30 December 2015

For the Fifth Time (Cerita Tidak Berkesudahan)

Hari ni aku keluar dengan 'dia'. Mula2 aku keluar sebab nak survey buku-buku dekat MPH store. Lepas tu ingatkan nak tengok wayang, tapi cerita bulan ni pulak tak best. Kadang2 aku bosan dengan plot cerita zaman sekarang yang terlalu 'simple'. Sebenarnya masa aku keluar ni aku rasa tak sihat macam demam sikit. Ntah lah setiap kali aku keluar dengan dia aku rasa demam sebab heartbeat aku menaik secara tiba2.

Disebabkan aku tak tau nak buat ape, so aku ajak la dia lepak kat Taman Tasik Perdana. Aku jalan2 kat situ and borak2 je. Lama jugak la aku borak ngan dia. Topik bercampur2. Contohnya, "macam mana budak ekstrovert (dia) boleh hangout sama2 dengan budak introvert (aku)? "





Lastly aku singgah makan kat Old Town White Coffee and balik rumah. Sebelum tu, aku dah bagi hadiah yang aku prepared berbulan lamanya untuk bufday dia.

Aku tak tau nak cakap macam mana. Sebenarnya kalau nak di ikutkan hari ni hari terakhir aku keluar dengan dia. Sebab aku tak nak masalah kecelaruan perasaan aku berulang dan aku perlu respect dia dan air muka dia. Bukan aku nak putuskan silaturahim, cuma aku tak sanggup pendam perasaan aku kat dia. Kalau aku luahkan pun akan bawak keburukkan. Aku dah fikir secara terperinci setiap tindakan yang akan terjadi jika aku terburu2. Tadi dia tanya, "kau pernah tak jumpa perempuan 'type' kau?" Aku pun jawab lah pernah tapi aku tak bagi tahu siapa. Sebab perempuan tu adalah dia yang tengah ada kat depan mata aku~!

Kadang2 aku rasa perasaan aku dengan dia terumbang ambing. Sekejap ok sekejap tak. Kadang2 ada halangan, kadang2 aku tersalah sangka (mungkin) dan korang boleh tengok skala dia kat bawah.
Biru mewakili fikiran
Merah mewakili perasaan


So esok dah 31 december 2015. Dah nak tahun baru. Azam aku biarlah aku berubah kearah yang benar dan cemerlang. Aku tak bagi tau dia yang hari ni hari last aku keluar dengan dia. Biarlah perkara ini hilang dengan lembut. Sejauh mana aku boleh bertahan? Aku sendiri pun tak pasti. Rasa macam dah masuk dalam loop. Mula2 ok lepas tu tak, lepas tu ok balik. Aku harap aku ada kekuatan.



* Sebenarnya aku seronok berborak dengan dia.
* Kadang2 aku over gak bab feeling2 nih, tapi tak de lah sampai lupa diri.
* Kebenaran disebalik term 'terakhir' tu bukan satu kepastian
* chau~

Introvert?

As'salam manusia2 di alam maya yang sedang tersesat melawat blog aku.

Nak diceritakan disini bukannya topik besar pun. Bende ni pasal seseorang manusia yang mempunyai sifat introvert. Jap, introvert tu amende? Senang cerita introvert tu seseorang yang memiliki sifat pasif berbanding extrovert yang aktif. Kalau terlebih gula pulak kita panggil hyperaktif. Kalau jenis menyanyi kita panggil hyperact. "Hanya ku yang mencari, rembulan masih ada~"

Dulu aku memang sangat introvert. Lepas aku dah meningkat dewasa (lah sangat~) aku berubah menjadi extrovert. Tapi tu tak bermakna cebisan2 introvert dalam badan aku hilang. Cuma aku kene memberanikan diri kalau nak hidup kat zaman besi yang serba modern dan changgih. Benda ni boleh jadi tak kira lelaki atau perempuan.

Hah, meh sini aku cerita macam mana sifat introvert tuh.



1. Pemalu

Pemalu macam mana? Semua orang ada sifat malu kan? Cuma malu seorang introvert nih teruk gila. Nak berhadapan dengan orang atau masyarakat memang muka jadi merah padam sebab darah naik kat kepala. Kalau jenis student lagi lah parah bila kene cakap depan orang ramai. Nak lagi advance korang cuba tenung mata dia, gerenti lepas tu dia tak nak sapa korang. Lagi2 kalau lain jantina. Hahaha. Cuma kalau dengan orang yang dia rapat atau selalu berbual, itu tak menjadi masalah buat mereka.


