30 April 2013

Hari Terakhir Bekerja

28/04/2013 hari tu merupakan hari terakhir aku kerja. And...mase tu jugaklah aku dapat gaji. Masa dapat gaji aku exited gile2, ye lah aku mane pernah pegang duit banyak sangat.
Dan pada masa yang sama jugak aku terpaksa tinggalkan kawan2 aku...

Tapi hari nie aku nak cerita pasal kejadian2 y
ang berlaku sepanjang aku kerja. hehehe....*tersengih aku mengenang kembali peristiwa yang berlaku. :P

Ehem, sepanjang aku kerja, bende paling aku suka ialah jumpe ramai orang. Aku paling bosan bila kedai aku tu sikit orang. Yer lah, bile ramai orang, banyak lah karenah y
ang aku kene layan *bende nie lah yang aku suka. Dekat low yat tu macam2 orang yang datang kat situ. Melayu, Cina, India memang standard ar, pastu orang luar negara pun ader lah gak. Ader yang datang dari US, Jepun, korea, China, Dubai, Arab, France dan banyak lagi lah. Aku paling suka bile serve orang luar negara nie sebab kadang2 diorang nie mesra dan suka buat lawak. Dan yang paling suka buat lawak ialah orang negro. Diorang nie lah yang suka buat lawak, aku pun gelak je la dengar lawak diorang tu, hahahaha.

Disebabkan aku nie jenis y
ang ader sikap humor bila layan customer, diorang2 nie pun ingat lah jugak kat aku. Kadang2 bile diorang datang kat kedai aku lagi skali, diorang mesti cari aku dan nak aku yang serve diorang. *hahaha Bangga sebab diorang kenal aku, lagi2 orang luar negara. 

Selain daripada itu...(mcm karangan lah plak, maklumlah teringat mase zaman sekolah dulu), ader jugak lah kejadian2 lain y
ang berlaku kat low yat. Satu masa tu, aderlah orang gaduh. Aku tak tau lar punca dia ape. Mase tu aku nampak bende tu dari escalator. Hahaha, ramai orang cepat2 naik sebab tak nak kene penumbuk dari diorang. Gaduh punye gaduh sampai lah kat depan kedai aku. Aku pun usha jer lah. Time tu yang gaduh orang cina dengan orang...(tak salah aku orang pakistan, tapi aku tak pasti sangat). Aku pun malas la nak masuk campur sebab diorang tu badan besar sikit dari aku. And yang gaduh tu dua lawan satu. *ish3, bagi aku memang tak adil lah. Faham2 jer lah kalau lelaki gaduh penumbuk jer lah makan nye. Last2 ade la satu orang (tak salah aku india) badan die besar tolong leraikan pergaduhan nie. Mase tu memang sesak sebab semua nak tengok orang gaduh (live katekan, sape yang tak nak tengok kan?). Hahaha...pastu ader lah orang tu cakap kat aku, "gangster gak low yat nie". *Yang gaduh tu orang jer lah ooii, low yat  tak der kene mengena pown~ (-_-)



Berehat sebentar bersama kit kat ^_^


Baiklah kita sambung balik.....

Hmmmpphhh~ ape lagi yang aku nak cerita erk?
Oh ya!, yang nie memang aku terkejut gila. Bende nie mengenai bos dan kawan aku. Aku cerita sikit pasal bos aku. 

Die nie orang cina, dan ape yang aku terkejut pasal die ialah kadang2 aku selalu dengar die cakap La ilah budak nie *ayat nie aku dengar bile aku atau kawan aku ader buat silap skit. (And you know muslim people, it means 'no god'). Aku tak tau lah mane die dapat ayat nie and aku tak tau lah nak cakap macam mane lagi. Bos aku nie perangai die kadang2 'gila2' sikit. Selalu buat lawak dengan customer kadang2 aku pun tak tahan dengar lawak die tu. Tapi kadang2 die emo sikit kalau die bengang. Ramai jugak lah stuff2 dia kadang2 tak puas hati. Die kalau bengang cakap main lepas je. *Ape boleh buat, sabar jer lah~

Dan ini pasal kawan aku. Nama die Greyson. Die junior aku tapi umur atas aku...ahahaha. Die nie memang cepat belajar mase mula2 masuk kerja. Tapi aku terkejut bila die ade cakap satu perkataan kat aku. Kenape aku terkejut? Hmmppp~ dia nie orang cina berasal dari Sabah. Bende yang die sebut kat aku tu ialah Astaghfirullah hal-azim. Mase tu aku saje2 la gurau dengan dia. Dan malangnye aku terlupa plak nak tanya die kenape die sebut perkataan tu. Kalo tak salah aku budak tu non-muslim. *Haish, banyak betul persoalan kat otak aku. (Buat Serabut Je $#^%$&$)

Namun, ader jugak lah bende buruk terjadi kat aku sepanjang aku kerja. Tapi tak der la teruk s
angat. Setakat kene marah sikit ngan bos tu perkara biasa lah kan. Tapi ader satu hari tu aku jual printer kat orang. Pastu die baru bayar separuh dan selebihnya dia akan bayar nanti sebab nak pergi ATM amik duit. Lepas tu aku pun pergilah rehat. And then orang tu pun datang lah balik amik printer die dan kawan aku pun bagi jer lah. Kawan aku tak tau yang die tak bayar penuh lagi. Orang tu pun ape lagi, bla cam tu jer. Aku yang baru balik dari rehat terus kene tegur dengan bos aku. Kesimpulannya terpaksa lah aku dan kawan aku yang tak bersalah tu bayar duit selebihnya. Tapi kawan aku tu baik sangat, die nak bayar full  sebab dia kata bukan salah aku pun. Last2 dia bayar RM50 jer sebab yang selebihnya bos aku tolong bayarkan..(baik jugak rupanya bos aku nie...hikhikhik)

Hadoi sakit kepala aku nak memikirkan ape y
ang berlaku sepanjang aku kerja nih. Tangan aku pun dah jemu menaip...
Senang cerita memang macam2 bende berlaku. Aku kerja kat situ mmg pressure skit tapi disebalik tekanan datang bersama pleasure skali....hohoho

Disebabkan aku dah berhenti kerja, so....

aku nak enjoy dengan kawan2 lama aku.
Hahahahaha...YYEEAAAHHHH !!!!!

No comments:

Post a Comment