04 October 2016

Degree Sem 6 [Short Sem]

Ohayo Gozaimasu-

Short Sem
Subjek sikit
Easy mizzy
Honeymoon

Itulah pemikiran budak2 bukan dekan. (*Sorry aku tak termasuk, kehkeh)

Beza aku dengan yang lain ialah aku belajar untuk manage time, risk, and reward pada masa yang sama. Aku tau bukan nya aku tak mampu nak target pointer 4 atau 3.5, cuma aku ada commitment skit nak di buat. (walhal duduk kat rumah layan movie).

Subjek aku bawak nak kata susah tak, nak kata terlampau senang pun tak jugak.

Kelas writing skill macam tak wujud dalam hidup aku. Kelas yang aku datang Typography ngan Desktop Publishing je. Hahaha, bukan aku sengaja tak datang cuma, hari tu signal kereta aku rosak so aku pun pergi bengkel sebelum pergi ke kolej.

Bahaya kowt tak de signal. Lagi2 pada yang bawak motor selit2, kereta tak bagi signal mau dia rempuh. Selain itu, hari2 yang lain aku tak datang sebab aku tak tau dia punye replacement class, so aku pun tak datang. Ni lah pengalaman pertama aku kena bar satu subjek. Tapi lepas bagi surat dia pun paham keadaan aku. (Walaupun aku bagi surat non-formal, tulis surat pun tak reti).( =.=)" *Itu semua alasan...



Bermula dengan tiga subjek, dan dua assignment setiap subjek. Kelas Desktop Publishing aku kena buat magazine, flyer, business card, poster etc. Decoration and designing ni memang makanan ruji aku. Cuma nak kata gempak tu takda lah. So-so je~ (Dalam hati acah2 gempak) Part Magazine messed up sikit.... hahaha. Adalah salah aku sikit. Sorry dude... Walaupun korang tak tau aku ada blog, forgive my mistake.

Hihi~

Kedua, buat business letter and project video untuk satu kempen. Ha! time ni memang tools untuk rakaman lengkap cuma cuaca tak mengizinkan pula. Sem lepas peralatan tak lengkap. Haish~ Tapi aku dah buat habis baik so memang terbaek post-production yang terhasil. Setakat ni time management aku gempak, buat assignment dua hari dah siap. Group project perfect untuk video, brochure and leaflet. Lepas tu kena present memang tak de hal. Entah sejak bila aku suka speaking and present in front of the others. Bab2 present semua serah kat aku. Chill~

Kalau nak ikutkan zaman2 sekolah dulu, lutut aku bergegar 6.2 skala Richter bila bercakap depan public atau orang ramai. Nak hadap pompuan memang beku sebeku ais kering di dalam kotak aiskrim yang biasa pakcik2 jual naik motor tu.

Masuk personal achievement
Assignment typography aku tak de hal bhai~ Kene create muka sendiri pakai font2 atau huruf yang membawa maksud personaliti sendiri. Dalam assignment buat nampak hensem, tapi muka sebenar hancur... WAHHAHA! *Kutuk diri sendiri, tak pe tak dosa.

So, aku nak citer pasal kisah2 duka pula..

Macam biasa mesti ada rintangan setiap sem. Cabaran aku hadapi setakat ni yang paling gaban adalah aku tak study langsung untuk semua subjek final exam. So korang fikir camne pointer aku? Perghhh~

apakah?

First time aku buat perangai camni. So macam mana aku handle? aku pergi kolej pagi2 kelam kabut, datang kat member2 suruh diorang baca kuat2 kat depan aku. So sambil menghayati, aku tangkap dan study style aku sendiri dengan cara mendengar sahaja. Waktu hanya ada 10 minit untuk aku study semua subjek yang masuk. Aku bayangkan aku adalah "Sherlock Holmes" hack otak aku macam mana dia berfikir. Dia boleh tangkap apa yang dia nampak dan dengar lepas tu terus save dalam otak. Cewah... Ahaks. Berjaya ke aku buat? Well, macam aku cakap aku ada cara tersendiri untuk menghafal.

