31 December 2014

Final Exam And NEW YEAR 2015

Hari ni last aku final exam, subject English. Subject ni boleh tahan senang dari mana2 subject yang aku amik tahun nie. Yang lain tu cam..... hummpphhh, mula lah kerja perah2 otak sampai kering. Alhamdulillah nasib baik semua soalan aku jawab, tapi exam sahaja tak mencukupi. Dah la assignment aku teruk, markah tak tau lah dapat berapa. Sepanjang aku belajar kat kolej ni dari foundation sampai degree, sem 1 degree ni lah paling teruk sebab assignment die susah skit sebab aku newbie. First time jadi teruk camni. Ingatkan aku boleh bawak semua subject. Haish~ nampaknye kene usaha lebih skit. Anime2 and gaming, kene kurangkan...

Tahun ni punya cerita macam2 dah jadi kat aku. Cuma aku asyik terlupa apa yang berlaku dan tak sempat nak taip kat blog nie. Aku ni dah tak de subscribe internet. Aku update nie pun pinjam wifi mane2 ntah.

Esok dah tahun baru. azam tahun nie hampir semua aku achieve. 

Jadi semoga tahun baru korang semua bermula dengan baik dan juga hari2 seterusnya.


05 December 2014

Summary Oktober- November (and for the second time)

anime, cherry blossum, manga, sunset, veiw


Bulan Oktober


Little up set, sentimental and sorrow feels attack the inner piece. Dulu aku ada bela kucing. Mula dari seekor, pastu beranak tiga, pastu beranak lagi lima. Memang penuh kucing kat halaman rumah aku tu. Lepas tu ada la bagi kat orang sikit kucing tu, So, secara total tinggal lah tujuh ekor. Setelah lama aku ngan adik beradik aku jaga dia *hampir tiga tahun, bagi dia makan (makanan tin ikan tuna yang expensive jugak lah) pastu tibalah saat di mana aku terpaksa lepaskan dia. Mak gua memang dah lama suruh buang kucing tu sebab tak tahan ngan bulu dia. Tapi aku berkeras jugak. Dan disebabkan akan berlangsungnya kenduri perkahwinan kakak aku tak lama lagi, jadi aku terpaksa buang kucing tu dengan alasan kucing tu nanti buat hal time kenduri.

Masa tu.....(perrghghh~~) sakit rasanya. Rasa macam kene putus ngan awek je (walaupun gua tak pernah ada awek). Aku drive kereta jauh2, letak semua kucing tu dalam kotak. Dah sampai kat satu tempat, aku letakkan kotak tu kat tepi lorong. Masa tu rasa macam nak menitik air mata jantan nih. Tapi cover macho punya pasal, tetap gua tahan sampai sekarang.

Lepas balik dari buang kucing tu, hujan pun turun. Yang ni lagi lah menambahkan kepiluan hati ini (macam lirik lagu lak pulak). Aku asyik terkenang kat kucing tu, ekspresi muka dia yang cam sedih. "ok ker tak kucing aku tu?" "Macam mana dia nak makan nanti?" "Basah kuyup plak kene hujan nih". Pelbagai persoalan tersangkut kat fikiran sepanjang malam. Jadi secara ringkasnya, aku hanya pasrah dan berdoa agar Allah menjaga dia dengan selamat dan di jauhi dari orang2 yg zalim terhadap binatang. Aku harap ada orang kutip kucing tu dan jaga dia baik2. (Dalam kotak tu ada 3 kucing baru lahir umur dalam 1 bulan lebih).

Mungkin bagi orang lain bende ni macam perkara biasa je, tapi bagi seorang cat lovers macam aku ni agak susah nak lepaskan kucing tu sebab aku dah lama jaga dan belai kucing~. Aku tak ada gambar kucing tu, jadi aku letak gambar yang mmg sama ngan kucing aku tu aku jumpa kat google image.

Antara kucing pebret aku rupa camni

Muka innocent kucing yang baru nak membesar
Yang ni type mak kucing aku bela tu


Sekarang ni pun aku belai je la kucing kat tepi jalan kalau aku jumpa, tak pun kucing jiran aku tu. *kadang2, hahaha  =_=  ~~


November 

Bulan ni adalah bulan dimana kakak aku kahwin. Masa nie memang busy sangat2 sampai aku lupa nak undang beberapa kawan lama aku. (Tapi diorang tak kesah sebab nasib baik bukan aku yang kahwin...hahaha) *Kalau tak memang kene belasah ramai2. Memang banyak kerja aku time tu, contohnya macam kene beli barang yang perlu. Rumah aku yang terletak kat atas bukit curam, dan kat atas tu lah khemah dan pelamin pengantin di dirikan. Yang kelakarnya, ramai tetamu kene mendaki bukit curam tu. Ish3x kesian gak la aku tengok sebab kat atas bukit tu parking reserved untuk VIP je. Tetamu biasa parking kat bawah bukit. Makcik2 yang dah berumur tu tabahkan jugak mendaki walaupun slow. Nasib baik sampai atas boleh makan. Fiuhh~~ *nafas lega oleh golongan pakcik makcik. Dan perkahwinan tu berlangsung dengan lancar~ Alhamdulillah


