23 December 2013

3 bulan tanpa Social Network(result)

Yeesszzz...dah 3 bulan pun

As'salam....3 bulan lepas aku ader buat experiment ntah pape tapi best. Hahaha. Kalau nak baca boleh klik disini. Nak tau ape jadi kat aku lepas 3 bulan? Sebenarnya tak jadi ape2 punnn... macam biase, aku ni just stay cool~~~*Cehhh.

Pertama sekali biar aku cerita macam mana aku boleh stop pakai social network(SN) nie. 

Aku tau SN nie tempat komunikasi tanpa wayar  dan borderless. Tapi bagi remaja (macam aku dan yang lain2) memang tak boleh dipisahkan dengan SN ni. lagipun teknologi dah canggih dan SN nie boleh di akses kat mana2 peranti mudah alih. Bende nie dah macam 'keperluan' untuk hidup, ibarat tangki oksigen yang menyokong untuk hidup. 

Aku ada tanya jugak pendapat orang lain, diorang ada kata yang SN nie kalau tak bukak walaupun sehari mesti ada rasa janggal dekat dalam hidup, pastu ada yang membebel hati tak tenang walaupun sehari tak log in dan ada yang kata bagai nak gila kalau hidup tanpa SN ni. Di ibaratkan log in SN tu dah menjadi suatu keperluan asasi seperti manusia hari2 kene makan nasi. 

Tapi tu semua sebab minda kita dah dipengaruhi dengan SN nie. Ye lah kan, dah kita yang melatih otak suroh log in hari2. Mana tak nyerr.  (Dulu aku pun camtu, hari2 nak log in, tapi semenjak experiment nie, makin malas aku nak log in. apatah lagi nak melihat logo2 SN nie)

3 bulan nak buat ape nie~~~? Macam bosan jer
So, aku pun fikirkan stratergi macam mana tak nak guna SN nie selama  3 bulan. Mula2 aku kena 'hack' dulu otak aku (maksud aku pemikiran) supaya bende tu nampak tak seberapa penting untuk aku. (Aku hack tak pakai style 'phishing' mahupun 'SQL injection' yer...hahaha). Mula2 aku list kan seberapa banyak kebaikan dan keburukan SN nie. Setelah di list kan, aku dapat banyak keburukan daripada kebaikan, ibarat 59% keburukan dan 41% kebaikan.


Aku dengan pasrah deactivated pelbagai akaun SN nie untuk elakkan daripada log in (sebenarnya nak delete tapi tak sampai hati ). And then aku terpaksa delete pelbagai app dalam handset aku.

Jadi, apa yang tinggal dekat aku hanyalah e-mail, call dan sms only. Yang lain2 tu aku tak bukak. So bila habit buang masa membuka SN tu aku campak dekat laut didalam lubuk 1km, aku pun mencari hobi baru dan improve skill aku. Dan yang penting hati tu tenang dan dekat dengan yang Maha Esa (kita mesti berubah kearah lebih cemerlang...hahaha).

So, dah 3 bulan tamat lah experiment ini. Tapi satu jer yang tak tamat lagi, iaitu habit aku yang dah tak nak bukak SN lagi...hahaha. Tak tau lah bile nak start pakai SN lagi, mungkin tahun depan punye tahun depan punye tahun depan.......(sambung sampai penat)

Last words: Abaikan je lah.