Kisah pointer aku pula nak kata dekan memang tak logik la pulak. Nak kata below 2.5 pun tak jugak. Level average jugak lah.... hahaha. Tu la siapa suruh buat perangai. Dah la budak degree.... Aiyooo


Your Faithfully

 Aozora

P/s: Post hari ni macam format letter pulak. Chau~

26 June 2016

Degree Sem 5

Konnichiwa ...

Sem 5 ni aku ok ke tak? rasa nya okay, cuma... Jap aku cari point nak mula dari mana.

Ok la macam ni ceritanya. Masa sem 4 dulu aku ada tak hantar assignment untuk web development. Kerja tu memang macam gampang susahnya. Aku tak boleh display data daripada database ke web server. Aku bukan tak tau nak buat, cuma aku tak tau coding dia apa. Aku tak jumpa buku rujukan untuk aku buat reference. So, kalau aku nak hantar tak kan aku nak hantar coding yang kalau 'run' tak memaparkan apa2 pun kan? Nampak pointless la. Jadi sem 5 ni aku kene repeat assignment untuk subject ni. Dah la aku kene deal dengan Liverpool punya University. Lambat sehari pun dah kene reject tak boleh hantar. Hantar assignment pakai email direct ke sana.



Tapi rileks la kan? tak perlu nak depress sangat. Bukankah kegagalan tu mengajar kita untuk menghargai kemenangan? Hahahaha. Tak gitu?

Kalau nak diceritakan almost half students class aku kene repeat assignment tu. Jyeeahh repeat beramai2 baru ada feels. XD

Memang degree aku bawak subject2 tough. Kalau tak guna dua2 belah otak memang boleh kecundang tengah jalan. So memang kene fikir smart and clever. Memang sebagai student banyak halangan2 yang kene tempuh. Bila nak belajar ada je member ajak keluar. Bila nak kumpul duit mula lah wayang keluarkan cerita2 best. Nak bukak semangat belajar tu amat payah kalau surrounding mempengaruhi. Sebab tu aku kene duduk sorang kalau nak belajar. Bukan aku mengasingkan diri dengan kawan2 aku yang lain. Masa keluar rehat aku still lagi lepak sama2.

Walau apa pun usaha tetap diteruskan....

Bagus...
(Anime zaman sekolah aku yang kuat berusaha ^_^)


*Janji pointer gua atas 3 hehehe... syukur

Sem 5 pulak, berjalan secara perlahan dan teratur (walaupun ada rintangan last2 minute). Asssigment video aku pun so-so je. Bukan aku tak de idea tapi aku tak de device. Yes, proper device. Kau nak tau aku buat assigment video pakai ape? Aku pakai Sony Xperia z1. Yer, pakai telefon je. Itulah camera, itulah video recorder, itulah microphone, itulah recording device semua dalam satu. Disaat orang pakai DSLR atau kamera lensa bak hang terang gilo sampai aku punya quality nak compare terlampau jauh. hah~

Janji Idea disebalik video gua amat bagus. Dalam banyak2 topik yang ada, topik aku pilih adalah rare dan group aku sorang je yang buat. hahaha Yang lain semua pilih topik sama. Sebab topik aku agak risk taker dan susah nak di buat. Alhamdulillah berkat idea creatif yang group aku bincang dapat disiapkan dengan berjaya.

Assignment coding cam biasa, haprak~

Assignment lain very good.

Final exam pulak ntah macam mana aku berstudy group ngan budak melayu kelas aku. Biasanya diorang study sensorang, kadang2 malas nak study. So dari sini aku dapat curahkan apa yang aku ingat dan kongsi ilmu yang ciput2 last minute hahaha.

Disebabkan aku ada pada level 5, paper aku ditanda oleh lecturer dan pihak university UK. Dan resultnya... pointer aku drop skit. Hmppphh.... biase la. Lecturer aku pun dah bagi tau sem2 akan datang agak tough. Marking pun memang kaw2 dia semak balik.

So, itulah keseluruhan cerita sem 5 aku yang bosan dan berulang2 samanya dengan sem2 lepas.