November (22)

Yang tarikh ni pulak cerita aku hangout dengan kawan aku buat kali kedua . Dia kawan yang pernah aku cerita kat dalam blog ni. Budak yang buat aku jadi dilema suatu masa dahulu. Dulu cerita aku dengan dia ingat kan dah sampai jalan mati sebab dua2 bawak haluan masing2. Aku time tu dah rasa macam stranger dan segan nak tegur balik. Mungkin sebab aku ada buat silap kat mana2. Lepas tu dalam bulan november ni aku sengaja hantar satu mms quote kat nombor dia (kredit banyak sangat time tu~). Tiba2 dia reply. Aku pun cam...

Cam ni lah..

Start dari tahun baru sampai lah (aku pun dah lupa sampai bila, tapi tu tak penting) aku hantar kat dia macam2 sms dan dia tak reply satu pun. Aku pun rasa cam dia cakap camni...."Siapa budak sms kat aku ni? Uishh tak kenal, tak yah reply". Dah beberapa bulan berlalu. Mungkin dia malas nak layan aku... dan masa aku hantar quote tu lah first dia reply.

Setelah conversation aku dengan dia jadi panjang, so dengan hati kering aku ajak dia kluar. Dan waktu tu aku rasa cam....

Apa aku buat nih!?

Tapi time tu dia dah setuju sebab tengah cuti sem dan aku dah set time untuk dia. Maka bermulah lah detik aku gi jenjalan ngan dia. Sebenarnya aku ada tujuan nak pergi KL tu. Aku nak beli screen protector ngan pouch telefon aku kat lowyat. Lepas beli tu baru aku gi jenjalan. Tengok wayang cerita Big Hero 6. Lepas tu, ermmm.... malas la aku nak cerita.

02 December 2014

OH Yeah, Degree?

~Assalamualaikum~

Bulan September. Aku dengan berjayanya telah menamatkan foundation aku dengan cgpa *** dan tiada repeat sem or paper. YAY~~!! (tepuk tangan skit). Lepas cuti empat bulan aku pun masuk ke kolej yang sama balik untuk menyambung pelajaran. Cuti 4 bulan, pergghhh puas gilo. 

Tapi bila dah naik degree ni mula lah balik kisah gelak2 nangis2 time waktu belajor. Masalah assignment la, tak faham lecturer ajar pun ada, masalah ngantuk tahap gaban mmg dah biasa. Jadi itulah kebanyakkan student hadapi bila sambung blajar. *Aku pun sama camtu~ hahahaa


Yup, itulah quote yg aku selalu ingatkan kat diri sendiri. Belajar tinggi2 belum tentu boleh jamin diri hidup senang. Bezanya, bagi pandangan aku bila ada certificate kita dah pegang satu peluang untuk bersaing dengan org biasa. Namun begitu, banyak lagi orang2 biasa boleh berjaya dalam hidup tanpa sijil diploma atau degree. Tapi nak jadi camtu perlu ada fikiran yang kreatif, berpandangan jauh, sabar, dan bijak baru boleh berjaya. Dari nilai tu lah terhasilnya satu strategi baru untuk mulakan suatu perkara.

Jadi secara keseluruhan kisah ini, janganlah buat sesuatu perkara separuh jalan sahaja. Bersabar dan tunggu hasilnya. 

"Belajar rajin2"

Ok, bye piece~

08 August 2014

KELANTAN, here I come!

Assalamualaikum WBT.......

Demo buat po tu ~~?
Dah make ke belum?
hehehe....

Hari tu merupakan trip aku ke Kelantan. Kampung aku kat kelantan? nope.

Raya ke-6 jiran aku ajak pergi kampung dia. Saje2 tengok klate tu rupo dia macam mane. Sebab aku tak pernah pergi sane tu yang dia ajak sekali. So, aku pun pening fikir nak ikut ke tak nak. Sebab masa tu kawan2 lama aku banyak buat open house. Macam rugi la tak pergi, dah la susah nak jumpe diorang.

Tapi kalau tak pergi kelantan pulak lagi lah rugi. Bila je aku dapat pergi sana. Aku pun decide la pergi ikut jiran aku balik kelantan...

Lepas tu cepat2 aku packing barang and terus bertolak.

Bermula dari highway MRR2 terus ke Raub (pahang) sampai lah ke kelantan. Mula2 naik kereta tu steady je, muka pun happy macam kanak2 ribena pra-sekolah. Biasalah teruja nak melawat negeri orang. Lepas tu ikut jalan lama, kiri kanan kawasan kampung, banyak pokok2, kelapa sawit etc. Jalan dia pun catik je lurus, memang speed la time tu. Setelah jauh perjalanan luas permandangan, aku pun sampai lah ke Gua Musang.