11 December 2013

Good Bye Semester 2




~~~~Assalamualaikum~~~~





OOOooooowwhhhhYYeeaaAAHHHH~~!!
Tamat sudah pengajian aku bagi semester 2 kat kolej nie lepas je abis semester exam.
Fuh~! Setelah Dua minggu perah otak macam perah santan, habis semua isi aku kluar kan dan tulis kat paper ujian tu. Dimana ada kemahuan disitu ada kehendak, dimana ada kehendak di situ ada pelanggan. Producer & Consumer <--- ayat ekonomi. * maklumlah, terbawak2 lagi walaupun aku dah abis exam. (=.=) oh ekonomi~knape la kadang2 kau complex sangat.....


Tapi alhamdulillah semua soalan aku jawab dengan tenang walaupun terpaksa duduk depan sekali dengan pemandangan yang serabut tengok beg2 orang berterabur sana sini. 

So, bila dah abis sem, apalagi WE TURN ON GAMING MOOD !!!!!!

Muka menang main game

Muka kalah main game   

Muka pasrah kalah main game

27 November 2013

Final Exam semester 2

~ Assalamualaikum ~

Aden minggu dopan dah nak final exam tok sem 2 ni ha..

*Demmm....

Acano lah microeconomics ngan akaun den nie ha

Hapak den tak paham

So, macam biaso kito study dan lupakan ber'blogging'.

ok bye, piece~







*Hobin Jang Hobin
* ~^.^~


16 October 2013

NEGERI SEMBILAN, here I come!

Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas aku pergi bercuti ke Negeri Sembilan dengan family aku. Aku pergi pun dua hari je dan sewa satu homestay kat sana. Kiranya aku menetap kat sane dua hari satu malam.


Bawak kereta jauh2 perghh.....best, tapi penat. Hahaha, sekarang baru aku tau rase penat die camne. Biasenye aku duduk kat belakang tidor sambil rase aircond yang sejuk~

Bawak kereta dari KL pergi sane pun ikut jalan lama (ikut jalan kelapa sawit). Jalan die dah la berliku2 sikit. Kalau aku naik sport car dah lame aku bantai drift kat situ. Tapi pandu cermat jiwa selamat la kan. Ngehehehe...

Sampai kat homestay ambik kunci pastu masuk dalam rumah. Rumah tu pun dua tingkat. Master bedroom die pun ader aircond, tapi bilik tidor yang lain tak der aircond. Aku pun ape lagi membantai la tidor kat bilik ader aircond tu sebab dah penat, al maklumlah tak pernah2 bawak kereta jauh2 tanpa pengalaman. (saya budak baru nak keluar dari kepompong dunia :P )


Habis satu hari letak kan barang, makan, rehat and makan balik pastu tidor~

Keesokan harinya aku pun pergi ke Port Dickson. Bangun2 dari tidor fikir nak try die punye shower, tapi terpaksa bawak kereta terus pergi pantai and mandi kat sane alang2 dah ader dekat dengan pantai.

Mula2 tu malas nak mandi air laut masin tu. Tapi dah masuk dalam tu malas pulak nak keluar. Family aku pun ajak la naik banana boat. Hahaha, setelah sekian lama dapat juga aku naik bende alah tu. Biasenya malas nak naik.


Gambar yang dah di 'kartun' kan :P

Lepas naik banana boat sambung balik mandi2 cam biasa. Tengah syok2 layan ombak, datanglah seorang abang nie. Dia ade jet ski pastu die offer la aku naik. Mula2 die letak harga RM** kat aku. Tapi aku tolak, lepas tu dia down kan sikit harga kepada RM** aku pun naik la. First time aku dapat naik jet ski. Excited Gile woooo~~ Aku memang dah lama teringin nak cuba bende alah nie. Aku dah la suke tunggang bende2 yang berenjin nih.


Tak dapat rempit kat jalan tar, atas air pun boleyh~
YEEEPIIEEE
(gambar cilok kat google image)

Hahaha...best gak la dapat ride bende tu. Melompat2 aku kat atas air tu langgar ombak.
Lepas habis semua2 tu aku pun balik kat homestay tu.

Macam biase rehat, makan and tidor and makan balik. Pastu mulalah packing barang sebab dah nak balik ke home sweet home.

Dan.....masa nie lah mood paling penat melanda. Memang rabak mata aku nak tahan ngantok mase drive. Tapi disebabkan aku suka 'menunggang' bende2 berenjin nie, aku pun drive je la sampai ke rumah.

Waktu maghrib menjelang, aku pun tiba dengan selamat~ *Syukur....

*Overall

Disebabkan aku dah biasa pergi negeri sembilan aku boleh letakkan 4.1 bintang. Banyak tempat2 peranginan kat Malaysia ni cuma kadang2 aku kena kaji lebih sedikit sebab mungkin tempat2 ni 'tersorok' sikit. Budaya dan makanan dia pun aku suka. Aku memang dilahirkan makan pedas2. Tak sah kalau tak ada cili. Lagi pedas lagi berselera. Cuma perut tu sakit skit lepas makan. Hahaha. Negeri ni diteraju dengan adat Minangkabau yang merangkumi sembilan daerah. Sebab tu dipanggil negeri sembilan. Bukan negeri nombor sembilan di carta Malaysia. Cuma bilangan daerah di negeri tu yang menentukan nama.


P/s : vacation best yang awesome...




11 October 2013

Google Malaysia kena HACK!

Assalamualaikum

Tadi aku nak log in blog

aku tekanlah bookmark google kat bawah tab tu

pastu keluar la bende nie


Aku fikir pc aku kene hack tadi

pastu aku try bukak google.com

boleh jer

and then aku try google.com.my

pastu keluarlah macam gambar kat atas tu....

google malaysia kene DNS poisoning

sebab tu bile tekan die tak pergi laman web google malaysia

tapi die masuk kat Madleets-controlled servers.


Haish~~hacker2 

Bikin suspense jer.... (=.=)









16 September 2013

Hidup Tanpa Social Network?

Apakah?

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara~~

Topik hangat yang sedang bercelaru dalam otak aku sekarang.....Bolehkah hidup tanpa social network (SN)?

Terutamanya "facebook"

Or Whatsapp, Line, WeChat, Twitter, dan seumpama dengan nya.

Maksud aku disini SN yang boleh menghubungkan seseorang. Yang boleh berchatting.

Semenjak dua menjak ni, aku rase cam bende2 nie jadi annoy je kat  aku. Aku pun tak tau punca die sebab ape. Kadang2 aku rase cam membazir mase je gune bende2 nie. Bende nie ade manfaat jugak macam dapat berkongsi info or ilmu2 kan,kan,kan?. Memang tak dinafikan lagi.

Cuma yang menjadi persoalan, ialah kebanyakkan manusia terutamanya remaja pakai bende2 tu se-mata2 nak sembang/ borak2 kosong je. Banyak situasi aku tengok manusia2 yang rumah area dekat2 pun nak pakai facebook bile nak berborak. Ape salahnye jumpe depan2, kan lagi bagus. Tak begitu? Means boleh rapatkan lagi tali persahabatan. *kalo rumah jauh2 tu lain cerita. (tapi fikir positif, mungkin rumah diorang tu hujan lebat kowt~~ :P ). Tak pun bile lepak kat luar semua sebok dengan 'cematfon' masing2, baik tak payah ajak lepak kalo camtu. Ader jugak jenis yang bile berada dalam alam maya cakap bukan main "gah", ader je bende yang die nak cakap, nak komen, and so on..... tapi bila jumpe depan2 bunyi cengkerik jer yang dengar. Tak der idea nak cakap. (keyboard warrior katekan~). Dan yang tak boleh bla bile ajak study group tapi sebok dengan handset sendiri.



Lupakan ape yang aku membebel kat atas.....tu tak der kene mengena ngan topik hari ni :P

hehehe~~
Aku saje je nak buat uji kaji hari nie....yang aku bagi tajuk The Exploding Habit 

(walaupun tajuk die ntah pape...*ader aku kesah !? )

antara bahan2 experiment...

=diri sendiri
=social network

cara2 membuat uji kaji

1. Delete (kalau sanggup) atau deactivated akaun social network
2. Tunggu selama 3 bulan tanpa log in walaupun sehari
3. Lihat hasilnya

Mungkin selama 3 bulan nie masa korang yang berharga dapat di isi dengan lebih baik, macam banyak buat aktiviti luar, bersosial dengan "real people", atau mungkin ader yang dah dekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Hahaha....Uji kaji ini aku test bermula sekarang (tarikh post ari nie)

And tunggu lah hasilnya nanti aku cerita kat post akan datang (setelah 3 bulan :P )

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tutup or delete social network yang aku ade.....

-Facebook
-twitter
-Whatsapp
-Wechat
- dan yang lain2 (aku pun tak ingat ape yang aku ader)


Bende yang aku tak tutup....

-Blog (sebab nie macam digital diari aku LOL!! ;P )



Nota Kuku Kaki:
Kalau pakai social network sebab nak berniaga tu teruskan....karang tak pasal2 lingkup plak bisnes tu~~

Jangan terpedaya dengan experiment ni.

Do at your own risk.

Ia sekadar suka-suki. Hehehe

31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke-56


31/08/2013



MERDEKA !!!
(laungkan dengan semangat)


Bulan nie hari merdeka tak semeriah macam dulu sambutan nya. Dulu orang bersemangat patriotik kibarkan jalur gemilang kat kereta, depan rumah, kat tiang lampu.... tapi tahun nie (hmmppphhh, ntah la) mungkin sebab banyak sangat kowt orang pergi open house sana-sini, hahaha... maklumlah, tak abis2 lagi semangat beraya tu~~

Tapi aku tak pergi sangat pun open house ni... :P

Tahun nie aku sambut hari merdeka kat Putrajaya. Memang best la sambut kat sana, tak der lah sesak macam kat KLCC or Dataran Merdeka tu (kat sini cuma jalan raya jer yg sesak). Time nie pun aku ngan family lepak kat tepi tasik yang agak menenangkan....

 see~~ tenang kan...

Nie gambar jambatan kat putrajaya yang dihisai dengan lampu berwarna-warni...
Ingat kan nak lepak tengok bunga api kat atas tu...tapi ramai orang.


~~Pemandangan tepi tasik~~



Sebenarnye kat tepi tasik tu ramai orang, saje je tak nak tangkap gambar diorang tu, huhuhu~~
Tempat tu pun quietly romantic jugak la...... (^.^)

Lepas tu jam pun dah menunjukkan tepat 00:00 , 31/08/2013

Tunggu bunga api lama sangat nak meletop. Mungkin YB2 or PM tengah nyanyi lagu Negaraku and lagu partiotik kowt...

Dah 10 minit berlalu, bengang gak la tunggu, fikir dah tak der bunga api kat situ or memang masuk angin bunga api die tu... :P

Lepas tu tiba2 orang ramai bersorak.....Wooohooooo~~!!!!!
bukan sebab bunga api meletop pun~ Sebab ader orang bakar mercun das la kat situ tanda nak perli2.....hahahaha

Dah 20 minit berlalu baru la bunga api meletop....Mase tu perrghhhhh (subhanallah) indah nyer cahaya yang berwarna-warni tu...Yang paling best, bunga api die selama 20 minit oiii....







Ehem~pasangan romantik dibawah pokok dihiasi cahaya bunga api...
Yg tu gambar orang awam owhkay~
(pandai gak aku amik angle gambar nie...hohoho ^.^ )



~Selamat Hari Merdeka ke-56~

19 August 2013

Semester 2