P/s: Lepas ni aku short sem (Sem6)

11 April 2016

Kem Ulu Perdik (Hulu Langat)

Setelah jarang menaip

8 April 2016

Setelah bertahun2 tak pergi kem akhirnya ada orang ajak aku pergi camping sebab tak cukup orang. XD Hahaha, rezeki aku jugak lah terpilih. Kolej aku tak de buat kokurikulum pun. Ikut suka lecturer kalau diorang nak buat aktiviti. Tu pun kalau ada. So, kem ni aku ikut anjuran belia titiwangsa dan setiawangsa. Dan disebabkan lokasi kem ni dekat dengan rumah aku, aku suruh orang bas tu ambik dekat bas stop depan rumah aku (kalau tak kene tunggu kat depan kolej).

Packing barang semua complete, bawak beg laptop je pergi sana, tak perlu pun bawak bagasi bagai sebab lelaki kan simple je~ tak gitu?

Sampai kat sana (pukul 6 petang) terus dibahagikan kepada empat kumpulan. Aku masuk kumpulan tiga. Time ni aku suka gila semua team mate aku. Memang not bad perangai diorang. Sporting. Disebabkan aku dipilih sebagai team leader secara 'tidak' sukerela, aku pun okay je. Sebab dah biasa handle kumpulan lagi2 assignment group. Masa sampai kat tapak kem, aku pilih port baek punya untuk memasak (kena masak sendiri, bahan2 diberi). Dah masak, kemas2 bagai sampai lah sesi tengah malam. Ntah macam mana pulak aku terpaksa tukar kumpulan. SH**. Chemistry aku dah ngam tetiba plak kene tukar. Dah la port memasak aku tak stratergik untuk team baru nih. Tapi tak per ni semua pengalaman. Bukan selalu pun aku rasa. Aktiviti tengah malam...... aku tak ingat nama aktiviti tu~ hehe

Kesimpulan cerita: Semua kene tukar kepada team baru, dan aku tak jadi leader, dan port memasak tak strategik, dan team mate aku agak berterabur sikit sebab aku pun tak hafal sangat time ni. Aku hanya mengikut arahan sahaja. Apa boleh buat~ aku bukan leader punn, he~~




9 April 2016

Hari kedua, masa tengah2 pagi buta pukul 3 pagi kene buat night walk (jalan sensorang kat tengah2 hutan). Walaweyhhhhh~~~ aku excited tahab dolce and GABANna. Time ni sumpah kelakar perangai masing-masing. Ada yang dah jalan sanggup patah balik kat tempat mula. Ahaks XD. Ada yang menangis, berlari mengalahkan usain bolt, menyanyi, cakap sensorang dan macam2 lagi. Aku dengan member aku steady je menikmati permandangan alam walaupun tak nampak ape. Lopak2 air kat jalan tu semua aku elak.

Lepas sarapan buat stretching panaskan badan, untuk aktiviti satu hari. *Kene gelek pinggang bhai~

After that, ada latihan dari JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) untuk membantu mangsa yang cedera atau mangsa bencana alam. Lawak jugak lah cara penyampaian diorang. Lepas tu buat praktikal sikit, diorang ajarkan.

Tengah hari. Masa ni kami belajar cara tengok kompas. Tentukan arah dari peta, koordinat dan bearing. Semuanya basic dan aku ada belajar sikit2 dulu sebab aku pengakap. Lepas tu kami belajar ikat tali. 6 atau 8 ikatan kalau tak salah. Yang ni pun aku ada belajar sikit2 masa aku pengakap dulu. Tapi haprak lupa, kene belajar balik..... ehee~

Petang pulak aku semakin menggila excited sebab pergi hiking. Perghhh, jalan nak naik atas tu memang semula jadi. Masuk hutan kowt. Sampai lah atas sekali kami jumpa air terjun dan mandi serta lepak2 kat situ. Time ni dah dua hari aku tak mandi sebab tak de peluang. Biasenye lap2 badan je sebab port mandi takde. Kitorang camping kat hutan bukan kat resort.



Kesimpulan cerita: MasyaAllah permandangan dia cantik yang amat kat air terjun tu. Bende paling spoil handset sony z ultra aku rosak untuk kali kedua minggu lepas dengan kecederaan parah. Duit lagi nak kene repair. Haish, ni lah jadi kalau tangan manusia2 rakus yang pegang. So semua gambar aku letak gambar dari google je la. Nak repair takde duit. Nak selfie pun tak dapat T_T.