Macam ni lah keadaan jalan dia
Mula2 tu steady je layan speed gi sana, pastu dah 6 jam dalam kereta dah start meroyan kat dalam tu. Buntut gua kebas oii! sekejap mengereng ke kiri pastu kanan pergghhh lenguh gila. Baru aku rasa jalan jauh naik kereta macam mana.

Sampai kat gua musang kitorang pun rehat kat R&R.

Lepas tu teruskan perjalanan, sampai lah kat Pengkalan Chepa dan terus ke kampung jiran aku (lupa plak nama kampung tu). ^_^

Letih siott...bertolak tengah hari sampai malam. Sampai je kat kampung tu angkat barang pastu tidur. *rabak mato kawe ni, kalau orang dah biasa tak letih la kowt. After that, cerita jalan2 aku kat sana bermula lah esok pagi.

First day

Bangun pagi, mandi, lepas tu kene ikut pulak pergi melawat saudara-mara diorang. Aku pun follow je la. Memang suasana kampung kat sana. Kampung diorang dekat dengan kawasan pantai. Berangin je rasa walaupun panas waktu pagi. Tapi belah malam dia sejuk gilo. Tu belum campur ngan hujan malam + kipas speed nombor 1. Perrghhh di balut selimut tebal tidor lentok je. 

Second day

Second day ni lah masa aku keluar pergi jenjalan. Hari semalam tu sebagai "warm up" lah bak kata orang putih sebagai sesi suai kenal dengan negeri klate ni. Ngehehe... Aku pun pergi lah ke Kota Bharu. 

Pergi ke Pasar Siti Khadijah beli barang mak aku kirim.
Lepas tu pergi KB Mall 

Kat KB Mall ni saje2 je nak usha2 barang, lepas tu ntah macam mana pulak aku berkenan nak beli laptop setelah lalu kat section jual poduct IT. Survey barang keliling bangunan pastu berkenan kat satu laptop ni.
Lenovo G50-70, besar 15.6 inch, berat 3.++ kg kowt, graphic card bla bla bla...  Aku pun ape lagi, cash out duit kat ATM pastu terus pergi beli setelah tanya banyak soalan kat salesman tu. Aku beli laptop tu sebab laptop lama aku dah hancur teruk disebabkan tangan yang rakus oleh manusia2 yang terlibat  dalam memegang laptop lama aku. Lagi pun laptop baru ni aku nak guna time masuk kolej nanti. Habis duit aku RM 1000++ kat sana. Itulah pengalaman membeli laptop yang pertama hasil daripada titik peluh aku sendiri, beli kat Kelantan pulak tu.

Balik lalu ikut bulatan Kota Bharu
Third Day

Hari ketiga aku kat sini.... aku lupa aku buat apa. Sepatutnya aku record apa yang aku buat time tu. Tapi malas pulak. Sekarang nak tulis kat blog pun tak ingat. Hmmmm~

Apa yang aku ingat aku pergi Pantai Irama. Kebetulan time tu tengah bosan so dia ajak aku pergi sana. Memang timing baik la time tu. Kat sana ada orang buat expo & fun fair. Aku pun ada beli barang kat sana sebab murah. Ada satu gerai tu buat lelong sampai harga runtuh gila bab1. Bayangkan barang harga macam RM50 dia lelong jadi harga RM6-10 cam gitu lah. Kebanyakannya barang dapur. Tapi kalau nasib korang baik boleh jumpa lelong telefon harga puluh2 je. Kualiti barang tu aku tak pasti, tapi banyak barang import mcm korea jepun dan juga barang tempatan.

pantai irama
(irama ku rekod khas hiburan mu, lalala - lirik lagu OAG-Permysuri) *xde kene mengena

Last Day

Hari terakhir aku kat sini ialah hari rabu. Pagi2 dah mula packing barang nak balik KL. Lepas tu salam2 skit ngan atok dan nenek (jiran aku tadi). Dan yang tak boleh bla bonet kereta tu penuh ngan barang shopping aku je. HAHAHA... Balik jalan lancar je sebab aku balik hari rabu dan orang ramai dah start kerja time tu.

*Overall

Secara keseluruhan, aku boleh bagi 3.5 bintang kat negeri kelantan ni la (sebab tak habis jelajah lagi). Mungkin kalau aku pergi lain kali aku boleh naikkan rating aku kat nogori ni. hehehe. Kat sana aku dah try makan budu, tempoyak, makan durian ngan pulut style kelantan, minum air tuak dan banyak lagi. *semuanya aku nak bedal. Barang2 kat sini memang murah dan awek2 klate ni memang molek belaka. Perghh nasib baik aku tak sangkut kat sana. Dah la time kat KB mall tu ada awek tudung labuh pakai jubah aku nampak time beli laptop. Cair hati gua bak aiskrim di dalam microwave. Aku nampak dia tgh usha2 handset sensorang. Tapi gua tabahkan hati gua sebab malas nak tackle awek2 dan bercintan cintun. First love for the first wife. Jiran aku pun ada cakap, ko ni aku syorkan kahwin ngan awek klate. Baru sedap balik kampung jauh2. *kalau ada jodoh apa salahnya. LOL. Ok itu saja cerita hari ini...