~~~~haahhhh~~~~


Permulaan hari untuk semester kedua yang biase-biase. Keluar dari rumah langit dah mula nak gelap. Layan corner kat bukit area rumah aku tu....perhhh feel abis, walaupun aku bawak kapcai jer pergi kolej. 

Sampai la kat pertengahan jalan hujan plak turun dengan lebatnye. Aku mase tu kat traffic light. Lepas lampu bertukar hijau aku pun terus ke stesyen minyak berdekatan sebab nak tumpang berteduh~~ *macam nie lah naik motor, hujan skit kene stop.

Hujan pun dah mula nak reda, aku pun teruskan perjalanan ke kolej. Usha meter minyak dah nak sampai ke empty. AKu pun berhenti ke stesyen minyak berdekatan. Lepas isi minyak aku terus pergi kolej. Tengah park motor tetiba hujan lebat turun balik. Tak sempat nak betolkan rambut sangat, terus masuk ke dalam kolej.

Lari, hujan~!!!! hahaha.....
Lepas tu masuk kelas, macam biase sesi berkenalan bersama lecturer baru dan sedikit penerangan, bla,bla,bla....

Dah abis kelas terus pergi medan selera sebab perut dah lapor~~

Makan dan terus makan.....

Last2 time bayar, check2 kat beg dan poket seluar wallet aku plak tak der...Pergghhh~~!!

Nasib baik ader kawan aku time tu. Aku pun pinjam duit dia pergi bayar.

Tapi hati gua tak tenang oiii wallet hilang~!

Dah la dalam tu ader i/c, kad bank, lesen, and ntah la aku pun lupa ape yang aku simpan kat dalam tu (gambar2 aweks tak der eh~). Lepas tu masuk kelas kedua. Hati masih lagi tak tenang. Dah la first time hilang wallet kat luar. Pastu malas nak buat report itu ini.

Tadi pun belajar macam nak tak nak jer. Dah la tadi mata pelajaran paling aku suka (programming). Lepas abis kelas aku pun balik.

Pergi kat tempat parking motor terus bukak seat ambik helmet. Pastu amik jaket pakai. 

And then aku rase something yang pelik. Pahal plak jacket aku tetiba rase berat skit nih!?
Last2 usha kat bahagian poket jaket tu wallet aku kat situ da~~

Fuhhhh~~syukur, nasib baik takder orang cilok jaket aku. Jaket aku tu aku simpan kat dalam helmet sebenarnye~~ And jaket tu pun bukannyer lawa sangat pun, orang terdesak jer yang sanggup curi jaket tu....huhuhu

*baru aku ingat time aku isi minyak tadi aku terus simpan wallet tu kat dalam poket jaket...
*LOL~~!!! 
* :P


~~SMILE~~

18 August 2013

Esok Semester Baru

~~Assalamualaikum~~

Esok bermula lah semester baru untuk foundation tahun ni. Dah lah barang2 tak siap kan lagi. Alat2 tulis dah bersepah ntah kemana2. Macam nie lah lelaki kalo dah malas. Pergi kolej pun bawak barang ala kadar jer~~~

Tapi yang tak pasti lagi adakah aku masuk sem ke-2 atau terpaksa repeat paper? 