2. Pendiam

Memang budak2 jenis ni tak banyak cakap. Tapi yang menariknya diorang banyak berfikir. Yang lagi gempak diorang selalu buat analisis. Perghh, korang jangan main2 dengan budak introvert nih. Segala tingkah laku korang dia kaji. Mungkin ramalan tidak lah 100% benar tapi kebanyakkan kebarangkalian untuk kenal perangai korang sangat tinggi. Kalau diorang duduk diam tu biasanya diorang tengah berfikir macam mana nak rancang kehidupan, nak elak masalah, membuat kira-kira, dan macam2 lagi. 


3. Banyak atau suka menghabiskan masa bersendirian

Bukan bermaksud seorang yang sunyi atau tersikingkir dari kelompok masyarakat. Cuma seorang introvert cepat letih bila berada dalam suasana ramai orang. Contohnya macam kat majlis2, pasar, dan seumpama dengan nya. Waktu bersendirian tu umpama waktu yang paling menggembirakan dan dapat 'memulihkan' tenaga diorang balik. Seperti yang aku cakap sebelum ni, mereka suka berfikir dalam diam. Jadi setiap perkara yang difikir merangkumi keadaan persekitaran. Dalam keadaan yang berserabut atau ramai orang, otak introvert terpaksa bekerja lebih sedikit untuk mengumpul maklumat dan membuat analisis. Namun ada yang semula jadi letih apabila berada didalam suasana yang ramai.

4. Seorang yang 'kool'

Cewah, ye ke? berbalik kepada ekstrovert mereka lebih kepada type 'hot' dan introvert sebaliknye. Tapi betul ke diorang ni kool? Nak dekatkan diri dengan introvert ni pun payah dan macam mana nak kenal diorang ni kool ke tidak. Nak tau caranya, korang approach dia perlahan2 macam pura2 nak tanya soalan ke. Kalau korang terjah cara budak 'hot', hai awak boleh kenal tak? Memang dia tak hadap la manusia jenis cam ni. Bahagian kool seorang introvert bila korang uji apa yang diorang tahu atau korang nak korek ilmu dan pengetahuan yang dia simpan dalam otak. Mesti perbualan korang 1 hari pun tak cukup rasanya. Idea2 yang disimpan berkurun lamanya dalam otak diorang tu membuatkan ideologi yang membuka topik secara relevant dan serius. Bergantung pada orang. Melainkan korang tanya "awak dah makan?" "Kau tadi buat ape?" memang nak tak nak jer la dia jawab soalan remeh temeh camtu.

5. Pemendam rasa

Ehem, bukan nak pendam rasa cinta atau benci. Cuma tak sanggup nak luahkan atau tak sampai hati. First, dalam konteks suka atau cinta. Sesetengah introvert sanggup pendam rasa suka, rindu, atau cinta pada seseorang sehingga jumpa masa yang sesuai nak luahkan (kalau tak terlambat... hahaha). Kebanyakkan ekstrovert kalau suka hanya sekadar suka macam tu sahaja. Tapi introvert punya suka atau cinta sampai nak jadikan orang yang dia suka tu pasangan hidup yang kekal (aka kahwin). Mereka ni kalau dah suka seseorang memang betul2 suka macam dah tak nampak orang lain. Tapi tetap nak pendam sebab takut kena reject. Masalah sebenar bukan takut kene reject, cuma bila dah kene tolak rasa akward untuk berkawan balik mula timbul. Bagi jenis yang malang, orang yang dia suka langsung tak nak tegur diorang balik. Sebab tu introvert mencari peluang dan masa yang sesuai untuk bertindak. Bukan main terjah je cakap saya suka kat awak. Kalau dah cuba tapi tak dapat lain lah cerita. Untuk perasaan benci pulak, ia di ibarat kan korang trigger satu bomb jangka yang boleh meletup bila2 masa. Kalau dah benci memang benci sangat2. Cuma agama menganjurkan kita memaafkan orang lain. Jadi soal perasaan perlukan bertimbangan yang rasional bagi introvert.

6. Romantik

Hah, yang ni lagi satu. Betul atau bohong. Itu terpulang pada korang untuk menilai. Kebanyakkan introvert masih menyimpan first love untuk orang yang betul2 nak jadi pasangan hidup diorang. Masa tu korang akan nampak lah dia punye romantis dan puitis yang dah di plan kan berkurun lamanya untuk di apply pada orang dan masa yang sesuai. Well, like I said its matter of time. 