Sekian, peace yaww (trademark AC Mizal MLM)

[* image credit to google image and internet uploader]

30 July 2014

La la la kerja, hari-hari kerja

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
KEPADA INSAN2 YANG SEDANG MEMBACA BLOG GUA !

Hahaha... *tak payah nak 'capslock' sangat la kan?   (^,-)

Post sebelum ni aku cerita pasal tamat pengajian foundation kat kolej aku dan mula bekerja. (klik disini). Jadi hari ni merupakan sambungan pasal kerja yang aku buat selama cuti nak menunggu sambung degree ni.

Awal bulan 5 aku pun mula berkerja di satu syarikat. Aku dapat kerja tu sebab mintak tolong dari kawan aku. Kerja kat situ pun 3 bulan je. Walaupun aku cuti 4 bulan, sebulan lagi yang tinggal adalah untuk aku prepare persiapan nak masuk kolej balik, rehat2, lepak ngan kawan2..... lebih kurang camtu lah. 

Baik lah, meh aku reveal aku kerja kat mana dan kerja sebagai apa....

cepat la bagitau....

(*drum rolling) ----ba dum tsss

Aku kerja di sebuah kedai....er kedai....kedai, .........keeedai~ berat pulak gua nak menaip nama kedai tu. Baik lah, aku kerja di sebuah kedai kain. Yer, 'kedai kain'. Kelakor pulak bunyi nye orang cam gua kerja kat situ. Dulu masa mula kerja aku pun fikir macam tu jugak. Biar betik! aku kerja kat sana. Kenapa betik? apsal tak jambu, durian tak pun langsat. Padahal aku ni nak kerja kat syarikat IT je sebab tu profession aku. Tapi nak cepat punya pasal aku pun bedal je la. Kat mana kedai tu aku tak boleh bagi tau la.... hehehe~

First day

Aku ni dah la buta pasal kain2, memang blur la aku kat sana. Tapi aku memang beruntung sebab ada seorang makcik (semua makcik2 kerja kat sana aku panggil mak je) ajar aku cara kerja kat sana. First sekali dia ajar aku pegang gunting ngan pembaris. Cam lawak siput sedut pun ada tapi itulah hakikat. Walaupun dah berkali2 pegang bende tu tapi kerja kat sini memerlukan teknik. Cara pegang pembaris mesti betul supaya bila nak ukur kain ela tu laju dan lancar.. tak de la lambat. Bayangkan kalau kene ukur kain 50-80 meter, tak ke letih kalau tak tau cara nak ukur. Lepas tu cara gunting kain pun ada jugak tekniknya. Gunting kain tu sekali tarik je... tak perlu nak gunting sikit2 sampai lenguh tangan tu. Gunting kene lurus. Dia pun bagi aku training sensorang kat sudut kedai tu potong kain yang tak di gunakan lagi. Skretttt...!! bunyi gunting membelah kain ela. Training punya training....sampailah kepada melayan customer pertama. 

Memang time tu gabra menggigil semua bercampur. Takut kain rosak, potong senget itu ini. Tapi gua tabahkan hati jugak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan sekali lafaz basmalah aku pun tarik kain tu. Percubaan pertama aku perghh.....


macam ni hah!

Lurus, rapi, kemas dan sewaktu dengannya. Siap kene puji lagi. WAHAHA. *kembang seluar aku :P
Biasa la budak baru katekan~~

Next Day

Hari-hari seterusnya aku belajar pulak pasal kain2 pasang nie. Ada bidang 45" ada jugak bidang 60". Apa tu bidang? Adakah sama macam bidang HR, IT specialist, bidang kejururawatan? hehehe. Tak la. Bidang yang dimaksudkan ialah lebar kain atau bukaan kain tu. Ada yang 45 inci, 60 dan sebagainya. (Istilah lain, Bidang, lerang, buka, lebar etc). Nak hafal nama2 kain lagi payah untuk newbie macam aku ni. Dah la setiap kain tu macam2 corak bunga stripes dan apa bende ntah bercampur2. Tapi dah lama kerja boleh hafal. Selain daripada serve customer, kerja aku jugak kat bahagian stor. Bila stock habis lori akan sampai hantar stock baru. Masa tu memang sakit aku mengangkat kain ela, kain langsir berkayu2, baju readymade and so on berkilo2 kat atas bahu aku. Just like a what the hack is this. Badan aku sekeping je, nak angkat barang 30-50 kg, masuk akal ke? Ye masuk akal... mungkin Allah pinjamkan aku kekuatan nak angkat stock tu naik tangga dan letak kat stor ( stor kat tingkat atas). Fuhhhh dasyat.. * dasyat lah sangat~~~ =.="

Next-next Day

Dah lama kerja kat sini boleh la sesuaikan diri. Lepak ngan staf2 lain. Aku kerja sampai lah hari last puasa.
Kerja time puasa memang tak larat masa first day. Lepas tu small matter je bagi aku. Time bulan puasa pun aku kene angkat stock yang datang satu lori.....bayangkan...tgh puasa....tekak kering....tak boleh makan....angkat barang berat.... perrghhh. Aku masa tu macam tak de hal lah. Memang masa tu aku rasa Allah tolong aku mudahkan urusan aku. Aku tak rasa penat yang amat sangat pun. Sekadar rasa lenguh je. Tak de pun rasa nak minum air.

