24 June 2013

Accident !?

BOOM!!!!

Hahaha......

Al-kisah bermula lah suatu penceritaan dimana hari aku bermula seperti hari2 lain.

First, start motor, pastu aku pun gerak pergi kolej...
vroommm...vrommm (moto aku sebenarnye silent je bunyi die, mcm orang die gak...hahaha)
Aku pun masuk ke jalan raya dan menuju ke destinasi yang sepatutnya.

Masa tengah speed tiba2 kereta kat depan aku slow. Sekali aku pandang kat kereta paling depan sekali rupanya polis da~~
aku pun malas nak potong....dah la jalan satu lane kat situ, sempit plak tu.

Lepas masuk jalan dua lane aku pun potong polis tu...
seterusnya perjalanan aku seperti biasa tiada halangan.
Sehinggalah kat satu traffic light nie, aku pun berhenti..

Lampu pun bertukar hijau.
aku pun speed la...
Mase tu kat sebelah aku ader kereta.

Tiba2 !!!!
kereta tu belok ke kiri secara mengejut dan tak bagi signal.
aku plak betol2 kat bahagian blakang kiri kereta tu..
Aku pun ape lagi langgar la belakang die.

KREEETTTTT~~!!!

motor aku terseret 
aku pun jatuh kat situ (nasib baik tak bersepah)
rasa macam jatuh basikal je tapi rasa sakit dia level up skit la..
sebab aku tak sempat nak speed sangat time tu.

Lutut aku pun terseret kat jalan berturap tu.
Dah la time nie jerebu kuat..
Aku pun bangun dan angkat motor aku.

Driver tu pun kluar...
Kereta yang langgar aku tu sebenarnye teksi eksekutif (ala...teksi warna biru tu)

"Dik2, sorry er, sorry2"
tu lah kata2 yang kluar dari mulut die..

Aku pun ape lagi buat muka panas la kan...
Aku pun cakap macam nie...
" Ape nie!! agak2 ar!"

Dia pun balas..
"ok tak nie, pergi hospital jom rawat luka tu"

Aku balas dengan bengang tapi aku tak tengking la...
"Hari ni saya ada exam !! skarang saya dah lambat !! "
" Nie macam mane nak pegi kolej dengan seluar koyak kat lutut"
" tau tak saya ader exam!!!"

Die pun cakap...
"sorry dik, sorry"
(driver tu orang cina)

Pastu tu die hulur duit kat aku untuk kos rawatan.
Nilai duit tu sebenarnye tak banyak kalau nak di ikutkan kos motor, seluar dan luka.
Kawan2 aku yang lain yang dapat tau aku kemalangan dan tau nilai duit tu pun kate aku nie bongok..  -_-"

Sebenarnye aku terima je duit tu sebab aku kesian tengok muka die tu.
Aku nie jenis yang kesian kat orang.
Walaupun die buat salah kat aku tak kira kawan aku or orang awam mesti aku kesian kat diorang walaupun mase tu aku dah marah2 dan bengang kat diorang.
(lagipun luka aku tak der la parah sangat)

Tapi kalau dah tahap melampau memang no excuse la dari aku..

Aku pun tak tau kenapa aku cepat kesian kat orang.
Kalau orang lain yang kemalangan mesti mintak caj mahal..
mintak kos itu la, ini la, bla,bla,bla...

Kalau dia bla camtu je memang aku kejar
sampai spana hidup melekat kat cermin kereta dia aku baling.
Tapi, dia keluar dari kereta mintak maaf pun dah reda skit marah aku.


Lepas aku amik duit tu, die masuk balik kat dalam kereta dan bla...
Time tu moto aku cam payah skit nak start tak tau sebab ape.

Lepas tu aku terus je pergi kolej dengan lutut berdarah, tangan luka skit semata2 nak amik exam.
Pastu korang (pembaca) kata aku bongok sebab tak pergi klinik rawat luka aku kan,kan,kan...

hahaha

Aku jawab exam pun macam merapu skit sebab aku tengah tahan sakit.
(tapi aku tak tunjuk sangat muka sakit tu sebab tak nak orang tau)

Lepas abis exam baru aku pergi farmasi beli ape yang patut dan balut luka tu sendiri.
Luka aku tak parah pun.
Cuma lutut berdarah je..(tapi sakit dia mmg perit).

