24 February 2013

Kesayuan Sebuah Hati

Selama ini
Aku terbuai dalam 

fanatik dunia

di alam yang fana

dan

hidup aku menjadi suram

disebabkan perasaan

yang terpendam

dan senyuman aku 

kian menghilang

disebabkan hati yang tidak tenteram

Namun

hari ini

Engkau telah menghantar

beberapa orang

yang

berpakaian serba putih

yang mengajak ku 

ke jalan yang benar

menjadi seorang yang beriman

dan membangkitkan semangat

aku 

untuk hidup 

di dunia yang penuh

dengan cabaran

Aku bersyukur

kerana Engkau telah 

memberi ku perasaan yang 

tenang

apabila aku dijemput

untuk bertemu dengan Mu

di rumah Mu

dimana semua 

tunduk akur

dengan kekerdilan 

sebagai hamba Mu

yang tidak terlepas daripada

melakukan dosa

Aku sangat bersyukur 

apabila hati ku

diberi ketenangan

yang selama ini ku cari

dan

aku berharap

supaya aku dapat

mengingati Mu

Ya Allah

dikalau ku susah

dan senang.



*semoga Engkau terima amal ibadah yang selama ini ku lakukan.

No comments:

Post a Comment