10 April 2016

Hari terakhir bangun lambat. Nak tau apa aku lalui masa malam2 tadi? Khemah aku bocor dan air masuk banyak gila. Khemah lain masuk jugak setitik2. Sampai khemah aku dah jadi lopak air kat dalam tu. Entah2 ada ikan berenang. So malam2 hujan tu aku lepak kat luar bahagian kanvas tempat memasak kumpulan lain. Lepak2 ngan member kolej aku masak air sebab haus gabanNa. Lepas hujan reda kawan aku terpaksa korbankan tuala dia untuk lap air kat dalam khemah tu, pastu tidur je la walaupun basah2 skit. Pengalaman kan~

Pagi ada dua aktiviti dan lepas tu memasak. Masa ni la packing barang sebab nak balik, lipat khemah, dan bersihkan kawasan sekitar. So masa ni aktiviti bebas skit. Aku pun pishang gak sebab tak boleh snap gambar dan selfie2. So melangok aku duduk kat bawah pokok.

Bas pun sampai pada pukul 3 petang. Dan macam biasa aku pun dihantar kat bas stop depan rumah aku. Tak payah jauh2 nak pergi kolej pun.

Kesimpulan cerita: Aku dapat 3 sijil masa menyertai kem ini. Salah satu sijil adalah dari JPAM. Dan kem ni completely free of charge, aku tak bayar satu sen pun. Alhamdulillah semua berjalan dengan sempurna.

*Budak2 kem yang terbaca blog aku tolong maafkan aku kalau aku buat salah kat sana ^_^
*Facilitator memang sporting habis
*Banyak aktiviti aku tak list kan kat sini
*Overall camp memang best

Adios.... 

15 March 2016

Erti Sebuah Kesihatan

Tersesat malu bertanya, tak tahu..
tak tahu kemana..... -hazama-


Yang kat atas tu tak de kaitan dengan post hari ni.

Korang tahu tak apa benda yang paling penting sebagai seorang manusia untuk hidup? Kalau jawapan anda duit, wajah cantik, otak, atau pun apa2 yang lain..... Jawapan korang BETULLL tapi kurang tepat.

Aku rasa kalau tengok tajuk kat atas pun boleh agak jawapan dia. KESIHATAN.

Yer kesihatan. Ramai orang pandang remeh pasal kesihatan. Termasuk aku Aku bercerita untuk post kali ni pun sebab nak imbau kembali kisah2 aku masa muda2 dulu yang happy go lucky lah sangat sebagai seorang manusia sampailah ke hari ini.


Cause im so appy in my young age :D
Aku dapat sakit yang parah untuk pertama kali masa aku form 2. Masa aku sekolah menengah aku introvert Gila nak Mamp**. Pemalu yang amat. Tapi tu bukan penyakit aku. Sebenarnya aku ada gastrik tahap dewa lapar. Uiishh, sakit dia tuh ibarat ko jatuh kat jalan tar pastu luka tu kau simbah ngan air... tapi sakit aku kat bahagian usus. Perit kan? Aku tak tau nak makan macam mana, sebab setiap kali aku makan perut aku rasa sakit sangat. Nak kata bleeding kat dalam perut aku pun tak tau. Dari dulu sampailah aku dewasa aku tak pernah check pun penyakit ni. Aku biarkan jer. Ada satu masa tu aku tak makan dan minum dalam masa 3 hari berturut2. *Tepuk dahi. Gila keding badan aku dulu.

Budak2 lain pun ada la cakap aku tak cukup zat, macam budak somalia tak cukup makan, keding, blablabla..... Cakap main lepas. Memang betul aku kurus sebab tak cukup makan dan aku SAKIT. Cuma diorang tak tau sebab aku berahsia tak cerita kat semua orang. Aku bukan attention seekers untuk mintak simpati. Apa yang aku boleh buat pendam je perasaan ni. Selagi orang tak tau aku tengah sakit, aku lagi tenang. Aku tanggung sakit ni sampai umur aku 18 tahun. Dengan izin Allah aku sembuh sepenuhnya tanpa rawatan ubat/ klinik/ doktor. So aku buat ape.....?

