30 December 2015

Introvert?

As'salam manusia2 di alam maya yang sedang tersesat melawat blog aku.

Nak diceritakan disini bukannya topik besar pun. Bende ni pasal seseorang manusia yang mempunyai sifat introvert. Jap, introvert tu amende? Senang cerita introvert tu seseorang yang memiliki sifat pasif berbanding extrovert yang aktif. Kalau terlebih gula pulak kita panggil hyperaktif. Kalau jenis menyanyi kita panggil hyperact. "Hanya ku yang mencari, rembulan masih ada~"

Dulu aku memang sangat introvert. Lepas aku dah meningkat dewasa (lah sangat~) aku berubah menjadi extrovert. Tapi tu tak bermakna cebisan2 introvert dalam badan aku hilang. Cuma aku kene memberanikan diri kalau nak hidup kat zaman besi yang serba modern dan changgih. Benda ni boleh jadi tak kira lelaki atau perempuan.

Hah, meh sini aku cerita macam mana sifat introvert tuh.



1. Pemalu

Pemalu macam mana? Semua orang ada sifat malu kan? Cuma malu seorang introvert nih teruk gila. Nak berhadapan dengan orang atau masyarakat memang muka jadi merah padam sebab darah naik kat kepala. Kalau jenis student lagi lah parah bila kene cakap depan orang ramai. Nak lagi advance korang cuba tenung mata dia, gerenti lepas tu dia tak nak sapa korang. Lagi2 kalau lain jantina. Hahaha. Cuma kalau dengan orang yang dia rapat atau selalu berbual, itu tak menjadi masalah buat mereka.


2. Pendiam

Memang budak2 jenis ni tak banyak cakap. Tapi yang menariknya diorang banyak berfikir. Yang lagi gempak diorang selalu buat analisis. Perghh, korang jangan main2 dengan budak introvert nih. Segala tingkah laku korang dia kaji. Mungkin ramalan tidak lah 100% benar tapi kebanyakkan kebarangkalian untuk kenal perangai korang sangat tinggi. Kalau diorang duduk diam tu biasanya diorang tengah berfikir macam mana nak rancang kehidupan, nak elak masalah, membuat kira-kira, dan macam2 lagi. 


3. Banyak atau suka menghabiskan masa bersendirian

Bukan bermaksud seorang yang sunyi atau tersikingkir dari kelompok masyarakat. Cuma seorang introvert cepat letih bila berada dalam suasana ramai orang. Contohnya macam kat majlis2, pasar, dan seumpama dengan nya. Waktu bersendirian tu umpama waktu yang paling menggembirakan dan dapat 'memulihkan' tenaga diorang balik. Seperti yang aku cakap sebelum ni, mereka suka berfikir dalam diam. Jadi setiap perkara yang difikir merangkumi keadaan persekitaran. Dalam keadaan yang berserabut atau ramai orang, otak introvert terpaksa bekerja lebih sedikit untuk mengumpul maklumat dan membuat analisis. Namun ada yang semula jadi letih apabila berada didalam suasana yang ramai.

4. Seorang yang 'kool'

Cewah, ye ke? berbalik kepada ekstrovert mereka lebih kepada type 'hot' dan introvert sebaliknye. Tapi betul ke diorang ni kool? Nak dekatkan diri dengan introvert ni pun payah dan macam mana nak kenal diorang ni kool ke tidak. Nak tau caranya, korang approach dia perlahan2 macam pura2 nak tanya soalan ke. Kalau korang terjah cara budak 'hot', hai awak boleh kenal tak? Memang dia tak hadap la manusia jenis cam ni. Bahagian kool seorang introvert bila korang uji apa yang diorang tahu atau korang nak korek ilmu dan pengetahuan yang dia simpan dalam otak. Mesti perbualan korang 1 hari pun tak cukup rasanya. Idea2 yang disimpan berkurun lamanya dalam otak diorang tu membuatkan ideologi yang membuka topik secara relevant dan serius. Bergantung pada orang. Melainkan korang tanya "awak dah makan?" "Kau tadi buat ape?" memang nak tak nak jer la dia jawab soalan remeh temeh camtu.

5. Pemendam rasa

Ehem, bukan nak pendam rasa cinta atau benci. Cuma tak sanggup nak luahkan atau tak sampai hati. First, dalam konteks suka atau cinta. Sesetengah introvert sanggup pendam rasa suka, rindu, atau cinta pada seseorang sehingga jumpa masa yang sesuai nak luahkan (kalau tak terlambat... hahaha). Kebanyakkan ekstrovert kalau suka hanya sekadar suka macam tu sahaja. Tapi introvert punya suka atau cinta sampai nak jadikan orang yang dia suka tu pasangan hidup yang kekal (aka kahwin). Mereka ni kalau dah suka seseorang memang betul2 suka macam dah tak nampak orang lain. Tapi tetap nak pendam sebab takut kena reject. Masalah sebenar bukan takut kene reject, cuma bila dah kene tolak rasa akward untuk berkawan balik mula timbul. Bagi jenis yang malang, orang yang dia suka langsung tak nak tegur diorang balik. Sebab tu introvert mencari peluang dan masa yang sesuai untuk bertindak. Bukan main terjah je cakap saya suka kat awak. Kalau dah cuba tapi tak dapat lain lah cerita. Untuk perasaan benci pulak, ia di ibarat kan korang trigger satu bomb jangka yang boleh meletup bila2 masa. Kalau dah benci memang benci sangat2. Cuma agama menganjurkan kita memaafkan orang lain. Jadi soal perasaan perlukan bertimbangan yang rasional bagi introvert.

6. Romantik

Hah, yang ni lagi satu. Betul atau bohong. Itu terpulang pada korang untuk menilai. Kebanyakkan introvert masih menyimpan first love untuk orang yang betul2 nak jadi pasangan hidup diorang. Masa tu korang akan nampak lah dia punye romantis dan puitis yang dah di plan kan berkurun lamanya untuk di apply pada orang dan masa yang sesuai. Well, like I said its matter of time. 



Bagi budak2 ekstrovert mesti menyampah dengan budak2 introvert sebab ntah pape. Bila tulis pasal topik ni lagi lah rasa meluat2. Tak habis2 introvert. Alih2 bersepah entry pasal budak2 pasif. 

Bukannya apa, introvert ni dia special skit dari orang2 yang normal di luar sana. Bukan golongan ni tak normal, cuma ia boleh jadi masalah bila bercampur dengan orang lain atau masyarakat. Benda kalau normal buat apa cerita lebih-lebih sebab semua tahu. Tapi kalau bende tu 'special' memang perlukan kajian dan penceritaan. Sekian~

Note: Tak semua manusia introvert ada sifat yang sama macam introvert lain. Mungkin ada lebih atau kurang persamaan. 



No comments:

Post a Comment