Itulah persoalan yang muncul difikiran aku mase buat entry ni. Sem baru or repeat paper or Sem baru or repeat paper or whatever yang bakal berlaku.


Sebelum pergi kolej esok, aku kene lah kemaskan diri aku nie. 

Rambut aku dah la panjang, memang dah tutup habis telinga aku nie. Tebal plak tu. Aku pun pergilah kedai gunting rambut dalam pukul 3.30 p.m lebih kurang la. Aku pergi naik motor dan kedai tu ader la dalam 2.5 kilometer camtu. Hari tu plak mendung macam nak hujan.

Dah sampai sana kedai pulak tutup. Ish! pahal lah time nie die tutup. Tak kan tak abis beraya lagi kowt! Wal hal tauke kedai tu orang cina.

Terpaksa lah aku ke salon sebelah nak potong rambut. Mase nie hujan pun turun, aku masuk ke dalam salon tu.

Aku pun duduk kat kerusi and then mintak la nak potong rambut macam nie, macam tu, bla,bla,bla.......

Tapi aku suka gak potong kat salon tu sebab dia potong rambut aku betul2 bukan main cincai pakai mesin potong rambut tu. Al maklum lah rambut lelaki nie nak kene berfesyen gak kan?

lebih kurang cam gini lah rambut aku tu
(*bukan gambar aku)
Lepas potong rambut, hujan still lagi turun. Aku pun redah jer la sebab nak cepat balik rumah. Mase bawak motor tu, perghhh sakit woo kene air hujan tu. Rase die macam kene tembak dengan pistol manik bertubi2.....hahahaha (bagi yang bawak motor tu tahulah ape rasenyer). Time ni pulak aku tak pakai jaket, memang sedap lah layan sakit kene air hujan tu~

Sampai rumah aku pun makan aiskrim yang ader kat peti sejuk sambil merasa kesejukkan hujan tadi. 

The end


09 August 2013

Selamat Hari Raya (2013)

~~Assalamualaikum~~

8/8/13
1 Syawal 1434H

Selamat Hari Raya
To all bloggers
and also Muslim over the world



_____________________________________________________________





Aku punye baju raye tahun nie warna lime

(memang warna pebret aku)

