08 March 2013

Suatu Permulaan

Ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakala nya langkah ku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan...


Hari tu merupakan permulaan bagi aku mengenali ilmu agama dengan lebih mendalam setelah sekian lama leka dengan hal-hal duniawi. Cerita tu aku dah tulis kat entry yang lepas. (klik disini)

Hari selasa (26/2/13), aku dikejutkan dengan panggilan Assalamualaikum pada waktu pagi. Aku pun bangun dari tidur dan ada seorang ustaz datang kat rumah aku. Aku dengan muke baru bangun dari tido dengan rambut serabai  terus betol kan rambut aku pastu keluar rumah.

Ader ustaz tu, aku kenal die pun dalam dua hari sebab die ader ajak aku pergi surau kat area rumah aku hari tu.
Die pun bagi tau aku yang die dah nak pergi surau lain. Die tu sebenarnye tabligh. Diorang akan keluar buat dakwah beberapa hari kat suatu kawasan tu, ye lah macam ajak orang pergi surau, ikut sunnah nabi Muhammad, mendalami ilmu agama dan lain2.

Para tabligh tu menetap kat surau aku tiga hari je (kalo tak salah aku), pastu die pergi surau kat kawasan lain dan diorang ajaklah aku ikut sekali. Aku pun setuju je lah dengan cadangan tu. Aku pun berkemas dan pergi ikut kumpulan tu dengan niat dapat belajar ilmu agama dengan lebih lagi.

Sampai sane aku pun ikutlah aktiviti yang diorang buat...contohnye lepas zohor ada buat taklim (baca hadith), tilawah al-Quran (menyemak bacaan dan tajwid para pembaca) *bacaan 10 ayat terakhir al-Quran. Pastu ader la aktiviti lain sepanjang aku kat sane *aku pun tak ingat sangat nama2 aktiviti tu.

Dekat sane aku sorang jer remaja yang ikut yang lain semua dah dewasa dan ader gak yang dah berumur (aku pun kadang2 bosan gak tak der kawan kat sane, tapi tak per demi agama aku tak kisah semua tu).

Selama aku duduk kat surau tu hati aku rase tenang je. Semua masalah aku yang lepas2 tu macam dah hilang dalam otak aku nie.

Akhirnya dah 4 hari aku kat sane. Hari ke-4 nie lah hari terakhir aku kat surau nie. Malam terakhir tu aku pun berkumpul dengan semua tabligh tu pastu aku disuruh berucap sepatah dua kata kat depan diorang. WHAT! aku dah lar gugup skit kalau bercakap depan orang ramai nie. Tapi aku terpaksa tabahkan diri aku gak. Pastu aku pun disuruh bercakap apa yang aku belajar selama aku ikut program camnie. Aku pun cakap lah....*teetttt hehehe...(segan seyh nak tulis kat sini) hahaha....

Lepas habis jer semua2 tu ader la yang mintak maaf kat aku kalau ader terkasar bahasa atau ader buat salah.
Its okay...Sepatutnye aku yang kene mintak maaf mungkin aku yang banyak buat salah kat situ..hehehe.

Habis jer semua tu kitorang pun berkemas. Tapi sebelum balik rumah ader seorang ustaz nie nak belanje kitorang makan. Semua pun follow jer lah *makan free sape tak nak kan? hahaha. Yang belanje kitorang tu sebenarnye pangkat doktor...yelah belajar sampai PHD katekan * salute abis.

Pastu aku pun balik kerumah dihantar oleh ader la ustaz kat situ. Mase dalam perjalanan tu aku pun diberi nasihat supaya buat tu buat nie...yang jahat tu jangan buat...hahaha...aku dengar jer lah...pastu sampai lah aku ke rumah~

Jadi berakhirlah cerita aku kali ini....Terima kasih kerana membaca entry nie... ^_^


No comments:

Post a Comment