Kalau nak ikutkan aku tahan sakit ni sensorang sampai air mata aku bertakung kat kelopak mata, tapi aku tahan tak nak bagi mengalir. Karang kantoi pulak. Aku ingatkan masa tu umur aku tak panjang. So aku maafkan semua kesalahan semua orang sebelum terlambat. Last choice aku fikir nak potong je usus aku yang sakit tu. Tapi mak bapak aku tak bagi sebab kos dan risiko. Allah nak tunjukkan jalan kat mak bapak aku, dia suruh aku minum susu pekat F&N yang tin tu separuh. MasyaAllah, sakit aku terus hilang. Aku rasa susu tu balut balik luka aku kat dinding2 usus. (Susu terbalikkan usus :D) <-- Tak de kene mengena. Tapi tu lah cara aku sembuh dari kesakitan ini. Aku tak cakap susu tu sembuhkan, tapi kuasa Allah yang buat. 4 tahun lebih aku tanggung derita ni. Alhamdulillah aku sembuh kembali.

Alhamdulillah habis satu ujian

*Yang tak boleh bla susu tu pekat gila, tak tertelan aku minum bende tu. Lambat je turun ikut tekak ni.


Lepas sembuh dari gastrik menggila ni, sisa penyakit still ada lagi. Bila tak boleh makan apa jadi? mestilah tak cukup zat. Anggota badan tak berfungsi dengan betul. Masa ni aku dapat sakit kepala yang teruk sebab aku tak dapat zat yang sempurna dulu. Sakit kepala aku masih ada sampai sekarang. Aku takut sebab setiap kali perubahan graviti (contoh: dalam lift, panjat bukit, naik flight etc..) Aku punya kepala jadi halusinasi. Sekeliling aku berpusing macam gasing. Kadang kala bumi yang aku pijak terbenam ke bawah sampai aku rasa perasaan jatuh dari tingkat tinggi. Benda ni bukan fobia aku. Aku tak takut tinggi pun. Cuma aku rasa benda tu dengan feeling yang betul lagi nyata efek dari otak aku yang tak boleh tafsir keadaan sekeliling dengan tepat. Sakit kepala aku tak kerap tapi selalu berlaku. Reason aku selalu naik tangga/ ekskalator adalah sebab aku tak boleh naik lift. (Baru je sembuh satu penyakit datang lagi satu..... inilah ujian. Menguji keteguhan manusia dan Penciptanya)

Aku ada predict apa penyakit sakit kepala aku ni. Cuma aku tak nak tulis kat sini sebab takut apa yang aku predict tu tepat. Bermula dari huruf C.

Deep in my heart
Im really feel terrified.

Dan baru2 ni aku kehilangan salah satu bahagian yang tak boleh tumbuh kembali (Jenis penyakit dirahsiakan). Hilang secara kekal. Aku careless sebab aku tak jaga dengan betul. Dan aku juga lambat berjumpa dengan doktor. Sekarang benda tu dah takde so aku rasa dissappointed. Tapi sebahagian lagi masih mampu menyokong segala kekurangan. Itulah pengajaran yang aku terima. Disebabkan sakit aku terpaksa buang benda ni sebab sakit dia ibarat duri dalam daging. Kalau tak dibuang seluruh kawasan sekitar akan terkena jangkitan. Dari seluruh post harini, banyak dugaan yang aku terima. Banyak lagi sampai tak terungkap ujian yang diterima tidak termasuk ujian2 kecil mahupun advance. Aku kongsikan untuk kesedaran aku dan korang juga. Pengalaman mengajar aku mendewasakan diri. Aku tak boleh compare keadaan aku dengan orang lain, mungkin manusia di luar sana menerima dugaan yang lebih berat dari aku kena. Aku doakan semua orang diberi kesihatan dan menggunakannya sebaik mungkin.

*Jagalah kesihatan anda sebelum terkena.



