15 June 2013

I'm in a dilemma (part 1)



Dulu aku ader cerita yang aku ader suka kat budak perempuan yang aku kenal masa zaman sekolah menengah dulu (btol ker aku ader cerita? aku pun dah lupa, korang check la sendiri). Hahaha...tapi tak per, aku akan ceritakan balik kisah nye.

Dulu aku tak tau kenapa aku suka kat dia. Dia pernah suka kat aku (kowt), pastu bile aku tengok muka dia terus aku suka kat dia. 

Aku kenal dia dari kawan aku. Dia cakap budak tu suka kat aku. So aku anggap tu sekadar satu gurauan je la. Sebenarnya start dari form 1 aku memang malas nak pandang pompuan. Aku kenal dia waktu form 2. Dan time tu aku pun tak tau yang dia duduk betul2 kat belakang aku. Aku pun malas nak ambik kesah time tu sebab aku tak kenal dia dan aku memang malas nak layan pompuan. Nak hadap muka dia memang tak langsong.

Lepas kawan aku mendesak dan asyik gosipkan aku dengan budak pompuan tu. So aku amik keputusan nak tau siapakah gerangan itu. Lepas tu mula lah berlaku drama dalam hidup aku. (betapa teruknya aku, budak pompuan duduk belakang aku pun aku tak kenal.) =.=" * tapi lepas tu aku kene tukar tempat sebab cikgu suroh.

Tapi aku tak mengaku punn aku suka kat dia. And then kitorang selalu chat kat facebook. Kalo tak salah aku bukannya chat, tapi gaduh (bukan gaduh sebab ape, cuma gurau je tapi kasar skit.. hehehe).

Dia nie pun sporting gak dan tak macam pompuan lain yang pernah aku jumpe. Serius aku suka bile dapat chat dgn dia. Lepas je abis PMR aku terus tak jumpa dia lagi.  Masa tu aku dengan dia dah tak bertegur, dah tak chat kat FB. Dia pindah kat skolah lain but aku stay lagi kat skolah same. Mase tu aku tak tau nak cakap macam mane, yer la aku dah ter'suka' kat dia pastu dia pindah skola. Aku pun terpaksa lupakan dia secara perlahan2. 

Dan akhirnya aku berjaya lupakan dia tapi tak sepenuhnya sebab gambar die selalu muncul kat friend list FB aku.

Lepas pertengahan tahun baru, aku terpaksa pindah skola sebab family aku pindah rumah. Aku terpaksa tinggalkan kawan baik aku yg kadang2 agak menjengkelkan tapi die nie jenis memahami aku so aku dengan die mmg best buddy. 

Mase sampai kat skola baru macam2 masalah aku dapat tapi aku nie jenis 'cool' (cewah~) tapi dalam hati gelabah skit. Mase pindah skola tu mmg otak aku serabut, time tu dokumen tak lengkap la, assignment tak bawak skali. Dah terpaksa aku pergi skola lama amik dokumen yg lain. 

Mase aku amik tu kadang2 cikgu aku plak takde, dah jadi satu hal lagi aku terpaksa pergi amik masa hari lain. Kalo jarak rumah baru aku tu dengan skola lama aku dekat tak per. nie tak, jauh wooo..... ambik mase satu jam jugak la kalo jalan tak jem.

Berbalik kepada cerita tadi, mase aku form 5, kalo tak salah aku dalam bulan 7 macam tu lah, aku dgn dia kembali berchatting kat FB. Entah mcm mane la aku boleh 'ter' chat dengan die balik. Kalo tak salah aku die comment kat gambar aku time pergi lawatan ikut rombongan skolah. And then bermula lah chatting aku seperti dulu2.

Lepas puasa, raya and then aku SPM. Study2~~!!! lepas je tamat SPM die pun ajak aku kluar pergi KL. Mase aku jumpe die serius aku rase janggal gile sebab dah lame tak jumpe. Badan aku mase tu bergerak dah macam robot. Tapi malas nak cite peristiwa tu, korang baca la sendiri (klik disini).

Lepas tu dia pun pergi plkn.......
(aku tak dapat plkn, tapi aku nak sgt2 pergi... T_T )

*Aku dapat keluar dengan dia pun kerana lollipop.

BERSAMBUNG.....(I'm in a dilemma - Part 2)

No comments:

Post a Comment