Also Next Day

Kerja kat sana boleh tahan la. Ada komisyen OT duit raya blablabla. Gaji aku boleh dikatakan lebih daripada gaji basic walaupun dah tolak socso kwsp. Hahahaha. *Syukur. Tapi kerja kat sana bos dia senget skit. Cakap dia je yang betul, orang lain semua salah. Adoiii.....masalah, selalu aku dengar staf2 lain kutuk dia, buat lawak pasal dia.....hahaha, aku pun malas nak layan sgt. Janji gaji gua masuk. Yang lain2 tu semua ok je, walaupun staf2 lain kuat mengutuk, buat lawak pasal aku *hari2 kene bahan.... tapi bile kerja diorang sporting. Macam2 karenah.. Yang aku pulak loya buruk memang no1 kat sana lagi lah parah kedai tu aku buat...

hehehe
Last Day

Last puasa adalah hari terakhir aku kerja. Walaupun dulu ragu2 pilih kerja ni tapi lepas tu baru datang keseronokan yang tak di jangka. Bila last punch card semua berkumpul briefing dan mintak maaf kat lain2. Rasa sedih jugak sebab tu hari last aku kerja. Kalau diorang tu lepas raya masuk balik kerja. Tapi tak per, kalau ada jodoh semua nya akan disatukan.......


Kesimpulan

Jadi secara kesuluruhan cerita adalah.. aku kerja di kedai kain sebagai sales assistant, store keeper, cleaner (bersih2 kan kedai setiap pagi) dan macam2 lagi. Selagi ada kerja yang aku boleh buat kat situ aku buat. Hahahaha....

Sekian

Yang Benar

AOZORA

28 July 2014

Selamat Hari Raya [2014] #jerebu

Assalamualaikum
&
Selamat hari raya Aidilfitri


Saya tujukan kepada anda semua yang mengunjungi blog ini secara langsung ataupun tidak langsung

maaf zahir dan batin saya pohonkan

saya hanyalah manusia biasa yang melakukan kesilapan

setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT

dan yang buruk itu datang nya dari kesilapan saya sendiri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MAAF KERANA MENGGANGGU POST INI

LAPORAN TERBARU MENYATAKAN TENTANG PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN JEREBU DISEKITAR IBU KOTA DAN SELURUH MALAYSIA PADA HARI SEBELUM DAN SEMASA RAYA TELAH DISAHKAN

ADAKAH BERPUNCA DARI KEBAKARAN HUTAN?

ATAU  DISEBABKAN ASAP MOTOR 2T TERLALU BANYAK DIJALAN RAYA?

ATAUPUN ASAP DARIPADA MERCUN?

JIKA ANDA FIKIR BEGITU IA ADALAH JAWAPAN YANG KURANG TEPAT.

JEREBU PADA MUSIM PERAYAAN INI 
ADALAH DISEBABKAN.......


