15 May 2013

Terkandas Kerana Bateri Kereta

Hahahaha...Kelakar plak tadi sebab kereta bapak aku yang aku bawak tak boleh start sebab bateri problem.

Cerita die camnie...

Mak aku ajak la aku pergi tadah air bukit. So, aku lah yang bawak kereta. Mula2 pergi start kereta cam biase jer tak der problem ape. Lepas tu kitorang pun pergi. Mase tu hujan pun turun. Mula2 hujan biase jer, lepas dah siap ambik air terus hujan lebat. Kitorang pun cepat2 la masuk ke dalam kereta.

Pastu aku hidupkan enjin. Tiba2 enjin tak leh start. Aku pun cakap lah nie mesti bateri 'kong'. Aku try la berkali2 tapi tak leh start gak. Aku nie dah lar tak der pengalaman hidupkan kereta  dengan cara tolak kereta tu. Dan mase tu plak kereta aku memang parking kat atas bukit jalan menaik. So, tak kan nak tolak kedepan kowt.. memang tak boleh bergerak lah kan.

Sementara hujan turun dengan lebat, aku dgn mak aku bersama dengan adik aku paling kecik pun duduk lah dalam kereta. Fikir nak tunggu sampai hujan reda tapi macam tu jugak lebat nye. Pastu mak aku cakap lah try hidupkan kereta masa undur sebab aku nie pun mmg kat atas bukit.

Aku pun cuba. Dengan takder pengalaman aku pun undur, dah laju skit aku cuba hidupkan enjin tapi tak boleh. Pastu duduk lagi dalam kereta tunggu hujan reda. Dah la area tu kurang orang lalu. So, aku pun check la kat internet telefon tentang cara hidupkan kereta semasa bateri lemah.

Mase aku bace, die kate masukkan gear 1 atau 2, pastu tekan 'clutch' and then mase dah laju skit lepas kan clutch dan enjin akan hidup. Tapi mase aku bace tu die terangkan kalau kereta tu ditolak kedepan. Masalah nye aku boleh undur jer sebab aku kat atas bukit.

Pastu aku pun duduk2 dalam kereta dengar lagu. Lepas bincang2 skit dengan mak aku, aku pun try dalam keadaan undur. Lepas aku ikut step tadi mmg kereta aku hidup. Mula2 aku buat kereta tu hidup, tapi aku lupa nak tekan pedal minyak. Pastu aku buat lagi skali dan berjaya...

YEEAAHH~~~!!!
Akhirnye aku dah paham cara nak hidupkan kereta apabila bateri lemah. Nie lah pengalaman 'awesome' yang aku blaja dengan sendiri dari internet. (nasib baik internet telefon aku free..hehehe)


Lepas berjaya hidupkan kereta, aku pun drift di setiap selekoh...
(gurau jer~)


No comments:

Post a Comment