==================================================================


Ape yang boleh aku katakan disini 
aku bersyukur je sebab luka aku tak parah dan tak hilang nyawa.

Aku anggap bende nie sebagai ujian yang datang dari ALLAH.

kesakitan tu sebagai penghapus dosa.
Duit tu sebagai rezeki untuk uji aku bersyukur atau tak.

22 June 2013

Assignment Oh Assignment

Assalamualaikum to people who visit my blog......

Aku nie belajar kat kolej baru jer semester 1 (tapi tak habis lagi). Mula2 aku belajar kat kolej tu aku main2 je. Kalau mata pelajaran(MP) tu best aku serius la. Tapi kalau MP tu aku tak minat memang termenung la aku kat dalam kelas.

Minggu pertama tu aku datang awal. Masuk kelas tak lewat. Setelah itu, hari berganti hari, aku makin lama makin malas nak masuk kelas. Aku masuk kelas hari2 lambat setengah jam. Tapi aku tak pernah tak hadir walaupun satu kelas. Lecturer yang mengajar tu tak kunci pintu pun kalo lambat masuk.

Aku rase macam tak belajar ape pun kat sane. Sehinggalah assignment pertama diberi.

Mase tu baru aku rase cam susah nak buat assignment. Padahal senang jer soalan die. Tapi, sebab melopong dalam kelas, baru aku rase bende tu macam susah.

Mula2 malas nak buat.....
Pastu tangguhkan lagi...
Selepas itu ntah macam mane la aku terasa nak buat...so aku pun buat...
And then siap satu tugasan selepas penat memerah otak..

Assignment tu dah lar berkumpulan. Aku rase 85% kerje aku yang buat yang lain2 tu diorang tolong  print dan buat soalan yang mane diorang  tahu je. (sebab soalan senang2 aku dah kebas...muahahaha)

Lepas abis satu, satu lagi yang datang, pastu tambah lagi satu assignment, and then satu lagi (mamak teh tarik satu <---tak der kene mengena). Assignment nie mmg betul2 macam 'ass' signment.... Tapi bagi aku tu lah latihan yang berguna untuk aku bawa masa alam pekerjaan nanti.

Maka bertambah2 lah kerja aku skarang...

Tapi tak per. Tu tandenye aku dah takder mase nak main game2 macam dulu lagi. Fokus on study!!!

*Moral = Jangan jadi malas

Cerita Sebuah Gitar

Assalamualaikum~~

Rabu hari tu aku ader pergi ke kedai baju kat area rumah aku (kedai baju ke? aku pun tak pasti...macam2 barang ader kat dalam tu). Aku pergi pun dengan kawan aku. Mase tengok2 baju kat sane aku terpandang lah satu bende tergantung kat dinding kedai bahagian atas....

Bermacam2 pattern, dan macam2 jenis ader kat situ...

Ape bende tu?

Gitar la~~~ (tengok tajuk pun dah tau -_- " )

 Sebenarnye aku dah lame nak beli gitar nie. Tapi aku nak cari gitar kapok yang murah je. So, aku pun buat keputusan beli satu gitar kat situ. Aku beli dengan harga RM99.99......

Aku dah lar naik motor time tu.....dan terpaksalah kawan aku tolong pegangkan time balik. Aku nie dah lar tak der basic pasal gitar nie. Main beli jer....

Lepas tu sedikit demi sedikit aku belajar asas bermain gitar. Mula dari cara tune gitar, pastu chord and strum. Susah gak main gitar nie. Aku belajar pun dari internet je. Dah lar tak biase pegang gitar, apatah lagi nak main gitar...hmmppphhhh~ Bende paling susah stakat nie bagi aku ialah cara nak tukar chord (susah pun sebab aku tak hafal lagi chord tu...hehehe). Lagu paling senang yang aku main pun lagu happy birthday je..  :P

Ni lar gitar yang aku beli tu....

So...skarang aku dah ader hobi baru~

Tapi aku rase tali string aku tu cam keras skit. Sebab aku pernah try gitar kawan aku, tali gitar dia senang nak tekan mase main chord. So die pun suroh aku tukar string...

