27 May 2013

Lecturer's day

Pada tarikh 23 mei 2013, Kolej aku mengadakan sambutan hari lecturer dengan bertemakan warna ungu dan biru. Jadi ape beza lecturer dengan guru? Dua2 sama je sebab diorang tu pun mengajar cume berbeza cara dan tempat. So lecturer day dengan hari guru sama je. Sebenarnye aku tak nak datang sebab kawan2 aku malas nak datang. Tapi ader satu lecturer tu kate dia akan ambik attendance untuk hari tu. So kitorang pun datang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Lepas selesai MC (Master of ceremony's atau dalam bahasa melayu juruacara) membuat ucapan dan lagu hari guru pun dinyanyikan. 

Lepas abis lagu nie, acara pertandingan menyanyi diadakan. Sebenarnye pertandingan nie dah lama diadakan cuma yang buat persembahan hari ni adalah golongan yang masuk peringkat final. Nyanyian semua peserta boleh tahan gak lah. Aku pun terhibur tengok diorang. Peserta kene menyanyi lagu english dan melayu. Dan kat situ ader la budak2 suka menyampuk buat lawak. Aku pun tergelak dengar ayat diorang tu.

Lepas tu senior2 kat situ ader buat sketsa. Diorang punye sketsa memang lawak. Hahaha.....tak tahan aku gelak. Ader seorang tu berlakon jadi lecturer dan yang lain jadi pelajar. Pelajar2 tu silap masuk kolej. Dan yang tak tahan semua pelajar kene menari. Yang sorang menari gune kerusi (buat parodi bobo lagu Shae-Sayang). Ader yang buat gwiyomi (kelakar gila kalo lelaki buat...Bwahahaha. Dah lar tiga orang buat gwiyomi, Kalo muke jambu takpe lah jugak). And then aku tak berapa ingat sangat dan akhirnye diorang menari tarian gentleman dan harlem shake. Aku memang terhibur tengok gelagat diorang.

Lepas tu acara teka gambar lecturer. Gambar tu dikaburkan dan..tekalah :P. Aku tak ambik bahagian sebab aku budak baru...tak tau ape2, hehehe~. Dan akhirnye penyampaian hadiah untuk para pemenang.

Walaupun sambutan hari tu biase2 je tapi bagi aku boleh tahan dan ader bende2 lain yang aku tak ceritakan sebab aku tak berapa ingat. Lepas acara tu aku ngan kawan aku pun jumpe lecturer kitorang sebab nak amik attendance. Tapi dia kata tak payah amik. Cis...Kitorang ingatkan kehadiran wajib....last2 sebab nak bagi ramai orang jer. 

Tapi tak per lah, tak rugi pun pergi event2 camni. (^_^)



Video baru jumpe kat youtube

21 May 2013

First Time Masuk Kolej



HOLA A TODOS~
hahaha....kenape pulak aku guna bahasa spanish nie?
(saje2 jer...*ia bermaksud hello everyone :P )

Semalam (20/5/2013) merupakan hari aku masuk kolej buat pertama kali selepas tamat peperiksaan SPM. Perrrgghhh...aku rase cam dah masuk alam remaja yang real. Biasenye aku terbawak2 lagi perangai sekolah menengah dulu2...hehehe. First masuk gate tu terus aku pergi pejabat die lapor diri. Lepas dah siap akak tu pun bawak lah aku dengan budak2 yang lain pergi library amik ID pelajar. Mase nie kitorang pakai temporary ID jer sebab yang sebenar punye sedang di proses.

Sebenarnye mase dapat surat tawaran dari kolej nie aku buat bodowhh je. Pastu next month pun die hantar lagi. Senang cerita dah tiga kali la aku dapat surat dari kolej nie, tapi aku tetap buat tak tau. Selang beberapa hari orang tu plak call bapak aku. Entah dari mane la die dapat no. hp bapak aku tu. Dan akhirnye aku ngan family aku pun pegi kat kolej tu buat survey. Lepas die bagi penerangan tentang pelajaran and peluang kerja semua tu, aku pun decide la bagi keputusan next week.