04 August 2013

Good Bye Semester 1

~~~~Assalamualaikum~~~~

Hari tu aku ader cerita pasal final exam untuk semester pertama nie. 
Kehkehkeh, cepat nye mase berlalu, sekejap jer aku dah abis sem 1.
Wal hal baru jer 3 bulan masuk kolej, hahaha.
Nie sebab aku amik foundation kat kolej tu, hohoho.....

Tapi aku rase little bit disappointed with myself. Sepatutnye aku kene blaja dengan bersungguh2 dan tekun. Tapi lain pula jadinye, ari tu dah pasang niat nak belajar btol2 tapi.... (nie semua malas punye pasal la.... -_- ")


Aku tak tau la macam mane result aku nanti. Kalo terpaksa repeat paper, perghhh bertambah2 malas pulak aku nak menunggu. 
Bende dah lepas nak buat macam mane kan~?
Tu la sape suroh tak nak study, (hikhikhik ^_^)

Yang dah lepas tu biarlah ia berlalu pergi selembut angin di dini hari.
*poyo giler berpuisi bagai :P

Aku abis sem pertama nie pun dalam bulan puasa. So, kitorang buat iftar kat bukit bintang jer... dekat ngan kolej kitorang. Yer la, dah abis sem pertama katekan....hahaha.

Dan yang tak boleyh bla, lagi beberapa hari jer nak raya...hahaha.

Eh~!! dah nak raya? sekejapnye rase...

29 July 2013

Final Exam semester 1

*ehem~
Assalamualaikum.......

Hari nie aku menduduki final exam untuk sem 1. Tadi baru jer selesai jawab paper BI & BM. Kalo nak di ikutkan paper mid-term BI, aku rase susah skit (skit jer lah) tapi markah aku pun seciput jer.....hahaha tu lah sape suroh tak study. Yang paper Bm pulak like a piece of cake. Aku rase mcm soalan skolah rendah je~~

Tapi dah final exam, pergghhh~~!! BM dia macam gaban susah die. Mase nie pulak aku tak study untuk BM. Jawab soalan merapu jer. Lagi2 bahagian C pasal soalan definisi dan huraian. Aku dah la  tak hafal bende alah cam tu. Aku jawab pun sebab aku cari 'hint' kat soalan objektif (kalo ader jawapan kat situ mmg nasib la kan).

Untuk BI plak aku study, sebab tu aku dapat jawab. Tapi bahagian essay tu tak tau lah kan. Aku bab2 grammar nie dah la low skit. Tapi alhamdulillah semua soalan aku jawab. 


Aduh~~!! mcm mane la markah aku nanti. Aku dah la tak nak gagal, malas seyh nak repeat paper nie. Nak tunggu exam, pastu kene bayar lagi. Perrghhh.....

Lepas nie aku dah la ader beberapa paper nak kene jawab (tinggal lagi 4 paper). Pastu sempat lagi update blog. Hahahaha......

*Dan yang tak bley blah tadi alarm handset aku berbunyi time exam. Dah lar bunyi die kuat, pastu alarm aku tu aku letak lagu (tettttt). Huhuhu, segan  siottt~~~. Berbunyi dua kali plak tu. Time tu jam kat handset aku salah, aku set alarm pukol 5 pagi tapi jam aku lambat 3 jam. So, berbunyi lah time exam (handset aku time nie kat dalam beg)....mase tu ader lecturer matikan alarm aku (tapi die tekan snooze), pastu die dtg kat aku suroh off phone. And then, after off.....alarm tu berbunyi lagi. Handset aku tu walaupun off sekali pun tetapi alarm tetap berfungsi....hahahaha


22 July 2013

I'm In a Dilemma (Part 3)

Sambungan daripada (I'm in a dilemma Part 1) (I'm in a dilemma Part 2)....


Dulu,kini dan seterusnya.........

So, apakah yang terjadi kat aku nie!?

Hmmmpphh?? Aku nie jenis yang biase2 je. Malas nak jadi 'hardcore' kat dunia nie. (*tiba2 merepek :P )

Mungkin nie entry terakhir aku bercerita pasal sebuah dilema yang ntah pape. Aku pun malas nak fikir sangat pasal hal2 macam nie. Hidup aku nie sempoi je. Malas nak besar2 kan masalah yang remeh-temeh.

Lagipun aku dengan dia dah rasa macam ader jurang kat tengah2 sedalam 70 ribu batu, seluas 100 meter (memandai je buat ukuran...hahaha). Mungkin dua2 dah tak seperfahaman macam dulu lagi (*mungkin). Tu je lah yang boleh aku ceritakan. Aku dengan dia pun dah macam jarang bertegur . Dan mungkin busy dengan haluan masing2. And maybe because she had found something new.


Begitulah kehidupan......

Setiap perkara yang berlalu merupakan satu pengalaman. Sebuah bende yang lama akan dilupakan apabila kita mendapat sesuatu yang baru. Mereka akan mengenang kembali pada permulaan apabila hilang di pertengahan. Itulah kebiasannya manusia akan hadapi apabila merasai perasaan itu.

Kadang2 aku kehilangan kawan-kawan yang dah lama aku tak jumpa (hilang tali persahabatan). Rasa sedih mestilah ade tapi aku tak der la nak menangis disebabkan small matter. Buat apa nak sedih sangat disebabkan orang lupakan kat kita, diorang tu cuma singgah kat hidup kita sementara je.

Kesimpulan kisah ini ialah, aku dan dia memang dah tak bertegur. Mungkin perangai aku nie terlalu annoy bagi die (kowt). Dan aku tau aku layan dia tak betul. Kadang2 aku layan dia macam aku layan kawan lelaki yang lain (walaupun dia perempuan). Aku bukannye type budak2 jiwang. Dan aku pun tau yang hati perempuan ni lain skit ngan lelaki. Tapi tak per. Aku harap dia sihat sejahtera (termasuk kawan2 aku yang lain dan anda *pembaca)

Ape boleh buat, aku nie bukannye ader kuase pun nak ubah orang. Kalau ader kuasa pun aku tak guna kuasa tu. Ye lar kan? Buat ape nak ubah orang semata2 untuk diri kita. Ubahlah untuk kebaikan. Kalau nasi dah jadi bubur, bedal je la bubur tu sampai habis. Janji kenyang (*hidup kene bersyukur :P)





~~The End~~





Nota kaki:
Masu lalu merupakan sejarah yang mempunyai pengajaran dan pengalaman..
Masa kini adalah masa merancang dan melaksanakan....
Masa depan masih lagi sebuah rahsia~

*Maaf kalau aku tersuka kat kau
*Walaupun aku dapat berbaik semula, tapi mesti dah tak macam dulu lagi...
*Kalaulah ader peluang kedua..........

