31 December 2014

Final Exam And NEW YEAR 2015

Hari ni last aku final exam, subject English. Subject ni boleh tahan senang dari mana2 subject yang aku amik tahun nie. Yang lain tu cam..... hummpphhh, mula lah kerja perah2 otak sampai kering. Alhamdulillah nasib baik semua soalan aku jawab, tapi exam sahaja tak mencukupi. Dah la assignment aku teruk, markah tak tau lah dapat berapa. Sepanjang aku belajar kat kolej ni dari foundation sampai degree, sem 1 degree ni lah paling teruk sebab assignment die susah skit sebab aku newbie. First time jadi teruk camni. Ingatkan aku boleh bawak semua subject. Haish~ nampaknye kene usaha lebih skit. Anime2 and gaming, kene kurangkan...

Tahun ni punya cerita macam2 dah jadi kat aku. Cuma aku asyik terlupa apa yang berlaku dan tak sempat nak taip kat blog nie. Aku ni dah tak de subscribe internet. Aku update nie pun pinjam wifi mane2 ntah.

Esok dah tahun baru. azam tahun nie hampir semua aku achieve. 

Jadi semoga tahun baru korang semua bermula dengan baik dan juga hari2 seterusnya.


05 December 2014

Summary Oktober- November (and for the second time)

anime, cherry blossum, manga, sunset, veiw


Bulan Oktober


Little up set, sentimental and sorrow feels attack the inner piece. Dulu aku ada bela kucing. Mula dari seekor, pastu beranak tiga, pastu beranak lagi lima. Memang penuh kucing kat halaman rumah aku tu. Lepas tu ada la bagi kat orang sikit kucing tu, So, secara total tinggal lah tujuh ekor. Setelah lama aku ngan adik beradik aku jaga dia *hampir tiga tahun, bagi dia makan (makanan tin ikan tuna yang expensive jugak lah) pastu tibalah saat di mana aku terpaksa lepaskan dia. Mak gua memang dah lama suruh buang kucing tu sebab tak tahan ngan bulu dia. Tapi aku berkeras jugak. Dan disebabkan akan berlangsungnya kenduri perkahwinan kakak aku tak lama lagi, jadi aku terpaksa buang kucing tu dengan alasan kucing tu nanti buat hal time kenduri.

Masa tu.....(perrghghh~~) sakit rasanya. Rasa macam kene putus ngan awek je (walaupun gua tak pernah ada awek). Aku drive kereta jauh2, letak semua kucing tu dalam kotak. Dah sampai kat satu tempat, aku letakkan kotak tu kat tepi lorong. Masa tu rasa macam nak menitik air mata jantan nih. Tapi cover macho punya pasal, tetap gua tahan sampai sekarang.

Lepas balik dari buang kucing tu, hujan pun turun. Yang ni lagi lah menambahkan kepiluan hati ini (macam lirik lagu lak pulak). Aku asyik terkenang kat kucing tu, ekspresi muka dia yang cam sedih. "ok ker tak kucing aku tu?" "Macam mana dia nak makan nanti?" "Basah kuyup plak kene hujan nih". Pelbagai persoalan tersangkut kat fikiran sepanjang malam. Jadi secara ringkasnya, aku hanya pasrah dan berdoa agar Allah menjaga dia dengan selamat dan di jauhi dari orang2 yg zalim terhadap binatang. Aku harap ada orang kutip kucing tu dan jaga dia baik2. (Dalam kotak tu ada 3 kucing baru lahir umur dalam 1 bulan lebih).

Mungkin bagi orang lain bende ni macam perkara biasa je, tapi bagi seorang cat lovers macam aku ni agak susah nak lepaskan kucing tu sebab aku dah lama jaga dan belai kucing~. Aku tak ada gambar kucing tu, jadi aku letak gambar yang mmg sama ngan kucing aku tu aku jumpa kat google image.

