16 June 2013

I'm in a dilemma (part 2)

Sambungan daripada (I'm in a dilemma part 1).....

Pada awal bulan januari die pun pergi PLKN. (aku yg tak dapat pergi nie serius jelez gila2!! T_T why,why!!!! Aku rasa rugi sangat.......) Yang budak sekolah aku plak tak dapat pergi plkn seronok gila2 (nampak kebenor tak suka aktiviti lasak, tak pun tak suka duduk berjauhan dengan kluarga).

Baiklah kita sambung ke cerita utama.....

Masa kat kem PLKN tu die banyak kali sms aku. First minggu pertama tu hari2 die text aku. Lepas tu minggu2 berikut nye hari sabtu dan ahad je die dapat sms aku (sebab masa tu phone boleh pegang hari sabtu ahad je).

Dalam sms tu bnyk kali die cakap die rindu kat aku. Dan ayat cover die adalah rindu sebagai kawan. (kalau dah rindu sebab suka kat aku tu cakap jer la~~~opsss).  *perasan

Sehingga lah beberapa minggu selepas tu suasana tegang berlaku antara aku dengan die.

Kalo tak salah aku pasal bende kecik jer kot? Lepas tu dah jarang aku sms dengan dia. Punca nya ialah dia suka panggil aku dengan gelaran (teetttttt**). Serius aku tak suka gelaran tu sebab ia berbeza dengan sifat aku yang sebenar. Walaupun bende tu ader dalam semua sifat lelaki dan ia adalah lumrah (I repeat 'lumrah'). Dan aku nie tak der la sampai tahap advance macam tu.

Disebabkan die asyik panggil aku dengan gelaran tu, aku pun mmg dah decide untuk tak balas sms dia, ataupun chat kat FB. Sebenarnye aku tak sanggup buat camtu, ye la bertambah2 rosak la nanti hubungan aku dengan dia kan? Tapi disebab kan aku bengang aku buat jugak.


Lepas tu bnyk kali die sms aku. Tapi aku buat bodoh je (dalam hati nak reply tapi tetap tak nak  reply jugak) .Tapi aku kesian kat dia :( Aku tak tau knape dia beria2 sangat hantar bnyk sms / call aku. Dalam sms yang lepas2, bnyk kali die tanye yg aku rindu kat dia atau tak. Tapi aku malas nak jawab dan terus tukar topik. Kalau nak tau aku memang rindu gila,gila,gila !! dekat dia (tapi tak der la sampai jadi gila). Lepas aku tak text dia, sebenarnye ader la rase sedih skit. Aku pun bengang skit ngan diri aku nie, kenape lah aku buat macam tu. 

Memang agak lame lah jugak aku tak contact die. Mase tu Allah saje yang tau bertapa rindunye aku kat dia. Aku banyak kali berdoa supaya dia hantar satu sms kat aku sebab aku nak berbaik2 dengan dia.

Akhirnya Allah kabulkan permintaan aku. Ader la beberapa hari lepas aku berdoa tu die ade hantar sms kat aku. Sms die pun bagi salam kat aku jer. So, aku pun reply.....

Nak dipendekkan cerita, kalo aku chat dengan die mesti ader gaduh punye.  Banyak kali jadi macam tu. Dan salah satu solution aku ialah berdiam diri dan tak layan dia. Aku buat macam tu sebab kadang2 bengang dengan dia. Bukan sebab ape pun, cuma aku ade bengang skit dengan sikap dia. (sikit jer....btol, sikit jer, tak banyak pun) Sebenarnya aku tak kisah dia buat perangai camtu. Aku marah sebab time tu aku ada masalah dan otak aku serabut. Dah la hati aku ni asyik rindu kat dia je. Kalau nak marah tak sampai hati pulak. Sabar je lah. Aku nie jenis silent. Sebab tu lah aku berdiam diri je kalo dah jadi macam tu.

Sorry kalau cara aku ni salah...

No comments:

Post a Comment