09 February 2016

Mendaki bukit Broga [Hiking]

Assalam, woi wat pe tu? Dah lama aku tak bercerita macam dulu2. Balik-balik cerita feeling2 je yang keluar kat blog aku. So meh sini aku cerita tentang pengalaman aku pertama kali hiking di bukit broga.

Bukit broga terletak di Semenyih. Nak sampai sana aku ikut highway Kajang je. Aku dah lama teringin nak panjat memanjat bukit nih. Disebabkan aku dah dewasa dan mempunyai transport so aku pun pergi dengan kengkawan aku seramai 4 orang. Tempat bukit broga tu terletak dekat dalam ladang kelapa sawit. So kat dalam tu kene bayar parking, kalau tak salah RM2 masa aku pergi hari ni. Lagi pun sekarang gong xi fa chai mehh.... Hahaha. Pssttt, aku parking kat luar sebab malas nak bayor. Hehehe

Walaupun cuti, jalan pun lengang masa aku keluar tadi, tapi bila sampai sana ramai bak hang orang kat sana. Tapi depa dah turun sebab diorang daki bukit tu time subuh. Aku daki bukit tu dalam pukul 9 pagi. Matahari dah naik masa tu. Kahkahkah (lain kali aku pergi time subuh)

Disebabkan aku dah lama tak hiking, aku tercungap2 naik kat atas woi. Mana tak nye kalau dah hari2 duduk depan laptop tak exercise. Hampeh~

Sekadar papan tanda

Mark aku tanda kat batu sempena huruf nama depan aku.
Korang carilah kat batu mana aku conteng. Hehehe
Sorry, aku tinggalkan jejak sikit ^_^

Jalan menuju ke puncak paling atas

Aku tengok ramai awek2 keluarga hiking bersama kat sana. Bukan niat aku nak usha2 ke apa. Tapi yang buat aku suka suasana kat sana bila manusia2 yang panjat bukit tu datang dari pelbagai usia. Dari yang kecik sampai la yang ke tua. Fuhhh.. tercabar kowt kalau aku tak sampai ke penghujung puncak tu. Tapi alhamdulillah aku berjaya. Dan yang paling aku gembira tahap gaban aku ikut jalan ekstrem WOOOOOO. Jalan yang orang tak ramai lalu tu lah yang aku cuba. Memang kena ada keberanian nak cuba, sebab bila dah rasa takut kuasai diri semua benda nampak macam berbahaya dan boleh bunuh diri. So, terpulang kepada yang empunya badan. Aku buat sebab aku memang suka kan benda2 lasak.

awesome view from broga hill's

TIPS:

Aku bukan nak kata yang bukan 'pendaki' bukit tu tak boleh panjat bukit. Korang cubalah dan rasai kehebatannya <--- ayat cam iklan tv. Walaupun korang tak larat cuba slow2 mendaki naik ke atas. InsyaAllah pasti boleh. Dari segi apa nak kena bawak, masa aku naik bukit ni aku bawak botol air dan phone je. Kalau korang nak panjat time subuh bawak la lampu suluh. Laluan dah buat untuk para pendaki atau orang awam. Tali pemegang pun ada kat lereng bukit tu. Tak perlu nak berat2 bawak beban pun.

28 January 2016

PERAK, here I come!

Assalamualaikum dunia ...

Komer nak pergi mane tu~?
Kenapa aku pergi ke Negeri Perak?

Aku merupakan seorang yang suka travel satu dunia. Azam aku sebelum aku mengelilingi dunia aku kene mengelilingi satu Malaysia dahulu. Ceewwaahh~

Aku pergi ke Perak sebab kawan aku ajak pergi kenduri kahwin kakak saudara dia. Disebabkan aku ada alasan nak pergi ke sana, aku pun bersetuju untuk ke Perak bersama dua orang kawan aku.

Entry yang lepas aku pergi Kelantan sebab ikut jiran aku balik kampung. Hahaha... itulah peluang yang aku ada, semuanya ikut orang. Sebab aku tak de saudara-mara yang menetap kat salah satu negeri2 di Malaysia ni.

Mula2 aku naik bas melalui Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS). Aku suka gila naik public transport sebab aku tak perlu nak drive, hahaha. Biasanya kalau jalan jauh aku kene drive. Leceh sebab aku tak boleh  menikmati permandangan. Tapi bas aku naik ni bertolak malam. So "night view" je la aku dapat tengok.



