15 May 2013

Aku dan Facebook

Kalau dikatakan pasal facebook mesti ramai yang tahu. Siapa yang  tak kenal dengan laman sosial yang di buat oleh seorang remaja bernama Mark Zuckerberg (remaja ker die skarang? aku pun tak tau).  Senang cerita memang femes la bende alah nie kat serata dunia. Makcik2 dan pakcik2 kat luar tu pun dah terikut dengan arus dunia moden di mana mereka pun dah ader account FB (maju tu~).  Budak2 tak cukup umur pun skarang dah ader fb. Fuhh, memang dasyat lah. Kecik2 dah pakai komputer. Aku kecik2 dulu main pasir kat depan rumah jer....hahaha.



Jadi ape kene mengena aku dan facebook. Memang tak der kene mengena langsong. Tapi disebabkan aku dah terjebak dengan penggunaan facebook so, aku dan facebook mmg ader kene mengena. 

Jadi ape motif aku bercerita kali ini?

Sebenarnye tak der ape pun. Cuma aku bengang skit dengan diri aku ni dan segelintir manusia yang memakai facebook nie. Mula2 biar aku cerita kenapa aku bengang dengan diri aku disebabkan facebook.

Pertama:
Disebabkan facebook aku terpengaruh. Hari2 mesti nak kene log in, pastu tengok2 post orang, gambar dan ntah ape kebende lagi lah yang melekat kat wall aku tu. Aku rasa macam buat rugi masa aku je selama nie. Kalo tengok tu ambik masa setengah atau satu jam tak per, nie kadang2 berjam2 aku duduk depan komputer tgk wall yg ntah pape tu. MASA AKU RUGI MACAM TU JER!! Cisss...

Kedua:
Disebabkan facebook terdapat dosa2 yg tercetak secara langsung atau tidak langsung. Kadang2 aku nie bergurau dengan orang pakai ayat kasar2. Tapi x der lah sampai tahap mencarut bagai. Dan disebabkan itu mestilah ade yang sakit hati ngan aku. Lagi pun aku nie dekat facebook suka loya buruk dengan orang...bwahahaha (evil laugh)

Ketiga:
"Jealous". Kenape aku cemburu? Aku nie sebenarnye suka kat seseorang (nama dirahsiakan). Aku kenal pun dari skolah lagi cuma aku jer yg tak nak luahkan kat die. (aku ader sebab tersendiri).  So, kadang2 aku jeles jugak kalau die tangkap gambar berdua dengan lelaki lain (maksud aku bukan ahli keluarga die). Yup, aku jeless!! Tapi aku nie bukan ape2 pun bagi die. Aku pun tak der lah tunjuk yang aku jeles kat depan die. Ape yang aku boleh katekan.......biarlah~

Keempat:
Pengaruh game facebook. Nie lah antara sebab2 aku bengang bile bukak facebook. Mesti nak main game kat situ. Aku nie dah la seorang gamers (tapi x der lah sampai tahap hardcore). Kalau dah main game online nie mesti la nak kene tunggu die loading (kalo internet laju mmg best, tapi kalo internet laju cam sipot tgh berlari memang bengang). Pernah skali aku main game kat facebook nak dekat setahun gak lah aku main (tapi tak kerap sangat), dan ader satu hari tu aku try main tiba2 game tu dah tak der. (aku tak tau lah server die down atau mmg game tu dah corrupt di mata facebook). Bengang sgt2 !! semenjak tu aku dah malas nak main game kat facebook.

Kelima:
Facebook juga dalam diam menjual maklumat, privasi kepada pihak ketiga. Selain itu facebook juga berupaya mengkaji habit seseorang atau sesebuah negara. Rahsia2 sulit korang, siapa ahli keluarga dan kawan2 yang selalu korang chat pun diorang detect. Aku bengang! dan aku tak nak menjadi salah seorang penyumbang kepada musuh Islam iaitu Yahudi.

Tadi aku dah cerita kenapa aku bengang dengan facebook. Jadi kenapa aku bengang dengan segelintir pengguna facebook plak?

Sebenarnye bende nie tak payah diceritakan mmg korang (pengguna facebook) dah tau. tapi tak per aku tetap nak bagi tau.

Pertama:
Aku menyampah, meluat dan seumpama dengannye dengan segelintir post2 orang kat fb. Kalo die post bende biase atau ilmu tak per gak. Nie tak, post cerita pasal maki hamun  sebab putus cinta, tak pun setiap kali sampai kat suatu tempat dia akan post name tempat tu (kalo boleh masuk jamban tulis kat status...aku kat jamban bangunan bla,bla,bla......), ataupun post bende2 yg 'x-treme' *18 dan keatas... (Perrghh~!). Memang itu adalah hak masing2, tapi tunjuklah skit sikap matang dan berhati2 dalam menggunakan fb.

Kedua:
Upload gambar tak tutup aurat, separuh bogel dan yg tak patut di tunjukkan baik lelaki atau perempuan. Aku malas nak cakap panjang sebab semua mmg dah faham batas2 aurat masing2. Tak perlu lah ditunjukkan kepada orang ramai kecantikan/ kehenseman wajah atau 'body' anda secara melebih2 kerana ia hanya menjadi alat manaikkan nafsu orang je. Aku nie bukannya seorang ulama yang nak tunjuk alim, tapi aku cuma seorang muslim~

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Walaupun aku tak der hak nak ubah orang, tapi ingatlah tidak semua orang suka dengan sesetengah perbuatan kita di fb. Aku tak cakap pun facebook nie tak bagus cuma gunalah facebook dengan sebaik2 nya.

Akhir sekali aku nak mintak maaf kalo korang yang membaca nie tersinggung perasaan. Aku malas nak cakap berlapis2, straight to the point je sebab korang pun boleh fikir.

P/s : wahai kawan2 ku sekarang korang dah tau kenapa aku selalu deactive akaun fb aku,ia terdapat dalam sebab2 diatas....hehehe

No comments:

Post a Comment