Antara kucing pebret aku rupa camni

Muka innocent kucing yang baru nak membesar
Yang ni type mak kucing aku bela tu


Sekarang ni pun aku belai je la kucing kat tepi jalan kalau aku jumpa, tak pun kucing jiran aku tu. *kadang2, hahaha  =_=  ~~


November 

Bulan ni adalah bulan dimana kakak aku kahwin. Masa nie memang busy sangat2 sampai aku lupa nak undang beberapa kawan lama aku. (Tapi diorang tak kesah sebab nasib baik bukan aku yang kahwin...hahaha) *Kalau tak memang kene belasah ramai2. Memang banyak kerja aku time tu, contohnya macam kene beli barang yang perlu. Rumah aku yang terletak kat atas bukit curam, dan kat atas tu lah khemah dan pelamin pengantin di dirikan. Yang kelakarnya, ramai tetamu kene mendaki bukit curam tu. Ish3x kesian gak la aku tengok sebab kat atas bukit tu parking reserved untuk VIP je. Tetamu biasa parking kat bawah bukit. Makcik2 yang dah berumur tu tabahkan jugak mendaki walaupun slow. Nasib baik sampai atas boleh makan. Fiuhh~~ *nafas lega oleh golongan pakcik makcik. Dan perkahwinan tu berlangsung dengan lancar~ Alhamdulillah


November (22)

Yang tarikh ni pulak cerita aku hangout dengan kawan aku buat kali kedua . Dia kawan yang pernah aku cerita kat dalam blog ni. Budak yang buat aku jadi dilema suatu masa dahulu. Dulu cerita aku dengan dia ingat kan dah sampai jalan mati sebab dua2 bawak haluan masing2. Aku time tu dah rasa macam stranger dan segan nak tegur balik. Mungkin sebab aku ada buat silap kat mana2. Lepas tu dalam bulan november ni aku sengaja hantar satu mms quote kat nombor dia (kredit banyak sangat time tu~). Tiba2 dia reply. Aku pun cam...

Cam ni lah..

Start dari tahun baru sampai lah (aku pun dah lupa sampai bila, tapi tu tak penting) aku hantar kat dia macam2 sms dan dia tak reply satu pun. Aku pun rasa cam dia cakap camni...."Siapa budak sms kat aku ni? Uishh tak kenal, tak yah reply". Dah beberapa bulan berlalu. Mungkin dia malas nak layan aku... dan masa aku hantar quote tu lah first dia reply.

Setelah conversation aku dengan dia jadi panjang, so dengan hati kering aku ajak dia kluar. Dan waktu tu aku rasa cam....

Apa aku buat nih!?

Tapi time tu dia dah setuju sebab tengah cuti sem dan aku dah set time untuk dia. Maka bermulah lah detik aku gi jenjalan ngan dia. Sebenarnya aku ada tujuan nak pergi KL tu. Aku nak beli screen protector ngan pouch telefon aku kat lowyat. Lepas beli tu baru aku gi jenjalan. Tengok wayang cerita Big Hero 6. Lepas tu, ermmm.... malas la aku nak cerita.

02 December 2014

OH Yeah, Degree?

~Assalamualaikum~

Bulan September. Aku dengan berjayanya telah menamatkan foundation aku dengan cgpa *** dan tiada repeat sem or paper. YAY~~!! (tepuk tangan skit). Lepas cuti empat bulan aku pun masuk ke kolej yang sama balik untuk menyambung pelajaran. Cuti 4 bulan, pergghhh puas gilo. 

Tapi bila dah naik degree ni mula lah balik kisah gelak2 nangis2 time waktu belajor. Masalah assignment la, tak faham lecturer ajar pun ada, masalah ngantuk tahap gaban mmg dah biasa. Jadi itulah kebanyakkan student hadapi bila sambung blajar. *Aku pun sama camtu~ hahahaa


Yup, itulah quote yg aku selalu ingatkan kat diri sendiri. Belajar tinggi2 belum tentu boleh jamin diri hidup senang. Bezanya, bagi pandangan aku bila ada certificate kita dah pegang satu peluang untuk bersaing dengan org biasa. Namun begitu, banyak lagi orang2 biasa boleh berjaya dalam hidup tanpa sijil diploma atau degree. Tapi nak jadi camtu perlu ada fikiran yang kreatif, berpandangan jauh, sabar, dan bijak baru boleh berjaya. Dari nilai tu lah terhasilnya satu strategi baru untuk mulakan suatu perkara.

Jadi secara keseluruhan kisah ini, janganlah buat sesuatu perkara separuh jalan sahaja. Bersabar dan tunggu hasilnya. 

"Belajar rajin2"

Ok, bye piece~