~JENGJENGJENG~










|
|
|




HAHAHA

GURAU JE TAU

MAAF ZAHIR DAN BATIN

^_^

04 May 2014

Tamat Foundation (sem 3) & Kerja

~~~Yeeppiee~~~
Akhirnya aku dah tamatkan Foundation aku stelah setahun (tapi tak terasa macam setahun belajar pun). Mungkin sebab tak banyak pressure kowt. Tekanan pun time assigment je la.  Last paper aku hari tu study skills and critical thinking. Paper ni memang aku sakit hati sebab paper midterm markah aku dapat seciput je.... memang paling rendah dalam kelas, kowt. Arrghh, macam mana ini boleh terjadi! Walhal memang aku tak study pun mase tu, memang patut la aku dapat markah paling rendah. Tapi paper yang lain no problem. So, assignment and final exam memang aku buat betul2 sebab nak catch up balik tak nak gagal. Dammnn. Tu lah paper midterm paling teruk. Tapi, alhamdulillah aku dapat menjawab semua soalan final dengan senang dan tenang. Fuhh! tak sangka. (*study gila2 :P)

Hello World! we meet again..


Owhkay~ sekarang aku dah abis. So, macam biase la bebudak semua nie mesti la nak cari kerja. Aku pun tengah cari kerja. Satu hari tu memang pening fikir nak kerja apa. Bila ada kerja kosong nak perempuan sahaja. Kalau mintak online nak experience. Bila nak kerja wayang, promoter, or clerk semua dah full. Leceh seyh~

Tapi sabar je la.... Aku ni malas nak kerja jauh2. So cari je la kat area rumah aku tu. Aku pun cari la ngan kawan aku. Last2 dapat plak kat satu tempat tu. Lepas tu alhamdulillah dia call and suruh aku hantar resume.
Aku pun bedal je resume tu, sebab aku copy balik folio assignment masa kat kolej dulu. Maklumlah mana pernah hantar resume bagai. Lepas tu pergi interview.....

Nasib la dia tanye bende2 simple. Kalau tak memang berterabur la jawapan yg aku bagi kat dia. Hahaha...
After that aku pun dapat. Esok aku dah boleh start kerja. Tempat tu pun dekat je dengan rumah aku. Naik motor 15 minit pun dah sampai. Kalau bawak macam Rossi mungkin 7-10 minit.

Arrribaa~~!!
Nasib area rumah aku tu jalan lurus tak de Speed trap :P
*pandu cermat jiwa selamat
Gaji, elaun, kwsp, and socso etc tu belakang kira... Nak kata banyak, tak banyak. Nak kata sikit pun tak sikit. Standard la tu. Rehat pun boleh tahan 2 kali kowt. Kerja pulak pukul 10 pagi sampai 8 malam. Boleh la~~

Aku ni budak baru lagi nak menempuh alam dewasa. Kalau bebudak lain tu memang dah banyak pengalaman la kowt. Sebab aku ada kekangan masa dan hal2 lain. Tu yang jarang nak kerja part time. Sebab cuti panjang nie je aku amik full time.

Punya la panjang aku bercerita tapi aku tak sebut pun kerja apa aku dapat.... Hahaha. Tak pe lah entry seterusnya aku cerita balik. Dan yang paling penting aku bukan cashier, technician, clerk etc....

Ia adalah.......

*Bersambung (Klik disini)

05 April 2014

Lawatan Kolej ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia)

Assalamualaikum (tak jawab dose ^^)

HeHEhEHe

Cerita kali ini berkisahkan lawatan aku ke FRIM bersama dengan rombongan kolej pada 1 April 2014.


Ok, biar aku start cerita dari rumah dulu. Mula2 bangun tu dah semangat gaban (biasenye malas bangun pagi). Cewah, pastu aku pun drive kereta pergi kolej. Dan semasa dalam perjalanan ke kolej tu ader la konflik berlaku. Macam biase lah Malaysia nie kan terkenal dengan jalan raya jem (lagi2 area bandar). Mula2 bawak kereta lancar je, pastu dah nak sampai dekat kolej (jarak dua traffic light je) jem teruk giler macam siput baby.

Memang macam siput pun bergerak time tu. Orang jalan kaki lagi laju daripada kereta. Nak tunggu satu traffic light time tu dah setengah jam. Masa tu memang terlebih gaban panjang kereta beratur. Aku pun bukan boleh buat ape, duduk diam sambil karaoke sensorang lah dalam kereta tu. Tapi time tu bas dah nak gerak, so aku pun call kawan aku paksa Miss suroh tunggu gak. And then dia bagi aku tempoh 30minit. Kalau tak sampai jugak.....byebye. 

Amboi, intro ke kolej pun dah panjang bila nak cerita pergi ke FRIM plak nih? Kita skip.....

Sampai ke kolej terus park kereta dan lari pergi naik bas. *Fuhh lega sempat. 

Setelah tiba ke destinasi (ayat formal), kami pun berkumpul kat satu kawasan dan snap gambar permulaan. 


Gambar budak kelas aku
Lepas tu kami dibahagikan ke dua kumpulan. Kumpulan lain akan ikut laluan berbeza. Lepas bagi penerangan oleh penunjuk arah, kami pun mulakan aktiviti.

Muka amoi yang dihalang oleh tangan aku <--kejahatan melanda
Gambar segak aku bersama amoi tadi yang tak cukup tinggi
tapi lagi tua drp aku (mcm tak percaya tapi ia benar, kelakar pun ade)


First, kumpulan aku pergi melawat galeri kat dalam FRIM ni. Tapi kat dalam tu tak boleh tangkap gambar.....so tak der gambar nak tunjuk.