TBS

Lama jugak lah sampai ke sana sebab KL time ni jalan jem. Melangok aku tengok kereta kat situ. 4 jam lebih baru sampai.

Setelah tiba disana aku pun pergi ke homestay. Saudara mara kawan aku datang dari jauh duduk sementara satu malam di rumah tersebut. Malam yang meletihkan. Baru aku tau kawasan ni betul2 kampung. Kereta tak banyak. Kemudahan pun so-so. Line telefon kurang. Memang rasa balik kampung. Biasanya kampung zaman2 sekarang dah modern. Tapi kampung kawan aku ni memang original kampung lagi.

Esok nya hari perkahwinan berlangsung. Aku datang pagi2 sebab nak tolong apa yang boleh aku bantu. Kawasan tu dekat dengan ladang kelapa sawit. Nak karaoke atau pasang lagu kuat2 pun tak de hal sebab rumah kat situ sebijik2 je. Hahaha. Luas dan tak serabut sangat berbanding di bandar.



Sebenarnya banyak gambar lagi cuma aku tak suka upload muka aku kat sini. Gambar pengantin pulak aku tak berani nak letak sebab aku tak mintak izin diorang. Majlis ni ada dua pasangan yang berkahwin. Pasangan baju purple dengan pasangan baju hijau, Bila malam menjelma pula, satu family karaoke dekat booth DJ tu. Ye lah, dah penat tolong2 buat kerja mestilah nak hilangkan stress. Cuma aku tak ambik port je nak join diorang semua. Hahaha... sebab suara aku sumbang dan aku sedar. XD

Esok nye pula aku berangkat balik ke KL. Tiga hari je aku menetap kat Perak tu. Tapi ok lah sebab aku ada pengalaman baru pergi ke negeri orang. Aku tau loghat dia, suasana kat sana, dan tradisi serba sedikit. Aku menjelajah sebab aku nak membuka minda aku yang asyik terperap kat satu kawasan je. So aku keluar untuk melihat berapa luas dunia ini dicipta disamping mencari pengalaman.

Dan sebelum aku lupa tempat aku pergi ni nama dia sungai siput. Tapi bila aku pergi ke sungai tu aku tak nampak pun siput nye. Hahaha.... abis tu kalau aku pergi sungai buloh nampak ke buloh dalam sungai tu? Hehe, Mungkin zaman dulu2 kowt terjadi peristiwa tu untuk dapatkan nama.

*Overall

Secara keseluruhan aku bagi negeri ni 3.2 bintang. Aku tak pergi seluruh perak lagi. Rating aku merangkumi semua termasuk permandangan, adat tradisi, suasana dan lain2. Aku pergi Perak bukanya pergi jalan2 makan angin. Pergi kenduri kahwin je pun. Cuma aku sambil menyelam minum air je. Mungkin lepas ni kalau aku travel lagi ke negeri ni aku akan jumpe bende yang menarik di masa akan datang. Aku tau banyak destinasi menarik disetiap negeri dalam Malaysia ni. Cuma aku tak berpeluang je nak pergi. OK itu saja cerita untuk hari ini...

Sekian. wassalam.

*Balik dari Perak aku karok sampai tekak sakit kat satu pusat karaoke sebab nak lepaskan tension naik bas lelama. HAHAHA

01 January 2016

Happy New Year 2016

Summary aku untuk tahun 2015.....

- Berat Badan naik
- Suka baca buku
- Suka matematik
- Habit main game or tengok anime dah kurang atau ditinggal
- Gemar tengok movie plot complex perah otak sampai sakit kepala
- Create new habit
- assignment problem (coding)
- Discover benda baru
- Hangout dengan kawan
- rasa macam dah jadi dewasa skit :P
- Aku pun lupa apa yang aku buat sebelum ni....hahaha

Azam tahun ni

- Berubah kearah "punctuality"
- Bijak menguruskan kewangan
- Meningkatkan ibadah
- Rajin bersenam
- Sedar sebagai seorang student "Degree"
- No game and anime
- Break another habit