Bagi budak2 ekstrovert mesti menyampah dengan budak2 introvert sebab ntah pape. Bila tulis pasal topik ni lagi lah rasa meluat2. Tak habis2 introvert. Alih2 bersepah entry pasal budak2 pasif. 

Bukannya apa, introvert ni dia special skit dari orang2 yang normal di luar sana. Bukan golongan ni tak normal, cuma ia boleh jadi masalah bila bercampur dengan orang lain atau masyarakat. Benda kalau normal buat apa cerita lebih-lebih sebab semua tahu. Tapi kalau bende tu 'special' memang perlukan kajian dan penceritaan. Sekian~

Note: Tak semua manusia introvert ada sifat yang sama macam introvert lain. Mungkin ada lebih atau kurang persamaan. 



14 December 2015

Degree Sem 4

Assalamualaikum to my beyond me and you readers....

Alhamdulillah dah masuk sem ke 4 degree aku ni. Eh jap? Aiseyh, aku lupa plak nak update degree sem 3 haish... =.=

Ok lah degree sem 3 aku sebenarnye short sem je. So dalam dua subject aku belajar. Tamadun Islam dan Asia (TITAS) dan Constitution (Perlembagaan Malaysia). Walaweyh..... Kau nak tau tak, aku suka gila dengan subject constitution nih. Bukan tu je, dapat pulak lecturer otak gempak ajar bende nih. Perghhh ideologi dia memang mantap. Tapi budak2 kat situ ramai tak respect dia. Mungkin dia punye stail biase2 and dah berumur pun. Budak2 sekarang kalau orang pakai kemas, puji2, respect2 bagai. Kalau pakai biasa2, baju kemaja besar skit ke (tak fit) lepas tu, biasa lah... gaya orang dah berumur, rambut pun boleh kira, mestilah tak berapa nak "fit", diorang mula lah buat perangai. Tak respect.

"Zaman sekarang kan~" nak buat macam mana. Aku kalau tengok orang lagi suka tengok cara dia berfikir dan berapa banyak ilmu dia simpan kat dalam otak dia tuh. Kalau orang2 pakai kot, tuxedo, formal dan bla2 aku tak berapa nak hadap sangat. Bukan aku prejudis cuma first impression aku lebih kepada knowledge and experience rather than penampilan. (Semenjak aku masuk kolej ni, aku kene pakai bahasa inggeris. so sorry la kalau aku campur2 bahasa :P) Tapi memang betul pun. Baju boleh beli, tapi nak simpan ilmu atau cari pengalaman tu tak semua merasa bende yang sama.

Berbalik kepada constitution, baru aku tau bertapa pentingnya subject ni. Bukan penting sebab gred. Tapi sebab aku sebagai rakyat Malaysia. Tak semua orang tau perlembagaan Malaysia ni macam mana rupanya walaupun rakyat malaysia sendiri (bukan semua rakyat Malaysia). Tapi nak diceritakan memang ramai tak tau, lagi budak2 muda and sekolah ni. Perangai acah gempak. KL ni 'dia' yang pegang, tapi tanah sendiri punya perlembagaan pun tak tahu. Hahahaha, Malu weyh. Bebudak zaman sekarang. Tahu nak seronok jer. Tak nak belajar sistem negara sendiri. Ok stop aku malas nak sambung topik nih.

Sekarang cerita aku sem 4.

Sem 4 aku sekarang ok je. Cuma assigment je problem. Ada yang ok ada yang tak. Biasalah tu. Semester yang lain pun alih2 topik sama jugak aku cerita kat blog nih. Assignment, assignment, assignment~

Tapi lately aku sangat menggemari matematik. Suka dengan nombor dan kira2. Aku tak tau kenapa. Disaat orang lain menonton wayang cerita avenger, polis evo or what ever, aku sebok dengan cerita yang sangat kompleks plot nye. Cerita macam insterstellar, inception cam gitulah. Banyak sangat movie jenis macam ni aku tengok sampai aku discover ke movie yang lama2 tuh.  Cerita budak genius matematik lagi lah aku suka. Cuma.....!



Kebanyakkan budak genius dalam movie perangai diorang pelik2. hahaha. Ada yang obses dengan nombor, ada yang suka buat formula baru... macam2 lah. Aku takde lah sampai obses, cuma tahap suka. Dulu aku benci math, sekarang hmpphh.... "Tersuka Tanpa Sengaja". <----bukan drama tapi real.


Betul lah orang tua2 kata, mula2 benci lepas tu suka. Sabor je lah

Eh yeke~?
(Cilok gambar google)


So aku harap aku berjaya sampai aku dapat graduate degree nih.
Aku berusaha.....