Pastu mula lah aktiviti dalam hutan....

Bermula dari hutan level satu, kat situ memang sengsara skit (banyak nyamuk). Nasib baik aku pakai lengan panjang. HAHAHA (kesian nyamuk). Kat situ dia bagi penerangan pasal pokok2 itu ini bla bla bla nie jenis bla bla berasal dari bla bla fungsi bla bla..... Bosan plak.

Pokok Kapur (daun yang tidak bersentuhan dengan pokok yang lain)
*unik

Pastu dah naik level 2 baru excited (aktiviti panjat bukit). Sebab dah tak der nyamuk. Sebab aku suka buat bende2 camni. Naik kat atas jarak 1 km or 800m like that la. *aku tak ingat. Pastu berhenti kat satu checkpoint berehat skejap minum air and tangkap gambar. Siapa yang tak biasa hiking memang semput la.

Cheese~~~ *steady semangat

Seterusnya ke level 3, (canopy walk) real bukit yang curam kene daki dalam 300m. Perrgghh memang berehat 2-3 kali baru sampai kat canopy walk.


Letih la tuww~~~
Dan setelah tiba di canopy walk, hahaha..... baru lah bermula cabaran sebenar. Siapa gayat memang jerit2 la kat atas tuww *Jambatan dia goyang2. kehkehkeh. Cantik jugak la permandangan kat situ. Jambatan gantung dia 150m panjang.

Sekadar papan tanda

Sekadar lantai hutan
Canopy walkway
Kawan aku bernama Ji...er? Ji-hyo kowt. :P
(aku tak tau eja dan tak ingat nama dia *sorry)
Sekadar permandangan
Tuan blog sedang menikmati pemandangan tanpa rasa gayat
*poyo

Setelah selesai, kami pun turun dan berkumpul semula untuk naik bas sesama dan pulang ke kolej.

Sekian.

*Gambar kredit to amoi tadi and his friend (arigatou gozaimasu)

27 March 2014

February yang hilang

Cam pelik je tajuk tuh!?

Dekat dalam kalendar, bulan februari hilang ke? 

Mestilah tak kan...
So kat mane yang hilang?

_________________________________________________________________________________

Sebenarnye bulan februari tu hilang kat dalam blog nie. Aku lupa nak update blog masa bulan 2 hari tu. Kalau tengok kat blog archive 2014 dari Januari terus jump ke March. Blog nie aku buat sebab nak tengok perjalanan hidup aku, apa yang aku buat, achievement, sejarah lalu, kenangan and so on. 

Blog nie aku buat sebagai life record je. Bukan sengaja nak bercerita pasal diri aku kat korang or nak cari populariti or ape2 bende lain yang korang fikirkan. So, kalau korang jumpa blog nie sukati mu la nak bace or tidok. Kawe tak pakse powwn. Gaya penulisan aku pun bukan la hebat sangat.

Sekarang kita imbas balik ape yang terjadi kat aku masa bulan 2 yang lepas.

Kalau nak di ikutkan tak der ape yang menarik pun. Hari2 aku pergi kolej, balik kolej, makan minum, tidur. Kat kolej plak time rehat hari2 aku order nasi goreng telor mata tak pun nasi goreng ayam sekali dengan teh o ais gelas besor. Amik ko. Mau meletop perut tu. Yang nie memang menu tetap aku hari2. Kawan2 aku and akak yang masak tu  pun tau apa yang selalu aku order. Dah la murah. 

Aku nie badan kurus je tapi selera besor. <---Perut tong. Dan yang paling best aku makan banyak bukan nye gemok pun..sebab metabolism aku tinggi. Cuma yang takut penyakit je la. Kalau makan banyak nie penyakit pun banyak la kalau tak jaga.

Tapi bulan March minggu lepas aku ader ikut aktiviti kolej yang bernama "Jom pergi ke sekolah". Ramai gak la student yang follow termasuk aku. Bende tu buat mase result SPM keluar. Setiap students akan pergi ke lain2 sekolah yang terpilih bersama dengan partner dan lecturer masing2. Aku kene promote amik nama budak sekolah, grade, alamat bla bla bla. Target 30 and  above. Buat bende nie dapat duit wooo. Mula2 aku buat saje2 je sebab nak rase suasana masuk sekolah balik. *Rindu woo. Pasal duit tu advantages kedua la. Dan aku ngan partner aku dapat target 39 student. Hahaha......

So...tu lah cerita yang ntah pape kali ini

*Patutlah aku lupa nak update masa bulan februari lepas sebab  tak der bende nak cerita.

14 March 2014

Bufday wish dari Mr.Google

Taadaaaa~~~~

Owh~ baru ku tahu encik google pun akan wish bufday kat aku. Siap letak kat front page search engine bagai. Siap ade nama tuh~!! *Sorry name kasi tutup skit, heee~

Ok excited skit. Biase la budak baru tau pasal bende alah nie. 

Aku nie kan membership google+. Baru je setahun lebih pakai google+. So, aku memang suka pakai google sebab boleh link ke mana2. Nak dapat wish nie kene log in dulu google+ baru dia boleh detect tarikh lahir kita. 

Dan yang paling best Allah bagi aku nyawa untuk meneruskan hidup aku. YEAH!!! I'm still ALIVE~~~!!!!!

alhamdulillah

Itulah hadiah yang aku dapat lepas bangun dari tidor tadi.