10 July 2013

Salam Ramadhan Bloggers 2013

Assalamualaikum~~~kepada saudara2 Islam ku yang sedang membaca entry ini.

Sempena Bulan Ramadhan 2013 ini aku ingin meminta maaf kalau ada entry2 yang sebelom ini telah menyinggung hati anda mahupun segelintir orang.

Bulan Ramadhan tahun nie aku rasa lain dari yang lain. Aku tak tau kenapa. Aku rasa die punye 'feel' tu lagi hebat dari tahun2 lepas. *Serius.

Kalo nak di ikutkan tahun2 yang lepas bulan puasa dia bagi aku macam tak seberapa sangat sebab aku...(ader sakit skit) dan alasan2 yang lain. Tapi semua tu tak menghalang aku daripada berpuasa penuh.


Tapi bulan puasa paling 'ohsem' bagi aku ialah pada zaman kanak2 aku....zaman sekolah rendah dulu2, hahaha. Nak tau kenapa? Sebab.....mula2 memang lah puasa nie meletihkan bagi aku mase tu. Yer la fikiran tak matang lagi. Pantang nampak makanan, tapi aku tahan jer nafsu makan aku nie. Dan sebab yang utama kenapa aku kate 'ohsem' ialah apabila tiba pada waktu malam. Waktu malam tu, mase minggu pertama puasa semangat jer nak pergi terawih. Lepas tu....AMIK KO, perang dunia ke-2.5 pun berlaku kat area rumah aku. Ala~Nie kes main mercun la....Aku tak der la hardcore sangat main mercun nie...aku usha2 diorang main jer.

Baling sana, baling sini.....bunyi dia dah lar bergema, lagi2 kalo bakar kat bawah jambatan highway depan area rumah aku. :P Bende yang buat menarik ialah kawan2 aku la. Diorang tu la perangai 'gila2' kat sane....hahaha

Sebenarnye banyak bende2 menarik berlaku mase puasa di zaman skolah rendah tu.

Lepas tu dah nak last Ramadhan, semua keluarga kat area rumah aku sebok siap kan barang raya. Hias rumah, buat kuih raya, and so on. Yang aku dengan kawan2 aku pulak malam2 tu sibok merempit (naik basikal jer, bukan naik motor pown...) dekat highway. Hahaha, tak percaya? Mase  zaman skolah rendah aku tu hari esok nak raya highway depan rumah aku tu lengang skit. Memang sebijik2 jer kereta yang lalu kat situ. So, kitorang pun buat port la kat situ....sekali setahun katekan. Tapi kalau skrang bile esok nak raya jer highway same jer cam hari2 biase, dah tak macam dulu lagi~ 

Tapi itu semua cerita zaman sekolah rendah. Dah naik remaja sekarang, bulan puasa bnyakkan ibadah dan amal lah kan?. hehehe

Lagipun lepas pindah rumah, aku bukan nyer ader ramai kawan pun kat sini. Semua budak sekolah aku dah bersepah di merata2 tempat (sambung blaja). Hahaha...memang tunggu raya nanti la kalo nak jumpe diorang, tak pun time nak beli baju raye nanti mesti diorang balik....hahahaha

  Selamat berpuasa semua~~!!!
Puasa tu biar penuh dan ikhlas yer, rajin2 lah beribadah..........hahaha




24 June 2013

Accident !?

BOOM!!!!

Hahaha......

Al-kisah bermula lah suatu penceritaan dimana hari aku bermula seperti hari2 lain.

First, start motor, pastu aku pun gerak pergi kolej...
vroommm...vrommm (moto aku sebenarnye silent je bunyi die, mcm orang die gak...hahaha)
Aku pun masuk ke jalan raya dan menuju ke destinasi yang sepatutnya.

Masa tengah speed tiba2 kereta kat depan aku slow. Sekali aku pandang kat kereta paling depan sekali rupanya polis da~~
aku pun malas nak potong....dah la jalan satu lane kat situ, sempit plak tu.

Lepas masuk jalan dua lane aku pun potong polis tu...
seterusnya perjalanan aku seperti biasa tiada halangan.
Sehinggalah kat satu traffic light nie, aku pun berhenti..

Lampu pun bertukar hijau.
aku pun speed la...
Mase tu kat sebelah aku ader kereta.

Tiba2 !!!!
kereta tu belok ke kiri secara mengejut dan tak bagi signal.
aku plak betol2 kat bahagian blakang kiri kereta tu..
Aku pun ape lagi langgar la belakang die.

KREEETTTTT~~!!!

motor aku terseret 
aku pun jatuh kat situ (nasib baik tak bersepah)
rasa macam jatuh basikal je tapi rasa sakit dia level up skit la..
sebab aku tak sempat nak speed sangat time tu.

Lutut aku pun terseret kat jalan berturap tu.
Dah la time nie jerebu kuat..
Aku pun bangun dan angkat motor aku.

Driver tu pun kluar...
Kereta yang langgar aku tu sebenarnye teksi eksekutif (ala...teksi warna biru tu)

"Dik2, sorry er, sorry2"
tu lah kata2 yang kluar dari mulut die..

Aku pun ape lagi buat muka panas la kan...
Aku pun cakap macam nie...
" Ape nie!! agak2 ar!"

Dia pun balas..
"ok tak nie, pergi hospital jom rawat luka tu"

Aku balas dengan bengang tapi aku tak tengking la...
"Hari ni saya ada exam !! skarang saya dah lambat !! "
" Nie macam mane nak pegi kolej dengan seluar koyak kat lutut"
" tau tak saya ader exam!!!"

Die pun cakap...
"sorry dik, sorry"
(driver tu orang cina)

Pastu tu die hulur duit kat aku untuk kos rawatan.
Nilai duit tu sebenarnye tak banyak kalau nak di ikutkan kos motor, seluar dan luka.
Kawan2 aku yang lain yang dapat tau aku kemalangan dan tau nilai duit tu pun kate aku nie bongok..  -_-"

Sebenarnye aku terima je duit tu sebab aku kesian tengok muka die tu.
Aku nie jenis yang kesian kat orang.
Walaupun die buat salah kat aku tak kira kawan aku or orang awam mesti aku kesian kat diorang walaupun mase tu aku dah marah2 dan bengang kat diorang.
(lagipun luka aku tak der la parah sangat)

Tapi kalau dah tahap melampau memang no excuse la dari aku..

Aku pun tak tau kenapa aku cepat kesian kat orang.
Kalau orang lain yang kemalangan mesti mintak caj mahal..
mintak kos itu la, ini la, bla,bla,bla...

Kalau dia bla camtu je memang aku kejar
sampai spana hidup melekat kat cermin kereta dia aku baling.
Tapi, dia keluar dari kereta mintak maaf pun dah reda skit marah aku.