Aku dah la malas nak pegi kedai alat muzik nie. Esok2 jer la aku pegi. nampaknye terpaksalah main gitar pakai tali yang menyakitkan jari tu......


16 June 2013

I'm in a dilemma (part 2)

Sambungan daripada (I'm in a dilemma part 1).....

Pada awal bulan januari die pun pergi PLKN. (aku yg tak dapat pergi nie serius jelez gila2!! T_T why,why!!!! Aku rasa rugi sangat.......) Yang budak sekolah aku plak tak dapat pergi plkn seronok gila2 (nampak kebenor tak suka aktiviti lasak, tak pun tak suka duduk berjauhan dengan kluarga).

Baiklah kita sambung ke cerita utama.....

Masa kat kem PLKN tu die banyak kali sms aku. First minggu pertama tu hari2 die text aku. Lepas tu minggu2 berikut nye hari sabtu dan ahad je die dapat sms aku (sebab masa tu phone boleh pegang hari sabtu ahad je).

Dalam sms tu bnyk kali die cakap die rindu kat aku. Dan ayat cover die adalah rindu sebagai kawan. (kalau dah rindu sebab suka kat aku tu cakap jer la~~~opsss).  *perasan

Sehingga lah beberapa minggu selepas tu suasana tegang berlaku antara aku dengan die.

Kalo tak salah aku pasal bende kecik jer kot? Lepas tu dah jarang aku sms dengan dia. Punca nya ialah dia suka panggil aku dengan gelaran (teetttttt**). Serius aku tak suka gelaran tu sebab ia berbeza dengan sifat aku yang sebenar. Walaupun bende tu ader dalam semua sifat lelaki dan ia adalah lumrah (I repeat 'lumrah'). Dan aku nie tak der la sampai tahap advance macam tu.

Disebabkan die asyik panggil aku dengan gelaran tu, aku pun mmg dah decide untuk tak balas sms dia, ataupun chat kat FB. Sebenarnye aku tak sanggup buat camtu, ye la bertambah2 rosak la nanti hubungan aku dengan dia kan? Tapi disebab kan aku bengang aku buat jugak.


Lepas tu bnyk kali die sms aku. Tapi aku buat bodoh je (dalam hati nak reply tapi tetap tak nak  reply jugak) .Tapi aku kesian kat dia :( Aku tak tau knape dia beria2 sangat hantar bnyk sms / call aku. Dalam sms yang lepas2, bnyk kali die tanye yg aku rindu kat dia atau tak. Tapi aku malas nak jawab dan terus tukar topik. Kalau nak tau aku memang rindu gila,gila,gila !! dekat dia (tapi tak der la sampai jadi gila). Lepas aku tak text dia, sebenarnye ader la rase sedih skit. Aku pun bengang skit ngan diri aku nie, kenape lah aku buat macam tu. 

Memang agak lame lah jugak aku tak contact die. Mase tu Allah saje yang tau bertapa rindunye aku kat dia. Aku banyak kali berdoa supaya dia hantar satu sms kat aku sebab aku nak berbaik2 dengan dia.

Akhirnya Allah kabulkan permintaan aku. Ader la beberapa hari lepas aku berdoa tu die ade hantar sms kat aku. Sms die pun bagi salam kat aku jer. So, aku pun reply.....

Nak dipendekkan cerita, kalo aku chat dengan die mesti ader gaduh punye.  Banyak kali jadi macam tu. Dan salah satu solution aku ialah berdiam diri dan tak layan dia. Aku buat macam tu sebab kadang2 bengang dengan dia. Bukan sebab ape pun, cuma aku ade bengang skit dengan sikap dia. (sikit jer....btol, sikit jer, tak banyak pun) Sebenarnya aku tak kisah dia buat perangai camtu. Aku marah sebab time tu aku ada masalah dan otak aku serabut. Dah la hati aku ni asyik rindu kat dia je. Kalau nak marah tak sampai hati pulak. Sabar je lah. Aku nie jenis silent. Sebab tu lah aku berdiam diri je kalo dah jadi macam tu.

Sorry kalau cara aku ni salah...