Aku hampir 12 tahun tak sambut bufday. Keluarga aku sambut pun untuk budak2 kecik je, macam adik2 aku tu. Tapi aku dah besar memang tak sambut dah. Tapi tak kesah sangat sebab aku bersyukur masih ade keluarga yang lengkap lagi. Setiap tahun bila sampai je bufday aku mesti sama je dengan hari2 lain. Tak der ape yang berbeza dan menarik pun yang berlaku selama 12 tahun dari last bufday aku. Dapat present dari orang lain memang tak pernah la kan. Sebab aku tak ramai kawan. Kenapa aku tak ramai kawan? (less friend less drama) susah nak cari kawan yang betul2 kawan kat dunia akhir zaman nie. Setakat kenalan tu ramai lah.

Dan.....bukan ramai sangat yang ingat dan tahu pun tarikh lahir aku nie. Sebab aku suka berahsia. Kawan aku wish bufday pun sebab dapat tau dari FB dan sebagainya. Sekarang FB and seumpama denganya tu aku dah buang jauh2 hampir setahun so....paham2 je la tak der wish sebab diorang tak ingat. Orang yang dekat dan tau bufday aku pun tak ingat hari ni hari lahir aku. Aku pun malas la nak bagi tau. Buat tak tau sudah, janji empunya badan happy dengan hidup sendiri,

*apsal aku menyimpang plak nih!?

ok bye.



Control Macho skit....
Aaauuummmmm~~!!!





11 January 2014

Satu Hari Yang Teruk

Pernah tak satu hari tu korang rasa macam bad luck, momentum hilang, tak der semangat, senang cerita di ibaratkan hari tu merupakan hari yang malang skit bagi korang?


Aku rasa satu hari nie memang hari semangat dan momentum aku jatuh. Setiap bende aku buat mesti ade yang tak kene. Biasanya setiap hari aku semangat, walaupun ader orang cuba nak jatuhkan hari aku. Tapi hari nie........

Bangun tidor dah rasa letih, nak kata terlebih tidor tak pulak. Pagi aku bangun tu pun hujan dan sejuk. Mula2 ingatkan hari nie macam hari2 lain. Tapi rupanya tak seperti yang disangkakan. Start je pukul 12 tengah hari, aku keluar rumah sampai lah ke malam mesti ader something wrong happened.

Jumpa kawan macam nak tak nak je layan aku. Karang kalau tak bersuara cakap orang sombong pulak. Lepas tu bila orang tanya soalan macam nak tak nak je jawab. Jumpa orang ketiga dah mula lupa their truly member.


Bila buat kerja rasa berat je mata. Rasa ngantok tahap tak tidor 3 hari pun ader. Concentrate hilang, satu ape pun tak tau. Lose something because i'm late in work. Forget the irritated. Just go ahead.

Bile drive kereta, banyak yang panas baran, rushing, tak bertimbang rasa. Lagi2 kalau jem. Dah lar kereta aku hampir berlanggar dengan kereta lain. Tengah keluar simpang nak masuk jalan jem tu..... 30% bahagian depan kereta aku dah masuk simpang jalan masa nak potong masuk. Selama aku drive biase nya orang lain faham dan bagi laluan. Banyak jarak lagi kowt time tu. Tapi entah orang gila mana bawak kereta tekan pedal minyak sampai jarak kereta dia seinci dari sebelah kereta aku. Nasib baik aku cepat elak kalau tak memang calar kereta aku dengan side mirror sekali kene. 

Dah la yang bawak tu orang tua2 skit. Aku bengang, mula la start mencucuk2 belakang kereta dia. Memang usha belakang je la die takut aku sodok kereta dia. Aku pakai kereta murah, dia pakai kereta mahal. *Ade Aku Kesah!?

Nasib baik aku nie bertimbang rasa. Kalau orang tu kene kat pemandu lain memang dah boleh start bertekak aku rasa.

Malam tu pulak my someone who close with me got trouble. Whatever i can do just help him. Malas aku nak cerita panjang2.

And then, bad news came bila terjumpa sesuatu yang tidak sepatutnya. My old beloved memory yang hilang. Tapi menyakitkan. I lost my chance to prove something that most important. Distance of a year, in a gloomy side.

Whatever it is........ it just a test of life

Future still a mystery, forget something for a better tomorrow


01 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

~~Assalamualaikum~~

Macam mana tahun 2014 ni? Ada azam baru? 
Nak ubah attitude? Nak kurangkan berat badan? ehh...?
Ke korang nak sambung azam yang lepas2 tu~~ahahaha..

Ada lagi ke yang macam nie?

Azam masing2 pandai2 lah laksanakan sendiri
Discipline can help you achieve your goals

So malam tahun baru je mesti nak pergi tengok bunga api kan,kan,kan?
Tahun ni aku pergi putrajaya (macam biase) tempat tu best dan tak sesak macam kat KL.

Sampai sana je apalagi, Layan konsert lerrr......
#Ambang 2014 anjuran AmBank. *Sape pergi sila angkat kaki.

Suasana kat sane

Duduk kat situ lepak2 bersama orang awam.
Bila dah nak dekat pukul 12 malam
Semua pun bangun bersorak mengikut countdown yang dipancarkan oleh laser ke dinding bangunan.

5,4,3,2,1
Kebabo0mmmm,piupiu, bOomm(*tak pandai buat bunyi bunga api :P)












~~SELAMAT TAHUN BARU 2014~~


P/s: Aku dah semester 3 sekarang :P