02 December 2014

OH Yeah, Degree?

~Assalamualaikum~

Bulan September. Aku dengan berjayanya telah menamatkan foundation aku dengan cgpa *** dan tiada repeat sem or paper. YAY~~!! (tepuk tangan skit). Lepas cuti empat bulan aku pun masuk ke kolej yang sama balik untuk menyambung pelajaran. Cuti 4 bulan, pergghhh puas gilo. 

Tapi bila dah naik degree ni mula lah balik kisah gelak2 nangis2 time waktu belajor. Masalah assignment la, tak faham lecturer ajar pun ada, masalah ngantuk tahap gaban mmg dah biasa. Jadi itulah kebanyakkan student hadapi bila sambung blajar. *Aku pun sama camtu~ hahahaa


Yup, itulah quote yg aku selalu ingatkan kat diri sendiri. Belajar tinggi2 belum tentu boleh jamin diri hidup senang. Bezanya, bagi pandangan aku bila ada certificate kita dah pegang satu peluang untuk bersaing dengan org biasa. Namun begitu, banyak lagi orang2 biasa boleh berjaya dalam hidup tanpa sijil diploma atau degree. Tapi nak jadi camtu perlu ada fikiran yang kreatif, berpandangan jauh, sabar, dan bijak baru boleh berjaya. Dari nilai tu lah terhasilnya satu strategi baru untuk mulakan suatu perkara.

Jadi secara keseluruhan kisah ini, janganlah buat sesuatu perkara separuh jalan sahaja. Bersabar dan tunggu hasilnya. 

"Belajar rajin2"

Ok, bye piece~

No comments:

Post a Comment