Aku pun buat keputusan masuk kolej nie. Aku amik asasi bahagian bisness-IT. Aku tau mesti aku tak dapat sambung kat IPTA sebab result aku nie bagus tapi tak gempak. (result spm ok cuma result koko aku teruk nak mam***). hahaha. Aku aktif koko, cuma aku malas nak ambik tandatangan kehadiran.

Setakat nie bagi aku kolej nie okay jer walaupun tak besar mane.

19 May 2013

Kenapa Nak Ambik SPM?

Semalam aku ader lepak kat rumah kawan aku. Kitorang pun borak2 la pasal SPM ni. Dan ape yang dia cakap kat aku tu memang sama dengan pemikiran aku. Kat bawah nie merupakan beberapa 'isi' yang kitorang borak.

So, kenapa nak ambik SPM? Semata2 mak suroh? atau nak tunjuk bijak depan orang ramai dengan result yang cantik? Kebanyakkan pelajar2 yang ambik SPM nie belajar semata2 nak dapatkan result gempak2 je (tapi tak semua camtu). Walaupun result SPM gempak tapi belum tentu lagi hidup kita akan berjaya sebab yang korang belajar tu semua teori semata2.

Tapi kalau korang memang bijak, benda yang korang belajar kat skolah tu korang akan guna dalam kehidupan seharian. Orang yang boleh buat benda macam ni lah boleh dikatakan bijak. Kalau bijak semata2 dapat menguasai ilmu menghafal je pun tak guna jugak. 

Sebab boleh dikatakan kebanyakkan orang yang berjaya dalam hidup bukan bergantung pada result SPM atau ujian2 yang lain. Diorang semua ada kreativiti dan 'brilliant idea' untuk buat sesuatu. Belajar kat skolah ialah perkara kedua yang membantu dalam hidup. Bende pertama yang buat orang faham tentang kehidupan ialah pengalaman. * experience is a first teacher.

Aku bukan nak kata SPM tu tak bagos. Dan orang yang result cukup2 makan tu jangan lah putus asa sebab belum tentu korang tak kan berjaya kat kehidupan yang akan datang. Kalo ader result cemerlang tu ibarat 'tiket' yang akan menuju ketempat khas. So kalo korang punye result teruk korang kene lah usaha kuat skit untuk berjaya. Itulah bezanya.

Percaya atau tidak, kebanyakkan ilmu yang korang belajar sungguh2 tu hilang bila korang dah besar. Jadi apa motif korang belajar banyak2 subject? Lepas korang masuk U atau kolej korang tak pakai pun semua korang belajar. Mata pelajaran tertentu je korang guna. Yang tak boleh bla, time skola amik kos lain, buat kerja kursus nangis2 sebab susah, lepas tu bila sambung belajar amik kos ntah pape sebab korang malas nak pilih. Hahaha...





Cikgu addmath aku pun pernah cakap...'korang nak work hard or work smart'. 

Dengan ayat cikgu aku tu aku pun tersedar dari pemikiran yang kata addmath tu susah. So, work smart la pilihan terbaik bagi aku. Work smart menjana pemikiran yang kreatif untuk selesaikan sesuatu masalah. Tapi semuanya dah terlambat bile aku menduduki SPM. Aku mampu target lulus jer dalam addmath dan akhirnye tercapai. (KENAPE CIKGU TAK BAGI TAU SAYA LEBIH AWAL!!!, *hehehe :P )

moral: Jadikan belajar disekolah sebagai satu ilmu yang membantu dalam kehidupan. Belajar lah kerana ilmu, bukan kerana terpaksa.

P/s : mungkin ape yang dikatakan salah dan mungkin betul. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

15 May 2013

Terkandas Kerana Bateri Kereta

Hahahaha...Kelakar plak tadi sebab kereta bapak aku yang aku bawak tak boleh start sebab bateri problem.

Cerita die camnie...

Mak aku ajak la aku pergi tadah air bukit. So, aku lah yang bawak kereta. Mula2 pergi start kereta cam biase jer tak der problem ape. Lepas tu kitorang pun pergi. Mase tu hujan pun turun. Mula2 hujan biase jer, lepas dah siap ambik air terus hujan lebat. Kitorang pun cepat2 la masuk ke dalam kereta.