Lepas aku amik duit tu, die masuk balik kat dalam kereta dan bla...
Time tu moto aku cam payah skit nak start tak tau sebab ape.

Lepas tu aku terus je pergi kolej dengan lutut berdarah, tangan luka skit semata2 nak amik exam.
Pastu korang (pembaca) kata aku bongok sebab tak pergi klinik rawat luka aku kan,kan,kan...

hahaha

Aku jawab exam pun macam merapu skit sebab aku tengah tahan sakit.
(tapi aku tak tunjuk sangat muka sakit tu sebab tak nak orang tau)

Lepas abis exam baru aku pergi farmasi beli ape yang patut dan balut luka tu sendiri.
Luka aku tak parah pun.
Cuma lutut berdarah je..(tapi sakit dia mmg perit).

==================================================================


Ape yang boleh aku katakan disini 
aku bersyukur je sebab luka aku tak parah dan tak hilang nyawa.

Aku anggap bende nie sebagai ujian yang datang dari ALLAH.

kesakitan tu sebagai penghapus dosa.
Duit tu sebagai rezeki untuk uji aku bersyukur atau tak.

22 June 2013

Assignment Oh Assignment

Assalamualaikum to people who visit my blog......

Aku nie belajar kat kolej baru jer semester 1 (tapi tak habis lagi). Mula2 aku belajar kat kolej tu aku main2 je. Kalau mata pelajaran(MP) tu best aku serius la. Tapi kalau MP tu aku tak minat memang termenung la aku kat dalam kelas.

Minggu pertama tu aku datang awal. Masuk kelas tak lewat. Setelah itu, hari berganti hari, aku makin lama makin malas nak masuk kelas. Aku masuk kelas hari2 lambat setengah jam. Tapi aku tak pernah tak hadir walaupun satu kelas. Lecturer yang mengajar tu tak kunci pintu pun kalo lambat masuk.

Aku rase macam tak belajar ape pun kat sane. Sehinggalah assignment pertama diberi.

Mase tu baru aku rase cam susah nak buat assignment. Padahal senang jer soalan die. Tapi, sebab melopong dalam kelas, baru aku rase bende tu macam susah.

Mula2 malas nak buat.....
Pastu tangguhkan lagi...
Selepas itu ntah macam mane la aku terasa nak buat...so aku pun buat...
And then siap satu tugasan selepas penat memerah otak..

Assignment tu dah lar berkumpulan. Aku rase 85% kerje aku yang buat yang lain2 tu diorang tolong  print dan buat soalan yang mane diorang  tahu je. (sebab soalan senang2 aku dah kebas...muahahaha)

Lepas abis satu, satu lagi yang datang, pastu tambah lagi satu assignment, and then satu lagi (mamak teh tarik satu <---tak der kene mengena). Assignment nie mmg betul2 macam 'ass' signment.... Tapi bagi aku tu lah latihan yang berguna untuk aku bawa masa alam pekerjaan nanti.

Maka bertambah2 lah kerja aku skarang...

Tapi tak per. Tu tandenye aku dah takder mase nak main game2 macam dulu lagi. Fokus on study!!!

*Moral = Jangan jadi malas

Cerita Sebuah Gitar

Assalamualaikum~~

Rabu hari tu aku ader pergi ke kedai baju kat area rumah aku (kedai baju ke? aku pun tak pasti...macam2 barang ader kat dalam tu). Aku pergi pun dengan kawan aku. Mase tengok2 baju kat sane aku terpandang lah satu bende tergantung kat dinding kedai bahagian atas....

Bermacam2 pattern, dan macam2 jenis ader kat situ...

Ape bende tu?

Gitar la~~~ (tengok tajuk pun dah tau -_- " )

 Sebenarnye aku dah lame nak beli gitar nie. Tapi aku nak cari gitar kapok yang murah je. So, aku pun buat keputusan beli satu gitar kat situ. Aku beli dengan harga RM99.99......

Aku dah lar naik motor time tu.....dan terpaksalah kawan aku tolong pegangkan time balik. Aku nie dah lar tak der basic pasal gitar nie. Main beli jer....

Lepas tu sedikit demi sedikit aku belajar asas bermain gitar. Mula dari cara tune gitar, pastu chord and strum. Susah gak main gitar nie. Aku belajar pun dari internet je. Dah lar tak biase pegang gitar, apatah lagi nak main gitar...hmmppphhhh~ Bende paling susah stakat nie bagi aku ialah cara nak tukar chord (susah pun sebab aku tak hafal lagi chord tu...hehehe). Lagu paling senang yang aku main pun lagu happy birthday je..  :P

Ni lar gitar yang aku beli tu....

So...skarang aku dah ader hobi baru~

Tapi aku rase tali string aku tu cam keras skit. Sebab aku pernah try gitar kawan aku, tali gitar dia senang nak tekan mase main chord. So die pun suroh aku tukar string...

Aku dah la malas nak pegi kedai alat muzik nie. Esok2 jer la aku pegi. nampaknye terpaksalah main gitar pakai tali yang menyakitkan jari tu......


16 June 2013

I'm in a dilemma (part 2)

Sambungan daripada (I'm in a dilemma part 1).....

Pada awal bulan januari die pun pergi PLKN. (aku yg tak dapat pergi nie serius jelez gila2!! T_T why,why!!!! Aku rasa rugi sangat.......) Yang budak sekolah aku plak tak dapat pergi plkn seronok gila2 (nampak kebenor tak suka aktiviti lasak, tak pun tak suka duduk berjauhan dengan kluarga).

Baiklah kita sambung ke cerita utama.....

Masa kat kem PLKN tu die banyak kali sms aku. First minggu pertama tu hari2 die text aku. Lepas tu minggu2 berikut nye hari sabtu dan ahad je die dapat sms aku (sebab masa tu phone boleh pegang hari sabtu ahad je).

Dalam sms tu bnyk kali die cakap die rindu kat aku. Dan ayat cover die adalah rindu sebagai kawan. (kalau dah rindu sebab suka kat aku tu cakap jer la~~~opsss).  *perasan

Sehingga lah beberapa minggu selepas tu suasana tegang berlaku antara aku dengan die.

Kalo tak salah aku pasal bende kecik jer kot? Lepas tu dah jarang aku sms dengan dia. Punca nya ialah dia suka panggil aku dengan gelaran (teetttttt**). Serius aku tak suka gelaran tu sebab ia berbeza dengan sifat aku yang sebenar. Walaupun bende tu ader dalam semua sifat lelaki dan ia adalah lumrah (I repeat 'lumrah'). Dan aku nie tak der la sampai tahap advance macam tu.