15 June 2013

I'm in a dilemma (part 1)



Dulu aku ader cerita yang aku ader suka kat budak perempuan yang aku kenal masa zaman sekolah menengah dulu (btol ker aku ader cerita? aku pun dah lupa, korang check la sendiri). Hahaha...tapi tak per, aku akan ceritakan balik kisah nye.

Dulu aku tak tau kenapa aku suka kat dia. Dia pernah suka kat aku (kowt), pastu bile aku tengok muka dia terus aku suka kat dia. 

Aku kenal dia dari kawan aku. Dia cakap budak tu suka kat aku. So aku anggap tu sekadar satu gurauan je la. Sebenarnya start dari form 1 aku memang malas nak pandang pompuan. Aku kenal dia waktu form 2. Dan time tu aku pun tak tau yang dia duduk betul2 kat belakang aku. Aku pun malas nak ambik kesah time tu sebab aku tak kenal dia dan aku memang malas nak layan pompuan. Nak hadap muka dia memang tak langsong.

Lepas kawan aku mendesak dan asyik gosipkan aku dengan budak pompuan tu. So aku amik keputusan nak tau siapakah gerangan itu. Lepas tu mula lah berlaku drama dalam hidup aku. (betapa teruknya aku, budak pompuan duduk belakang aku pun aku tak kenal.) =.=" * tapi lepas tu aku kene tukar tempat sebab cikgu suroh.

Tapi aku tak mengaku punn aku suka kat dia. And then kitorang selalu chat kat facebook. Kalo tak salah aku bukannya chat, tapi gaduh (bukan gaduh sebab ape, cuma gurau je tapi kasar skit.. hehehe).

Dia nie pun sporting gak dan tak macam pompuan lain yang pernah aku jumpe. Serius aku suka bile dapat chat dgn dia. Lepas je abis PMR aku terus tak jumpa dia lagi.  Masa tu aku dengan dia dah tak bertegur, dah tak chat kat FB. Dia pindah kat skolah lain but aku stay lagi kat skolah same. Mase tu aku tak tau nak cakap macam mane, yer la aku dah ter'suka' kat dia pastu dia pindah skola. Aku pun terpaksa lupakan dia secara perlahan2. 

Dan akhirnya aku berjaya lupakan dia tapi tak sepenuhnya sebab gambar die selalu muncul kat friend list FB aku.

Lepas pertengahan tahun baru, aku terpaksa pindah skola sebab family aku pindah rumah. Aku terpaksa tinggalkan kawan baik aku yg kadang2 agak menjengkelkan tapi die nie jenis memahami aku so aku dengan die mmg best buddy. 

Mase sampai kat skola baru macam2 masalah aku dapat tapi aku nie jenis 'cool' (cewah~) tapi dalam hati gelabah skit. Mase pindah skola tu mmg otak aku serabut, time tu dokumen tak lengkap la, assignment tak bawak skali. Dah terpaksa aku pergi skola lama amik dokumen yg lain. 

Mase aku amik tu kadang2 cikgu aku plak takde, dah jadi satu hal lagi aku terpaksa pergi amik masa hari lain. Kalo jarak rumah baru aku tu dengan skola lama aku dekat tak per. nie tak, jauh wooo..... ambik mase satu jam jugak la kalo jalan tak jem.

Berbalik kepada cerita tadi, mase aku form 5, kalo tak salah aku dalam bulan 7 macam tu lah, aku dgn dia kembali berchatting kat FB. Entah mcm mane la aku boleh 'ter' chat dengan die balik. Kalo tak salah aku die comment kat gambar aku time pergi lawatan ikut rombongan skolah. And then bermula lah chatting aku seperti dulu2.

Lepas puasa, raya and then aku SPM. Study2~~!!! lepas je tamat SPM die pun ajak aku kluar pergi KL. Mase aku jumpe die serius aku rase janggal gile sebab dah lame tak jumpe. Badan aku mase tu bergerak dah macam robot. Tapi malas nak cite peristiwa tu, korang baca la sendiri (klik disini).

Lepas tu dia pun pergi plkn.......
(aku tak dapat plkn, tapi aku nak sgt2 pergi... T_T )

*Aku dapat keluar dengan dia pun kerana lollipop.

BERSAMBUNG.....(I'm in a dilemma - Part 2)