Pastu aku hidupkan enjin. Tiba2 enjin tak leh start. Aku pun cakap lah nie mesti bateri 'kong'. Aku try la berkali2 tapi tak leh start gak. Aku nie dah lar tak der pengalaman hidupkan kereta  dengan cara tolak kereta tu. Dan mase tu plak kereta aku memang parking kat atas bukit jalan menaik. So, tak kan nak tolak kedepan kowt.. memang tak boleh bergerak lah kan.

Sementara hujan turun dengan lebat, aku dgn mak aku bersama dengan adik aku paling kecik pun duduk lah dalam kereta. Fikir nak tunggu sampai hujan reda tapi macam tu jugak lebat nye. Pastu mak aku cakap lah try hidupkan kereta masa undur sebab aku nie pun mmg kat atas bukit.

Aku pun cuba. Dengan takder pengalaman aku pun undur, dah laju skit aku cuba hidupkan enjin tapi tak boleh. Pastu duduk lagi dalam kereta tunggu hujan reda. Dah la area tu kurang orang lalu. So, aku pun check la kat internet telefon tentang cara hidupkan kereta semasa bateri lemah.

Mase aku bace, die kate masukkan gear 1 atau 2, pastu tekan 'clutch' and then mase dah laju skit lepas kan clutch dan enjin akan hidup. Tapi mase aku bace tu die terangkan kalau kereta tu ditolak kedepan. Masalah nye aku boleh undur jer sebab aku kat atas bukit.

Pastu aku pun duduk2 dalam kereta dengar lagu. Lepas bincang2 skit dengan mak aku, aku pun try dalam keadaan undur. Lepas aku ikut step tadi mmg kereta aku hidup. Mula2 aku buat kereta tu hidup, tapi aku lupa nak tekan pedal minyak. Pastu aku buat lagi skali dan berjaya...

YEEAAHH~~~!!!
Akhirnye aku dah paham cara nak hidupkan kereta apabila bateri lemah. Nie lah pengalaman 'awesome' yang aku blaja dengan sendiri dari internet. (nasib baik internet telefon aku free..hehehe)


Lepas berjaya hidupkan kereta, aku pun drift di setiap selekoh...
(gurau jer~)


Aku dan Facebook

Kalau dikatakan pasal facebook mesti ramai yang tahu. Siapa yang  tak kenal dengan laman sosial yang di buat oleh seorang remaja bernama Mark Zuckerberg (remaja ker die skarang? aku pun tak tau).  Senang cerita memang femes la bende alah nie kat serata dunia. Makcik2 dan pakcik2 kat luar tu pun dah terikut dengan arus dunia moden di mana mereka pun dah ader account FB (maju tu~).  Budak2 tak cukup umur pun skarang dah ader fb. Fuhh, memang dasyat lah. Kecik2 dah pakai komputer. Aku kecik2 dulu main pasir kat depan rumah jer....hahaha.



Jadi ape kene mengena aku dan facebook. Memang tak der kene mengena langsong. Tapi disebabkan aku dah terjebak dengan penggunaan facebook so, aku dan facebook mmg ader kene mengena. 

Jadi ape motif aku bercerita kali ini?

Sebenarnye tak der ape pun. Cuma aku bengang skit dengan diri aku ni dan segelintir manusia yang memakai facebook nie. Mula2 biar aku cerita kenapa aku bengang dengan diri aku disebabkan facebook.

Pertama:
Disebabkan facebook aku terpengaruh. Hari2 mesti nak kene log in, pastu tengok2 post orang, gambar dan ntah ape kebende lagi lah yang melekat kat wall aku tu. Aku rasa macam buat rugi masa aku je selama nie. Kalo tengok tu ambik masa setengah atau satu jam tak per, nie kadang2 berjam2 aku duduk depan komputer tgk wall yg ntah pape tu. MASA AKU RUGI MACAM TU JER!! Cisss...

