tak guna kuasa tu. Ye lar kan? Buat ape nak ubah orang semata2 untuk diri kita. Ubahlah untuk kebaikan. Kalau nasi dah jadi bubur, bedal je la bubur tu sampai habis. Janji kenyang (*hidup kene bersyukur :P)





~~The End~~





Nota kaki:
Masu lalu merupakan sejarah yang mempunyai pengajaran dan pengalaman..
Masa kini adalah masa merancang dan melaksanakan....
Masa depan masih lagi sebuah rahsia~

*Maaf kalau aku tersuka kat kau
*Walaupun aku dapat berbaik semula, tapi mesti dah tak macam dulu lagi...
*Kalaulah ader peluang kedua..........

10 July 2013

Salam Ramadhan Bloggers 2013

Assalamualaikum~~~kepada saudara2 Islam ku yang sedang membaca entry ini.

Sempena Bulan Ramadhan 2013 ini aku ingin meminta maaf kalau ada entry2 yang sebelom ini telah menyinggung hati anda mahupun segelintir orang.

Bulan Ramadhan tahun nie aku rasa lain dari yang lain. Aku tak tau kenapa. Aku rasa die punye 'feel' tu lagi hebat dari tahun2 lepas. *Serius.

Kalo nak di ikutkan tahun2 yang lepas bulan puasa dia bagi aku macam tak seberapa sangat sebab aku...(ader sakit skit) dan alasan2 yang lain. Tapi semua tu tak menghalang aku daripada berpuasa penuh.


Tapi bulan puasa paling 'ohsem' bagi aku ialah pada zaman kanak2 aku....zaman sekolah rendah dulu2, hahaha. Nak tau kenapa? Sebab.....mula2 memang lah puasa nie meletihkan bagi aku mase tu. Yer la fikiran tak matang lagi. Pantang nampak makanan, tapi aku tahan jer nafsu makan aku nie. Dan sebab yang utama kenapa aku kate 'ohsem' ialah apabila tiba pada waktu malam. Waktu malam tu, mase minggu pertama puasa semangat jer nak pergi terawih. Lepas tu....AMIK KO, perang dunia ke-2.5 pun berlaku kat area rumah aku. Ala~Nie kes main mercun la....Aku tak der la hardcore sangat main mercun nie...aku usha2 diorang main jer.

Baling sana, baling sini.....bunyi dia dah lar bergema, lagi2 kalo bakar kat bawah jambatan highway depan area rumah aku. :P Bende yang buat menarik ialah kawan2 aku la. Diorang tu la perangai 'gila2' kat sane....hahaha

Sebenarnye banyak bende2 menarik berlaku mase puasa di zaman skolah rendah tu.

Lepas tu dah nak last Ramadhan, semua keluarga kat area rumah aku sebok siap kan barang raya. Hias rumah, buat kuih raya, and so on. Yang aku dengan kawan2 aku pulak malam2 tu sibok merempit (naik basikal jer, bukan naik motor pown...) dekat highway. Hahaha, tak percaya? Mase  zaman skolah rendah aku tu hari esok nak raya highway depan rumah aku tu lengang skit. Memang sebijik2 jer kereta yang lalu kat situ. So, kitorang pun buat port la kat situ....sekali setahun katekan. Tapi kalau skrang bile esok nak raya jer highway same jer cam hari2 biase, dah tak macam dulu lagi~ 

Tapi itu semua cerita zaman sekolah rendah. Dah naik remaja sekarang, bulan puasa bnyakkan ibadah dan amal lah kan?. hehehe

Lagipun lepas pindah rumah, aku bukan nyer ader ramai kawan pun kat sini. Semua budak sekolah aku dah bersepah di merata2 tempat (sambung blaja). Hahaha...memang tunggu raya nanti la kalo nak jumpe diorang, tak pun time nak beli baju raye nanti mesti diorang balik....hahahaha

  Selamat berpuasa semua~~!!!
Puasa tu biar penuh dan ikhlas yer, rajin2 lah beribadah..........hahaha