19 May 2013

Kenapa Nak Ambik SPM?

Semalam aku ader lepak kat rumah kawan aku. Kitorang pun borak2 la pasal SPM ni. Dan ape yang dia cakap kat aku tu memang sama dengan pemikiran aku. Kat bawah nie merupakan beberapa 'isi' yang kitorang borak.

So, kenapa nak ambik SPM? Semata2 mak suroh? atau nak tunjuk bijak depan orang ramai dengan result yang cantik? Kebanyakkan pelajar2 yang ambik SPM nie belajar semata2 nak dapatkan result gempak2 je (tapi tak semua camtu). Walaupun result SPM gempak tapi belum tentu lagi hidup kita akan berjaya sebab yang korang belajar tu semua teori semata2.

Tapi kalau korang memang bijak, benda yang korang belajar kat skolah tu korang akan guna dalam kehidupan seharian. Orang yang boleh buat benda macam ni lah boleh dikatakan bijak. Kalau bijak semata2 dapat menguasai ilmu menghafal je pun tak guna jugak. 

Sebab boleh dikatakan kebanyakkan orang yang berjaya dalam hidup bukan bergantung pada result SPM atau ujian2 yang lain. Diorang semua ada kreativiti dan 'brilliant idea' untuk buat sesuatu. Belajar kat skolah ialah perkara kedua yang membantu dalam hidup. Bende pertama yang buat orang faham tentang kehidupan ialah pengalaman. * experience is a first teacher.

Aku bukan nak kata SPM tu tak bagos. Dan orang yang result cukup2 makan tu jangan lah putus asa sebab belum tentu korang tak kan berjaya kat kehidupan yang akan datang. Kalo ader result cemerlang tu ibarat 'tiket' yang akan menuju ketempat khas. So kalo korang punye result teruk korang kene lah usaha kuat skit untuk berjaya. Itulah bezanya.

Percaya atau tidak, kebanyakkan ilmu yang korang belajar sungguh2 tu hilang bila korang dah besar. Jadi apa motif korang belajar banyak2 subject? Lepas korang masuk U atau kolej korang tak pakai pun semua korang belajar. Mata pelajaran tertentu je korang guna. Yang tak boleh bla, time skola amik kos lain, buat kerja kursus nangis2 sebab susah, lepas tu bila sambung belajar amik kos ntah pape sebab korang malas nak pilih. Hahaha...





Cikgu addmath aku pun pernah cakap...'korang nak work hard or work smart'. 

Dengan ayat cikgu aku tu aku pun tersedar dari pemikiran yang kata addmath tu susah. So, work smart la pilihan terbaik bagi aku. Work smart menjana pemikiran yang kreatif untuk selesaikan sesuatu masalah. Tapi semuanya dah terlambat bile aku menduduki SPM. Aku mampu target lulus jer dalam addmath dan akhirnye tercapai. (KENAPE CIKGU TAK BAGI TAU SAYA LEBIH AWAL!!!, *hehehe :P )

moral: Jadikan belajar disekolah sebagai satu ilmu yang membantu dalam kehidupan. Belajar lah kerana ilmu, bukan kerana terpaksa.

P/s : mungkin ape yang dikatakan salah dan mungkin betul. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

No comments:

Post a Comment