Kedua:
Disebabkan facebook terdapat dosa2 yg tercetak secara langsung atau tidak langsung. Kadang2 aku nie bergurau dengan orang pakai ayat kasar2. Tapi x der lah sampai tahap mencarut bagai. Dan disebabkan itu mestilah ade yang sakit hati ngan aku. Lagi pun aku nie dekat facebook suka loya buruk dengan orang...bwahahaha (evil laugh)

Ketiga:
"Jealous". Kenape aku cemburu? Aku nie sebenarnye suka kat seseorang (nama dirahsiakan). Aku kenal pun dari skolah lagi cuma aku jer yg tak nak luahkan kat die. (aku ader sebab tersendiri).  So, kadang2 aku jeles jugak kalau die tangkap gambar berdua dengan lelaki lain (maksud aku bukan ahli keluarga die). Yup, aku jeless!! Tapi aku nie bukan ape2 pun bagi die. Aku pun tak der lah tunjuk yang aku jeles kat depan die. Ape yang aku boleh katekan.......biarlah~

Keempat:
Pengaruh game facebook. Nie lah antara sebab2 aku bengang bile bukak facebook. Mesti nak main game kat situ. Aku nie dah la seorang gamers (tapi x der lah sampai tahap hardcore). Kalau dah main game online nie mesti la nak kene tunggu die loading (kalo internet laju mmg best, tapi kalo internet laju cam sipot tgh berlari memang bengang). Pernah skali aku main game kat facebook nak dekat setahun gak lah aku main (tapi tak kerap sangat), dan ader satu hari tu aku try main tiba2 game tu dah tak der. (aku tak tau lah server die down atau mmg game tu dah corrupt di mata facebook). Bengang sgt2 !! semenjak tu aku dah malas nak main game kat facebook.

Kelima:
Facebook juga dalam diam menjual maklumat, privasi kepada pihak ketiga. Selain itu facebook juga berupaya mengkaji habit seseorang atau sesebuah negara. Rahsia2 sulit korang, siapa ahli keluarga dan kawan2 yang selalu korang chat pun diorang detect. Aku bengang! dan aku tak nak menjadi salah seorang penyumbang kepada musuh Islam iaitu Yahudi.

Tadi aku dah cerita kenapa aku bengang dengan facebook. Jadi kenapa aku bengang dengan segelintir pengguna facebook plak?

Sebenarnye bende nie tak payah diceritakan mmg korang (pengguna facebook) dah tau. tapi tak per aku tetap nak bagi tau.

Pertama:
Aku menyampah, meluat dan seumpama dengannye dengan segelintir post2 orang kat fb. Kalo die post bende biase atau ilmu tak per gak. Nie tak, post cerita pasal maki hamun  sebab putus cinta, tak pun setiap kali sampai kat suatu tempat dia akan post name tempat tu (kalo boleh masuk jamban tulis kat status...aku kat jamban bangunan bla,bla,bla......), ataupun post bende2 yg 'x-treme' *18 dan keatas... (Perrghh~!). Memang itu adalah hak masing2, tapi tunjuklah skit sikap matang dan berhati2 dalam menggunakan fb.

Kedua:
Upload gambar tak tutup aurat, separuh bogel dan yg tak patut di tunjukkan baik lelaki atau perempuan. Aku malas nak cakap panjang sebab semua mmg dah faham batas2 aurat masing2. Tak perlu lah ditunjukkan kepada orang ramai kecantikan/ kehenseman wajah atau 'body' anda secara melebih2 kerana ia hanya menjadi alat manaikkan nafsu orang je. Aku nie bukannya seorang ulama yang nak tunjuk alim, tapi aku cuma seorang muslim~

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Walaupun aku tak der hak nak ubah orang, tapi ingatlah tidak semua orang suka dengan sesetengah perbuatan kita di fb. Aku tak cakap pun facebook nie tak bagus cuma gunalah facebook dengan sebaik2 nya.

Akhir sekali aku nak mintak maaf kalo korang yang membaca nie tersinggung perasaan. Aku malas nak cakap berlapis2, straight to the point je sebab korang pun boleh fikir.

P/s : wahai kawan2 ku sekarang korang dah tau kenapa aku selalu deactive akaun fb aku,ia terdapat dalam sebab2 diatas....hehehe