Disebabkan die asyik panggil aku dengan gelaran tu, aku pun mmg dah decide untuk tak balas sms dia, ataupun chat kat FB. Sebenarnye aku tak sanggup buat camtu, ye la bertambah2 rosak la nanti hubungan aku dengan dia kan? Tapi disebab kan aku bengang aku buat jugak.


Lepas tu bnyk kali die sms aku. Tapi aku buat bodoh je (dalam hati nak reply tapi tetap tak nak  reply jugak) .Tapi aku kesian kat dia :( Aku tak tau knape dia beria2 sangat hantar bnyk sms / call aku. Dalam sms yang lepas2, bnyk kali die tanye yg aku rindu kat dia atau tak. Tapi aku malas nak jawab dan terus tukar topik. Kalau nak tau aku memang rindu gila,gila,gila !! dekat dia (tapi tak der la sampai jadi gila). Lepas aku tak text dia, sebenarnye ader la rase sedih skit. Aku pun bengang skit ngan diri aku nie, kenape lah aku buat macam tu. 

Memang agak lame lah jugak aku tak contact die. Mase tu Allah saje yang tau bertapa rindunye aku kat dia. Aku banyak kali berdoa supaya dia hantar satu sms kat aku sebab aku nak berbaik2 dengan dia.

Akhirnya Allah kabulkan permintaan aku. Ader la beberapa hari lepas aku berdoa tu die ade hantar sms kat aku. Sms die pun bagi salam kat aku jer. So, aku pun reply.....

Nak dipendekkan cerita, kalo aku chat dengan die mesti ader gaduh punye.  Banyak kali jadi macam tu. Dan salah satu solution aku ialah berdiam diri dan tak layan dia. Aku buat macam tu sebab kadang2 bengang dengan dia. Bukan sebab ape pun, cuma aku ade bengang skit dengan sikap dia. (sikit jer....btol, sikit jer, tak banyak pun) Sebenarnya aku tak kisah dia buat perangai camtu. Aku marah sebab time tu aku ada masalah dan otak aku serabut. Dah la hati aku ni asyik rindu kat dia je. Kalau nak marah tak sampai hati pulak. Sabar je lah. Aku nie jenis silent. Sebab tu lah aku berdiam diri je kalo dah jadi macam tu.

Sorry kalau cara aku ni salah...

15 June 2013

I'm in a dilemma (part 1)



Dulu aku ader cerita yang aku ader suka kat budak perempuan yang aku kenal masa zaman sekolah menengah dulu (btol ker aku ader cerita? aku pun dah lupa, korang check la sendiri). Hahaha...tapi tak per, aku akan ceritakan balik kisah nye.

Dulu aku tak tau kenapa aku suka kat dia. Dia pernah suka kat aku (kowt), pastu bile aku tengok muka dia terus aku suka kat dia. 

Aku kenal dia dari kawan aku. Dia cakap budak tu suka kat aku. So aku anggap tu sekadar satu gurauan je la. Sebenarnya start dari form 1 aku memang malas nak pandang pompuan. Aku kenal dia waktu form 2. Dan time tu aku pun tak tau yang dia duduk betul2 kat belakang aku. Aku pun malas nak ambik kesah time tu sebab aku tak kenal dia dan aku memang malas nak layan pompuan. Nak hadap muka dia memang tak langsong.

Lepas kawan aku mendesak dan asyik gosipkan aku dengan budak pompuan tu. So aku amik keputusan nak tau siapakah gerangan itu. Lepas tu mula lah berlaku drama dalam hidup aku. (betapa teruknya aku, budak pompuan duduk belakang aku pun aku tak kenal.) =.=" * tapi lepas tu aku kene tukar tempat sebab cikgu suroh.

Tapi aku tak mengaku punn aku suka kat dia. And then kitorang selalu chat kat facebook. Kalo tak salah aku bukannya chat, tapi gaduh (bukan gaduh sebab ape, cuma gurau je tapi kasar skit.. hehehe).

Dia nie pun sporting gak dan tak macam pompuan lain yang pernah aku jumpe. Serius aku suka bile dapat chat dgn dia. Lepas je abis PMR aku terus tak jumpa dia lagi.  Masa tu aku dengan dia dah tak bertegur, dah tak chat kat FB. Dia pindah kat skolah lain but aku stay lagi kat skolah same. Mase tu aku tak tau nak cakap macam mane, yer la aku dah ter'suka' kat dia pastu dia pindah skola. Aku pun terpaksa lupakan dia secara perlahan2. 

Dan akhirnya aku berjaya lupakan dia tapi tak sepenuhnya sebab gambar die selalu muncul kat friend list FB aku.

Lepas pertengahan tahun baru, aku terpaksa pindah skola sebab family aku pindah rumah. Aku terpaksa tinggalkan kawan baik aku yg kadang2 agak menjengkelkan tapi die nie jenis memahami aku so aku dengan die mmg best buddy. 

Mase sampai kat skola baru macam2 masalah aku dapat tapi aku nie jenis 'cool' (cewah~) tapi dalam hati gelabah skit. Mase pindah skola tu mmg otak aku serabut, time tu dokumen tak lengkap la, assignment tak bawak skali. Dah terpaksa aku pergi skola lama amik dokumen yg lain. 

Mase aku amik tu kadang2 cikgu aku plak takde, dah jadi satu hal lagi aku terpaksa pergi amik masa hari lain. Kalo jarak rumah baru aku tu dengan skola lama aku dekat tak per. nie tak, jauh wooo..... ambik mase satu jam jugak la kalo jalan tak jem.

Berbalik kepada cerita tadi, mase aku form 5, kalo tak salah aku dalam bulan 7 macam tu lah, aku dgn dia kembali berchatting kat FB. Entah mcm mane la aku boleh 'ter' chat dengan die balik. Kalo tak salah aku die comment kat gambar aku time pergi lawatan ikut rombongan skolah. And then bermula lah chatting aku seperti dulu2.

Lepas puasa, raya and then aku SPM. Study2~~!!! lepas je tamat SPM die pun ajak aku kluar pergi KL. Mase aku jumpe die serius aku rase janggal gile sebab dah lame tak jumpe. Badan aku mase tu bergerak dah macam robot. Tapi malas nak cite peristiwa tu, korang baca la sendiri (klik disini).

Lepas tu dia pun pergi plkn.......
(aku tak dapat plkn, tapi aku nak sgt2 pergi... T_T )

*Aku dapat keluar dengan dia pun kerana lollipop.

BERSAMBUNG.....(I'm in a dilemma - Part 2)